Langkau ke kandungan utama

MANUSIA LAHIR BERSAMA FITRAH.

LAHIRNYA MANUSIA BERSAMA FITRAH.


Fitrah semua manusia sangat bersetuju jika dia dikatakan sebagai "hamba kepada Allah " walaupun hakikatnya dia bukanlah seorang yang sangat mentaati Allah. Sebaliknya fitrah semua manusia menolak jika dikatakan hamba kepada selain daripada Allah. Kita akan marah jika dikatakan hamba nafsu,hamba dunia, hamba wang, hamba rumah, hamba kereta,dan lain-lain.


Walalupun hakikatnya kita sangat memuja dan terlalu bergantung dengan dunia yang telah kita contohkan diatas dan sebagainya. Namun hati kecil kita tidak bersetuju dikatakan begitu. Ini disebabkan pada asalnya roh kita telah mengaku untuk menyembah Allah, cuma kerana kita tidak dapat melawan hasutan syaitan dan nafsu, kita tidak dapat berbuat begitu. 

KEMBALI KEPADA FITRAH

Apabila manusia lahir ke dunia, dia dibekalkan dengan fitrah. Fitrah adalah keinginan dan kecenderungan semulajadi. Keinginan fitrah yang paling besar dan utama ialah rasa ingin bertuhan. Rasa perlu kepada Tuhan. Rasa mahu kepada Tuhan. Rasa ingin membesar, mengagungkan, mengabdi diri dan bergantung dengan Tuhan.Orang yang tidak percaya dan tidak kenal Tuhan itu adalah orang yang melawan dirinya sendiri atau fitrah semulajadinya. Iaitu dia melawan kehendak hati dan jiwanya. Dia tidak memenuhi keperluan dan tuntutan jiwanya. Dia hanya mengikut arahan nafsunya. 


Percaya, kenal dan rasa bertuhan itu adalah makanan bagi hati dan jiwa. Orang yang tidak percaya, tidak kenal dan tidak rasa bertuhan itu ialah orang yang tidak memberi makan kepada hati dan jiwanya. Hatinya jadi gersang dan tandus, lemah dan longlai. Itu sebab timbul krisis jiwa. Itu sebab jiwa dihinggapi penyakit. Mengenal Allah adalah wajib. Akal dapat membantu manusia mengenal Allah apabila bergabung di pandu oleh wahyu. 


Dan begitulah dengan kaedah mengenal ALLAH SWT. Hukum mengenal ALLAH itu wajib, malah ia diletakkan pada tempat yang pertama dan utama dalam ajaran Islam. Seseorang itu tidak akan dapat mengenal ALLAH dengan setepat-tepatnya kalau dia tidak mengetahui hukum akal. Dengan mengetahui hukum akal, ia menjadi sebab untuk kita mengenal ALLAH SWT. Oleh itu, mengetahui hukum akal itu wajib.


Apakah takrif hukum akal Hukum akal ialah menetapkan sesuatu perkara kepada suatu perkara yang lain, atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain. Dan dalam menetapkan sesuatu hukum itu, ia tidak berkehendakkan kepada dicuba. Misalnya, dua campur dua, empat. Dalam hal ini, akal menetapkan dua campur dua itu sama dengan empat. Begitu jugalah dalam hal-hal lain yang seumpama ini. Akallah yang menetapkan satu-satu hukum itu, bukan adat dan bukan juga syarak. 


Apabila hukum itu ditetapkan oleh syarak, ia ber-sumberkan Al Quran dan hadis. Tetapi dalam hal-hal seperti tadi, akal saja yang menetapkannya. Satu contoh yang lain ialah, seorang anak itu tidak boleh menjadi lebih tua daripada ayahnya dalam masa yang sama. Atau dengan kata-kata lain, seorang anak itu tidak boleh lebih dahulu daripada ayahnya. Hukum seperti ini hanya ditetapkan oleh akal. Akal kita mengatakan bahawa seorang ayah itu pasti lebih tua daripada anaknya.


Contoh lain, setiap jirim ataupun benda mempunyai sifat-sifat yang mendatang, termasuk sifat-sifat yang berlawanan antara satu dengan yang lain. Umpamanya sifat gerak dan sifat diam. Setiap benda atau jirim boleh bergerak atau digerakkan, dan boleh diam atau didiamkan.Tangan kita misalnya, adalah satu jirim atau benda, dan ia boleh bergerak dan boleh diam. Sifat gerak dan diam itu dua sifat yang berlawanan. Menurut hukum yang telah ditetapkan oleh akal, dua sifat yang berlawanan ini tidak boleh terjadi serentak dalam satu ketika. 


Ertinya, tangan kita ini tidak boleh bergerak dan diam dalam satu masa yang sama. Kita boleh gerakkan tangan kita dan kita boleh diamkan ia. Boleh jadi selepas kita gerakkan, kita diamkan ia, atau selepas ia diam kita gerakkan. Untuk kita gerakkan dan kita diamkan tangan kita serentak, tentu tidak boleh. Begitu juga diri kita ini, tak boleh kita lakukan gerak dan diam serentak. Contoh sifat berlawanan yang lain ialah malam dan siang. Mana boleh malam dan siang itu berlaku dalam masa yang sama. 


Ia belum pernah terjadi. ‘Dan begitulah seterusnya dengan sifat-sifat berlawanan yang lain. Tidak akan berlaku sifat-sifat berlawanan itu serentak dalam satu jirim. Yang boleh berlaku ialah secara bergilir-gilir. Di antara gerak dan diam misalnya, boleh jadi gerak berlaku dahuiu kemudian baru diam, atau boleh jadi diam berlaku dahulu kemudian baru gerak. Begitu juga antara siang dengan malam boleh jadi siang berlaku dahulu, kemudian baru malam, atau malam dahulu kemudian baru siang. 


Semua ini, akal yang menetapkannya, bukan adat dan bukan syarak. Ini yang dikatakan hukum akal.Untuk lebih jelas, kita turunkan satu contoh lagi. Akal telah menetapkan bahawa dua atau tiga dan sebagainya lebih banyak daripada satu. Dan satu itu kurang daripada dua atau tiga, dan sebagainya. Akal telah menetapkan demikiari dan sekali-kali akal tidak boleh menerima yang satu itu lebih daripada dua atau tiga dan sebagainya.


Kemudian, hukum akal ini tidak perlu dicuba-cuba. Umpamanya, hukum akal yang menetapkan bahawa ayah itu lebih tua daripada anak, tidak perlu dicubacuba seperti kita banding-bandingkan antara anak dan ayah. Tak perlu dibuat demikian kerana secara spontan akal menerima bahawa anak itu lebih muda daripada ayah, atau ayah itu lebih tua daripada anak. Jadi, hukum akal yang menetapkan bahawa ayah itu lebih tua daripada anak tak perlu dicuba-cuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N