Langkau ke kandungan utama

AGENDA MUSUH MELALUI LGBT

GERAKKAN LGBT LEBIH DAHSYAT DARI KAUM LUTH.
Tasik Biru terletak di Kundang Selangor ).


Tasik Biru terletak di Kundang. Dekat mana pula Kundang? Kundang ini lokasinya kalau dari Kuala Lumpur akan lalu ke Kepong kemudian Sungai Buloh / Paya Jaras melepasi Bukit Rahman Putra sampai jumpa signboard Kundang/ Kuang/ Tasik Biru. Mengimbas kembali laluan XPDC bersama rombongan Abuya Ashaari At Tamimi ke Kampung Melayu Kundang Selangor. Jalan dalam dari Bandar Country Homes ke Tasik Kundang, kita melalui hutan paya. Laluan di situ banyak monyet yang berkeliaran. Di tepi-tepi jalan menantikan rezki manusia yang lalu lalang kawasan tersebut. Sambil menikmati suasana pemandangan hutan belukar kami mendengar ilmu-ilmu yang dikongsikan, jiwa ketika itu terus hidup. Bersyukur kepada Tuhan yang tidak putus-putus berikan nikmat.


Lawatan pertama ke Laut Mati (بحر الميت) pada tahun 1986. Laut Mati yang sangat popular kisahnya yang di sebutkan di dalam Quran. Satu pengajaran yang Tuhan abadikan untuk pengajaran kepada umat manusia. Keindahan Tasik Biru Kundang tersembunyi rahsia kewujudannya yang bermula dengan aktiviti lombong tembak dengan anggaran kedalaman sehingga 18.3 meter serta beroperasi kira-kira selama enam tahun sebelum ditutup dan terbiar.


Sebelum wujud aktiviti perlombongan bijih timah di situ, penduduk asal menjalankan perusahaan getah sejak 1940-an, sebelum tanah-tanah tersebut dijual kepada pelombong dari China sekitar 1970-an.
Seorang bekas pekerja lombong, Ramli Hormin, 64, berkata, dia merupakan antara anak kampung yang berpeluang bekerja dalam sektor perlombongan bijih timah dan ditugaskan sebagai pengendali mesin penembak air.


"Masa itu kerja tak banyak, jadi untuk sara hidup, kami buat apa saja kerja yang ada. Kerja kami dibahagikan kepada dua syif, iaitu pagi dan petang. Tiada beza sama ada kerja pagi atau petang...semuanya sama saja."Lombong itu luas dan banyak bahagian. Mereka juga ada pekerja tetap dan ada laluan lori untuk angkut hasil. Terdapat juga rumah pekerja di bahagian bawah, berdekatan tempat melombong. Selepas lombong itu tutup, kami bertani untuk teruskan kelangsungan hidup," katanya. Anak jati Kuang, Isa Mohd Yunos, 68, pula memberitahu, bapanya merupakan salah seorang pengusaha pokok getah yang menjual tanah kepada pengusaha lombong. "Saya dapat tengok macam mana mereka melombong dan kedalamannya. Jika tengok dari atas memang nampak lori hantu digunakan untuk angkut hasil bijih timah, macam kotak mancis saja besarnya.


Warna air biru.
"Saya tak kerja di situ tapi bapa dan adik pernah kerja di lombong itu. Mereka ulang-alik dari rumah ke tempat kerja manakala pekerja tetap tinggal di tempat yang disediakan di bahagian bawah dan hanya keluar sebulan sekali jika ada urusan penting," katanya berkongsi cerita.  Menurut Isa, selepas bijih timah habis dilombong, kawasan berkenaan terbiar serta mula ditakungi air sehingga terbentuk tadahan dan masyarakat dari luar yang membeli rumah di situ memanggilnya tasik."Dulu airnya memang biru sebab dasarnya terlalu dalam. Pada awalnya hanya penduduk setempat tahu tapi selepas pembangunan perumahan, ia semakin dikenali ramai.


