Langkau ke kandungan utama

AZAM BARU 1439.

AZAM BARU SEMPENA TAHUN BARU HIJRAH.


Azam baru sempena tahun baru Islam. Iaitu kita ingin menjadi Melayu baru sebagaimana umat Islam zaman gemilang. Azam baru untuk mengulangi kebangkitan Islam kali pertama di era kebangkitan Islam sekali lagi. Iaitu menjadi orang yang pandai bersyukur. Terlalu banyak nikmat yang Tuhan berikan kepada kita. Nikmat yang lahir dan nikmat yang rohani iaitu nikmat iman yang lebih besar dari makan minum. Contoh nikmat rasa malu dengan Tuhan adalah nikmat rohani. Kita bersyukur di temukan lagi dengan tahun baru Islam iaitu bulan Muharram.Muharram adalah bulan yang banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Islam. 


Nabi-nabi terdahulu sebelum Rasulullah SAW mengalami berbagai peristiwa manis terutama pada 10 Muharam yang kita kenali sebagai hari Asyura. Keistimewaan Asyura itu terbukti apabila baginda Rasulullah SAW sendiri meraikan ketibaannya dengan berpuasa. Malahan ia telah menjadi satu sunnah yang digalakkan kepada umat Islam. Bukhari, Muslim meriwayatkan daripada ibnu Abbas katanya: "Nabi datang ke Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharam. Nabi bertanya: "Mengapa mereka berpuasa? Mereka menjawab, "Suatu hari yang baik, Allah melepaskan pada hari itu Musa dan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu." Mendengar jawapan itu Rasulullah SAW bersabda: "Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kamu. 


Rasulullah SAW berpuasa serta menyuruh para sahabat berpuasa."Dari rentetan sejarah yang berlaku sepanjang zaman hingga ke hari ini, 10 Muharam pasti diwarnai sejarah. Cuma bagi umat mutakhir ini amat jarang ingin meneliti suasana berdasarkan sejarah yang lalu. Lebih-lebih lagi menjadikan sejarah Islam sebagai kayu ukur perjuangan umat yang dibina. Maka berlalulah Muharam demi Muharam tanpa membawa apa-apa erti kepada umat Islam. Yang ada hanyalah sambutan-sambutan berupa perhimpunan, yang diisi dengan ulangan kisah kegemilangan silam itu.Bukan tarikh 10 Muharram itu sebenarnya yang perlu dikenang, tetapi peristiwa besar yang berlaku pada tarikh tersebut perlu menjadi bahan renungan dan iktibar. Sering kita dengar ungkapan, "Sejarah pasti berulang". 


Ia adalah pasti, cuma siapakah yang mengulangi sejarah itu sahaja yang berbeza. Rasulullah SAW dan para sahabat telah berjaya melakar sejarah keunggulan umat. Hingga kini sejarah tersebut masih basah dalam ingatan pejuang-pejuang Islam. Namun baginda sendiri mengisyaratkan bahawa keunggulan umat itu bakal berlaku sekali lagi di akhir zaman. Petanda-petanda akhir zaman telah amat banyak berlaku hari ini. Sementara dicelah-celah petanda kemusnahan dunia ini terus berlaku, masih ada insan-insan yang mencintai Allah dan Rasul terus berjuang membina Islam sepertimana yang diperjuangkan Rasulullah dan para sahabatnya. Di serata dunia hari ini kelihatan umat Islam bangun menentang kezaliman ke atas mereka. Realitinya, mereka bangun hanya setelah ditindas sedemikian rupa.Ketika senang dan aman, kebanyakan mereka lupa Tuhan. 


Mereka hidup lalai hinggalah Allah Yang Maha Pengasih mendatangkan "peringatan" untuk mereka. Siapakah di waktu ini yang berjuang di waktu susah dan senang? Membangunkan syariat Allah yang kecil dan besar tanpa mengira tempat dan waktu? Mereka hanyalah insan yang benar-benar mencintai Allah dan menjadikan Allah SWT sebagai cinta agungnya. Bagi mereka ini, pasti begitu sensitif dengan sejarah yang lalu.Kita sedang berjuang untuk mengembalikan keunggulan umat ini kembali. Dan Muharam adalah bulan yang dinanti oleh para pejuang. Apakah hadiah yang bakal Allah beri sepertimana Allah telah memuliakan peuang-pejuang terdahulu di bulan bersejarah itu. 


Allah menerima taubat Nabi Adam a.s hingga ia bersih dari segala dosa dan kesilapan. Allah menerima taubat Nabi Adam a.s hingga ia bersih dari segala dosa dan kesilapan. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kekejaman Raja Namrud yang membakarnya hidup-hidup, namun apabila api telah padam Nabi Ibrahim keluar dengan sihat tidak terbakar sedikitpun. Di bulan bersejarah ini juga Allah mengeluarkan Nabi Yusuf a.s dari dalam penjara setelah meringkuk selama beberapa tahun akibat fitnah Zulaikha isteri kepada pembesar Mesir. Juga Allah menyelamatkan Nabi Nuh a.s beserta para pengikutnya setelah terapung-apung di atas banjir besar yang melanda dunia selama enam bulan di bulan Muharam. 


Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakub a.s. setelah buta beberapa lama akibat banyak menangisi anaknya (Nabi Yusuf a.s) yang hilang dan Nabi Yunus a.s. keluar dari dalam perut ikan setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Allah menyelamatkan Nabi Yunus a.s setelah  ia banyak berzikir di dalam perut ikan itu.Nabi Ayub a.s juga Allah sembuhkan dari penyakit  yang lama dideritainya serta Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s dari dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Nabi Musa a.s terperangkap di tepi Laut Merah. Allah membelah laut itu hingga terjadi jalan raya di dasar laut. Nabi Musa a.s selamat sampai ke seberang sementara Firaun dan pengikutnya yang mengejar dari belakang terperangkap apabila ia berada di tengah jalan, lalu laut pun bercantum semula. 


