Langkau ke kandungan utama

YAHUDI MENJAJAH UMAT ISLAM.

YAHUDI MENJAJAH FIKIRAN DAN JIWA UMAT ISLAM.



Petikan: 
Budaya hiburan maksiat yang makan dalam. 
" Yahudi adalah penaja utama hiburan yang merosakkan ini. Tujuannya adalah untuk menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa umat Islam. Bagi membendung hiburan yang merosakkan ini ialah dengan menyediakan alternatifnya, iaitu hiburan yang mampu menghidupkan dan mendidik jiwa. " 


Kalau seseorang itu memakan racun, jelas bahawa dia telah membuat sesuatu yang bahaya dan yang akan mendatangkan mudharat pada dirinya. Memakan racun bukanlah satu kerja yang waras. Orang yang siuman dan berfikiran waras tidak akan memakan racun. Bahaya dan mudharatnya jelas diketahui. Kalau dia memakan racun di hadapan keluarga, sanak saudara atau orang ramai, maka mereka akan menghalang dan menegahnya. 


Kalau dia berkeras juga hendak makan racun itu, mereka akan merampas racun itu darinya. Akan tetapi, kalau orang yang sama memakan lemak dan minyak dengan banyak, memakan gula tanpa had atau memakan makanan yang pedas-pedas belaka, tidak ada siapa yang akan menghalangnya. Sedangkan cara pemakanan sedemikian boleh membahayakan kesihatan.Walaupun makanan-makanan itu boleh menjejas dan membahayakan kesihatan tetapi mudharatnya tidak begitu ketara kalau dibandingkan dengan racun. Oleh itu orang ambil ringan dan menganggap ia perkara biasa. 


Begitu jugalah keadaannya dengan maksiat. Ada maksiat yang macam racun. Ini termasuklah mencuri, merompak, membunuh, berzina, merogol, berjudi dan sebagainya. Tidak mudah maksiat-maksiat seperti ini dilakukan di khalayak ramai. Orang akan menegah dan menghalang. Orang akan bertindak untuk menumpaskan orang yang melakukannya. 


Dalam pada itu, ada pula maksiat yang macam lemak, gula dan cili, sekali pandang ia tidak kelihatan seperti maksiat. Malahan ia tidak pun dianggap sebagai maksiat. Maka seluruh manusia bergelumang di dalamnya. Dari pihak atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat jelata. Dari guru hinggalah kepada anak murid. Orang bandar hinggalah kepada orang kampung. Namun mudharatnya makan dalam. Sedikit demi sedikit, ia merosakkan. Lama kelamaan seluruh masyarakat jatuh sakit dan pincang. 


Maksiat yang tidak dianggap maksiat ini ialah maksiat yang ada hubungkait dengan hiburan. Ini termasuklah tari-menari, nyanyian dan muzik, olahraga dan sukan . Ramai orang sukar menerima bahawa tarian, nyanyian, muzik dan sukan adalah bentuk-bentuk maksiat sepertimana juga ramai yang tidak dapat menerima bahawa lemak, gula atau cili itu adalah racun kerana kita telah terbiasa dengannya. Kalau tak ada, makan tak sedap. 


Tetapi siapakah yang boleh menolak hakikat bahawa semua itu mudharat dalam jangka panjang. Siapa yang boleh menolak hakikat bahawa mudharatnya makan dalam. Kalau mudharatnya telah berleluasa dalam masyarakat, ia susah untuk dipulihkan. Sama susahnya untuk memulihkan orang yang sudah terkena penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan lemah jantung akibat dari terlalu banyak makan lemak, gula dan cili. 


Orang-orang yang terlibat secara terus dengan tari-menari, nyanyian dan muzik, olahraga dan sukan yang kita lihat di pentas, di auditorium, di kaca TV, di studium dan gelanggang sukan dan yang berkumandang suara mereka di radio tidaklah ramai. Mereka itu pula tertakluk kepada syarat-syarat dan disiplin yang tertentu dan tidak bebas berbuat sesuka hati mereka. Tetapi apa yang menjadi masalah ialah peminat-peminat di seluruh negara yang terdiri berbagai-bagai peringkat umur, berbagai tahap pendidikan dan berbagai tahap akhlak dan moral. Mereka tidak tertakluk kepada apa-apa syarat dan disiplin. Mereka bebas berbuat apa sahaja sesuka hati mereka. 