"Lokasinya terletak di Kuang tapi nama Tasik Biru Kundang jadi sebutan kerana jadi tanda arah ke Kundang bagi orang luar yang tak tahu jalan ke taman perumahan itu," katanya. Disebabkan pembangunan pesat serta tiada kesedaran untuk menjaga persekitaran, air yang biru hanya bertahan setahun hingga dua tahun sahaja dan kini, airnya tidak sejernih dahulu."Sebab lombong terbiar, orang buang sampah termasuk bangkai motosikal dan kereta ke dalamnya. Sistem perparitan juga dialirkan terus ke tasik. Sekitar 1990-an memang kawasan ini terkenal sebagai lokasi pelancongan, tambahan ada kejohanan perahu layar dianjurkan.


"Sekarang pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha mengembalikan kegemilangannya dengan menyediakan kemudahan riadah serta kejohanan jet ski. Kalau datang hujung minggu, kawasan ini memang jadi tumpuan penduduk untuk beriadah, tambahan pula sudah ada restoran," katanya.34 nyawa 'diragut'.Tasik itu kelihatan tenang, namun hakikatnya ia sudah menelan lebih 34 nyawa sejak kewujudannya sehingga kini dan jumlah itu tidak termasuk yang dilaporkan kepada pihak berkuasa.Mohd Nazri Paharurazi, 44, memberitahu, sepupunya antara mangsa lemas di tasik berkenaan sekitar 1980-an dan ketika itu dia baru berusia 10 tahun.


"Tasik itu tempat kami mandi-manda setiap petang selepas habis main bola. Nak dijadikan cerita, pada hari kejadian sepupu saya ditarik dari bawah air dan yang cuba bantu dia turut rasa tarikan itu.
"Mayatnya hanya ditemui keesokan hari, tersorok di sebalik kayu di dasar air. Selepas kejadian, kami trauma dan tak pernah lagi mandi di situ. Kami semua pandai berenang dan di tasik itulah tempat kami belajar, tapi sekarang dah tak berani main di situ. Trauma akibat kejadian masih terasa sampai sekarang," katanya.
Menurutnya, kebanyakan orang yang mandi di tasik itu adalah orang luar yang tidak tahu sejarahnya.


Bekas lombong 'berpenunggu'
Mohd Nazri yang juga ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Setia Kuang turut memaklumkan, bekas lombong itu dianggap berpenunggu atau keras oleh penduduk kampung. "Ada juga penganut agama tertentu buang ikan di situ untuk tolak bala. Penduduk pernah jumpa ikan toman sebesar saiz budak di situ, malah pernah ada kejadian seorang budak berdarah kerana digigit ikan ketika mandi di pulau dalam tasik itu yang kini ditutup laluan masuknya."Kalau memancing di tasik itu memang akan dapat ikan bersaiz besar sebab memang ada orang buang ikan sejak dulu lagi dan sekarang tasik itu jadi habitat untuk populasi ikan," katanya.


Menurutnya, tidak akan ada orang berani menyelam sehingga ke dasar tasik itu kerana terlalu dalam dan jika sesiapa mencuba, pasti akan terjumpa pelbagai benda, termasuk lori hantu yang tidak sempat dibawa naik selepas lombong ditutup."Keadaan luaran memang cantik tapi di dasarnya tersimpan banyak rahsia. Baik juga kalau ada pihak mahu menjalankan kajian untuk mengetahui isi dalam tasik itu," katanya.


LGBT merujuk kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Gerakan LGBT kini meluas di dunia masa kini. Sepertimana yang diketahui Malaysia sebagai negara Islam tidak mengiktiraf kaum songsang ini untuk mendominasi negara. Malaysia merupakan negara Islam yang tidak mahu seorang homoseksual menerajui kepimpinan negara. Homoseksualiti ini sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam. Maka dengan ini, gerakan kumpulan LGBT dianggap sebagai musuh Islam. Menentang LGBT itu sememangnya perlu dan satu kefarduan. Ini jelas apabila gesaan-gesaan LGBT untuk menuntut hak kebebasan merobohkan sistem kekeluargaan dalam Islam. 