Maka matilah Firaun beserta semua bala tenteranya. Di bulan ini jugalah Allah mengurniakan kerajaan yang besar kepada Nabi Sulaiman a.s dan Allah mengangkat Nabi Isa a.s ke langit sewaktu dikejar oleh puak pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya.
Segalanya di bulan Muharam. Andainya perjuangan umat Islam kini benar dan benar-benar diatas jalan Allah dan Rasul, pasti kemenangan dan keselamatan yang telah direzekikan kepada pejuang-pejuang terdahulu itu akan mereka nikmati.Segala itu tidak mungkin Allah beri jika pecinta-pecinta kebenaran sekadar berpeluk tubuh, cuai dalam perjuangan dan lupa membaiki diri. Tidak berlaku dua cinta dalam suatu masa. 


Jika ada cinta dunia dalam hati, maka lenyaplah cinta Ilahi dari sanubari. Sesungguhnya, jika kita inginkan kegemilangan Islam berulang, hijrahlah kita dari angan-angan kepada realiti, basuhlah dosa dengan taubat, dapatkan cinta agung dari Allah yang Maha Agung dengan sentiasa membaiki diri.Bila kita dapat nikmat, kita perlu malu (dgn Tuhan). Bagaimana utk mulakan rasa malu ini? 
Kita tamsilkan kalau ada seorang kaya beri kita duit RM 10 ribu, tentu perasaan kita, hati kita akan rasa malu. Rasa diri tidak tentu arah dibuatnya. Kenapa? Sebab kita kenal orang itu dan tahu duit itu dari dia. Sedangkan dengan Tuhan, kita tidak kenal dan Dia beri nikmat pada kita pun bukan secara direct. 


Sebab itu kita tidak rasa malu dengan Tuhan. Sebab Tuhan beri itu secara indirect. Bagi orang yang tauhidnya kuat, walaupun Tuhan beri secara indirect, dia rasa malu dengan Tuhan seolah-olah Tuhan beri secara direct. Tetapi itu bukan mudah. Perlu kuat tauhid. Kalau kita sedar Allah beri, tidak patut kita hendak rasa megah. Kalau kita rasa megah, akan datang perasaan tamak dalam diri sehingga orang lain tidak dapat merasa nikmat itu. Berapa banyak manfaat yang rosak kerana megah. Kalau kita sedar, tentu kita tidak akan rasa megah. Selagi perasaan megah dalam menerima nikmat itu tidak dapat dibuang, kita tidak akan dapat kemenangan kerana kalau dapat kemenangan, kita akan zalim. 


Kita ada kongsikan artikal sebelum ini yang bertajuk sejarah Islam di Eropah.  Umat Islam ketika itu mereka memiliki ciri-ciri peribadi agung. Peribadi-peribadi agung itu sangat dipandang oleh Allah SWT hingga layak memperolehi naungan Allah SWT, hingga bangsa-bangsa lain seronok bernaung di bawah mereka. Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba. Sifat dan rasa kehambaan mereka amat kuat sehingga memusnahkan segala sifat mazmumah dan sifat keji.Mereka juga benar-benar menghayati rasa berTuhan. Mereka benar-benar merasai di dalam kekuasaan Allah SWT. Taqwa mereka sangat tinggi. Syariat sangat dijaga dalam semua aspek. Sangat takut dan cemas berhadapan dengan akhirat lantaran itu mereka takut untuk berbuat dosa. Taqwa mereka tinggi sehingga mereka rasa takut hendak buat dosa. 


Rasa tersebut menghindarinya dari melakukan maksiat. Soal malu ini bukan setakat apabila dapat benda-benda lahiriah sahaja kerana ia kadang-kadang nampak besar tetapi hakikatnya kecil. Contohnya kalau kita dapat emas. Hakikatnya ianya kecil sahaja dibandingkan dengan dapat iman. Sepatutnya kita malu dengan Tuhan setiap kali selepas sembahyang. Macam kita lah dijemput ke istana sedangkan kita ini orang kampung. Tidak tentu arah rasanya. Sepatutnya sembahyang itu, begitulah kita rasa. Sembahyang itu lebih besar dari intan. Kalau Tuhan tidak beri intan, kita tidak berdosa tetapi kalau Tuhan tidak beri kita sembahyang, kita akan berdosa. Tetapi kita tidak rasa begitu. 


Nikmat yang maknawi (nikmat diberi sembahyang) itu besar. Praktiskan rasa malu dengan Tuhan selepas sembahyang. Sebab itu selepas sembahyang kita perlu sujud syukur sebab Tuhan telah jemput kita untuk bercakap dengan-Nya. Kalau kita lalaikan, dicabut perasaan malu sembahyang oleh Tuhan, beratlah. Kalau dapat ikan, kita sujud syukur, itu kecil sangat. Sembahyang itu besar untuk membaharui iman, meneguhkan balik. Sujud syukur itu mempunyai erti yang besar kerana dapat iman. Kalau kita rasa yang kita dapat itu besar sungguh, barulah sujud syukur terasa sedap. Ibadah itu sedap kerana kita tahu nilainya. Selepas sembahyang, kita rasa berdosa. Apakah kita sujud syukur atas rasa berdosa itu? Sujud syukur itu kerana Tuhan jemput kita. Istighfar itu kerana tidak beradab. 
Sujud itu atas rasa terima kasih dan rasa takut.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N