Semua mereka ini terpengaruh dengan tari-tarian yang mereka lihat, dengan nyanyian dan muzik yang mereka dengar dan dengan olahraga dan sukan yang mereka turut memberi sokongan. Mereka dibuai dan dilalaikan dengan hiburan-hiburan seperti ini. Lama-kelamaan, watak saikologi dan minat mereka ini akan cenderung semata-mata kepada segala apa yang berbentuk hiburan. Hiburan menjadi tunjang utama dalam hidup mereka. Apa-apa pun berhibur. Lapang-lapang sikit berhibur. Sudah tidak ada perkara yang serius dalam hidup mereka lagi. 


Hidup mereka tidak lain hanya untuk berhibur. Masyarakat atau bangsa yang mempunyai saikologi seperti ini susah untuk dididik supaya menjadi satu bangsa yang membangun dan yang berkemajuan. Jauh sekalilah untuk menjadi satu bangsa yang mendukung, menguatkan dan memperjuangkan agama. Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah pendirian, suka meniru orang, tidak ada jati diri, suka berfoya-foya dan berjiwa hamba. Bangsa yang gila dengan berhibur ialah bangsa yang tidak tahu apa erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan agama. 


Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat terdedah kepada pengaruh-pengaruh liar dan jahat. Mereka jinak dengan maksiat. Rokok, dadah, arak, pergaulan bebas, seks bebas, rosak moral, bohsia, bohjan dan seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan dalam jiwa dan diri mereka untuk menolak pengaruh-pengaruh liar dan jahat ini. Malahan apa yang ada dalam diri mereka hanyalah dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa sahaja asalkan dapat berhibur. 


Tidak ada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat jadikan role model dalam hidup mereka kecualilah para-para artis, dan jaguh-jaguh sukan. Mereka inilah yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang cuba mereka tiru. Apa hasilnya?. Apakah akan terjadi pada orang yang meniru para artis dan ahli sukan juga. Mungkin ada sedikit yang mampu dan berkebolehan. Yang ramainya akan kecundang. Mereka akan cari jalan lain untuk memenuhi keinginan mereka itu. 


Mereka akan ikut pop, rock, thrash metal, heavy metal, doom metal, black metal dan sebagainya. Mereka akan memenuhi disko dan pusat-pusat karaoke. Mereka berfoya di sini dan berfoya di sana. Melepak di sini dan melepak di sana. Dalam benak mereka tidak ada lain melainkan artis, lagu, muzik, sukan, pelakon dan isu-isu yang hanya ada sangkut paut dengan dunia hiburan. Bahan bacaan mereka hanyalah akhbar dan majalah hiburan. Percakapan dan bualan mereka di sekitar dunia hiburan. Hiburan, hiburan, hiburan. 


Mereka terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak, memperbaiki diri, bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan. Mereka tidak faham apa hablumminallah dan hablumminannas. Mereka tidak tahu apa dia fardhu ain dan apa dia fardhu kifayah. Mereka tidak tahu membaca Al Quran. Yang mereka tahu hanya melalak sini, melalak sana. Inilah kesan dari budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah anak-anak muda kita tidak berdisplin, tidak ada tujuan hidup, tidak ada cita-cita dan tidak berkemajuan. Walhal kitalah yang telah merosakkan dan mengusir semua itu dari dalam hati dan jiwa mereka dengan tidak berhenti-henti menyogok mereka dengan hiburan. 


Maksiat yang selama ini kita tidak anggap sebagai maksiat. 
Percaya atau tidak, sedar atau tidak, inilah dia perancangan Nasrani dan Yahudi yang halus dan licik. Setelah jiwa anak-anak muda kita dilemahkan, dilalaikan dan diracuni dengan hiburan-hiburan; ada yang berbentuk tari-menari, nyanyian, muzik dan sukan; maka mudahlah bagi mereka memperkotak-katikkan masyarakat dan bangsa kita . Para artis, para pemuzik, ahli-ahli sukan dan olahraga hanyalah alat-alat mereka. Matlamat mereka yang sebenar ialah untuk merosak dan menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa masyarakat, rakyat dan bangsa kita. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N