Sistem kekeluargaan pula merupakan tunjang bagi negara. Robohnya nilai kekeluargaan akan merobohkan negara. Maka LGBT ini harus ditentang sehingga akar-akarnya. Pesta seksualiti merdeka ini pula dimanipulasikan oleh pejuang LGBT untuk mempromosikan nilai songsang mereka ke dalam Malaysia. Liberalisme adalah fahaman yang membebaskan hak manusia dari cengkaman agama. Agama seperti mana yang diketahui oleh umum merupakan institusi yang paling menentang lesbian, gay, biseksual dan transgender. Samaada agama Islam, kristian mahupun agama-agama lain di dunia ini. 


Fitrah manusia yang masih murni kesemuanya menentang LGBT. Semua agama menentang gerakan LGBT. Maka dengan fahaman liberalisme secara automatik pasti mendokong LGBT ini. Gerakan LGBT mahu membebaskan cengkaman agama untuk terus mengikuti naluri songsang golongan minoriti ini. Cuma dalam Malaysia wujud satu bentuk pesta seksualiti merdeka. Pesta seksualiti merdeka ini pula dimanipulasikan oleh pejuang LGBT untuk mempromosikan nilai songsang mereka ke dalam Malaysia. 


Abuya mendifinisikan sekulerisme: “mengendalikan urusan kehidupan di dunia secara terpisah dari agama, ia tidak ada hubungan dengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat. Terpisah ini tidak kira di bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, pentadbiran, kebudayaan, perhubungan dan lain-lain lagi. Dengan kata-kata yang lain, fahaman sekuler itu ialah faham keduniaan semata-mata. Ia tidak ada sangkut paut dengan Akhirat.” Takrif sekularesme dalam Islam menurut Abuya lebih global dan lebih luas ruang perbahasannya.


Fahaman sekular Barat sangat sempit. Sekularisme dalam Islam lebih global. Ia mencangkup soal ibadah, pendidikan, haji, perjuangan, umrah dan sebagainya. Kalau Barat kata sekular, Islam kata riyak,ujub dan sum'ah itu adalah sekularesme. Kalau ibadah haji, perjuangan, dakwah dan perkara-perkara yang sepertinya sudah jadi sekular, maka hal-hal yang lain seperti ekonomi, hiburan, pergaulan, dan kemasyarakatan lebih senang lagi jadi sekular. Bahkan perkahwinan pun boleh jadi sekular kalau berkahwin bukan atas nama Tuhan. Itu sebab mudah bergaduh dan berlaku perceraian.


Oleh itu kita jangan mudah tertipu dengan istilah Barat. Barat baru sebut sekular sejak 200 tahun dahulu. Islam telah sebut sekular sejak zaman Rasulullah iaitu sudah hampir 1,500 tahun. Cuma istilahnya sahaja yang tidak sama. Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi. 

Firman Allah:

وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ .

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(Ar-Room,30:21).


Asas larangan tersebut adalah untuk memelihara fitrah manusia sekaligus mempertahankan tamaddun ummah dari kepincangan sosial dan malapetaka yang bakal menimpa ekoran tercetusnya kemurkaan Allah S.W.T. sebagaimana murkanya Allah S.W.T. ke atas kaum Nabi Luth a.s. yang mengamalkan gaya hidup homoseksual. 

Maksud Firman Allah:

Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
(At-Taubah,9:70).

33. Kaum Luth-pun Telah mendustakan ancaman-ancaman (nabinya). 34. Sesungguhnya kami Telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka), kecuali keluarga Luth. mereka kami selamatkan sebelum fajar menyingsing. (Qamar 54 : 33-34).

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
(Hud,11:82).


Salah satu azab Allah paling dahsyat yang dikisahkan dalam Al-Quran adalah tentang musnahnya kaum Nabi Luth. Mereka diazab Allah karena melakukan perbuatan homoseksual. Menurut kitab Perjanjian Lama, kaum Nabi Luth ini tinggal di sebuah kota bernama Sodom. Sehingga karena itu perbuatan homoseksual dizaman ini disebut juga sodomi. Kajian arkeologi mendapati kota Sodom asalnya berada di tepi Laut Mati (بحرالميت) yang terbentang memanjang di antara sempadan Israel-Jordan. Dengan sebuah gempa vulkanis yang diikuti letusan lava, kota tersebut Allah runtuhkan, lalu jungkir-balik masuk ke dalam Laut Mati.


Biasanya orang jungkir-balik atau terguling, kerap bagian kepala jatuh terlebih dulu lalu diikuti badan dan kaki. Begitu pula kota Sodom, ketika runtuh dan terjungkal, bagian atas kota itu menjunam yang masuk ke dalam laut, sebagaimana Allah kisahkan dalam Al-Quran: "Maka tatkala datang adzab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu (terjungkir-balik sehingga) yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi." (Surat Huud ayat 82).


Hasil penelitian ilmiah kontemporer menjelaskan, bencana itu sudah terjadi karena daerah Lembah Siddim, yang di dalamnya terdapat kota Sodom dan Gomorah, merupakan daerah patahan atau titik bertemunya dua lempengan kerak bumi yang bergerak berlawanan arah. Patahan itu berawal dari tepi Gunung Taurus, memanjang ke pantai selatan Laut Mati dan berlanjut melewati Gurun Arabia ke Teluk Aqaba dan terus melintasi Laut Merah, hingga berakhir di Afrika.


Biasanya, bila dua lempengan kerak bumi ini bergeser di daerah patahan maka akan menimbulkan gempa bumi dahsyat yang diikuti dengan tsunami (gelombang laut yang sangat besar) yang menyapu kawasan pesisir pantai. Juga biasa diikuti dengan letusan lava/lahar panas dari perut bumi. Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya. Laut Mati di Jordan menjadi saksi menenggelamkan kaum Luth yang melakukan perbuatan songsang.


Kaitan kisah Luth dan Laut Mati.
Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.
Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.


Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita. “Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah. “Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. ”


” Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.


Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya. Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth. “Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.


“Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain. “Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.
“Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.” Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.

“Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.
“Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.” “Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”

Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.

Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.
“Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras. “Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”

Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba..Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.
Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. 

Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya. Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang dikenali sebagai `Laut Mati`.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERANG RIDDAH.

( Ladang kurma di Madinah berlatar belakangkan bukit Uhud ).


Perang Riddah (Arab: حروب الردة), juga disebutPerang Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan, membentuk pasukan yang terbagi atas sebelas infantri.Pasukan tersebut melawan pemberontakan beberapa suku Arab. Perang ini dilancarkan oleh Khalifah Abu Bakar selama tahun 632 dan 633 M, setelah kematian
Nabi Muhammad SAW.

Pemberontakan-pemberontakannya, dalam penulisan sejarah Islam pada masa itu dianggap bersifat keagamaan, oleh kerana ada salah seorang pengikut Nabi Muhammad yang kemudian mengaku sebagai seorang nabi iaitu, Musaylamah Al Kazzab.

Pemberontakan tersebut ada aspek keagamaan lainnya. Madinah telah menjadi pusat sistem  sosial dan politik, yang di dalamnya agama menjadi bagian penting; akibatnya tidak terelakkan lagi bahwa reaksi melawan sistem ini juga memiliki aspek keagamaan.

Di awal pemerintahan khalifah Abu Bakar telah terjadi peristiwa riddah secara besar-besaran yang menggonc…

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…