Langkau ke kandungan utama

KARAMAH IMAM MAHDI VS DAJJAL.






WASHINGTON – Sebuah panel yang diberi mandat oleh Kongres Amerika Syarikat (AS) merumuskan bahawa sindrom Perang Teluk memang wujud dan lebih 700,000 veteran perang AS menderita akibat penyakit tersebut. Laporan yang disiarkan kelmarin itu menyatakan sindrom itu adalah akibat pendedahan kepada bahan kimia toksik termasuk racun serangga dan sejenis ubat yang diberikan kepada askar-askar AS bagi melindungi mereka daripada gas saraf.“Veteran-veteran Perang Teluk pada 1990-1991 berkhidmat kepada negara dengan berjaya tetapi ramai antara mereka diserang gangguan kesihatan berpanjangan yang sukar difahami dan untuk sekian lama dinafi atau diperkecilkan,” kata laporan panel tersebut. – AFP ( Kosmo.com.my ).


Theodor Herzl adalah salah seorang tokoh Yahudi yang mengasaskan fahaman Zionis moden pada kurun ke-19 dan bercita-cita membangunkan sebuah negara yang ditadbir oleh kaum Yahudi sendiri. Herzl sudah fikir kewujudan badan tertinggi yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal antarabangsa pada masanya dan pada masa sekarang, majlis dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menggambarkan dan merealisasikan fikiran itu. Yahudi gagal memusnahkan kebangkitan Islam kali kedua kerana atas faktor janji Tuhan. Kalau tidak sudah lama mereka berjaya musnahkan.
Oleh kerana mereka berdepan dengan kebangkitan Islam kali kedua ,apa pun percaturan makan diri mereka semula. Hal ini mereka faham tetapi tetap hendak menentang Tuhan.


Dajal dan pembantu-pembantunya kekuatan mereka atas dasar sihir. Imam mahdi bersama pembantu-pembantunya diberi kekuatan atas dasar karomah. Tak pelik apa yang berlaku ke atas tentera-tentera Amerika itu kesan dari karomah pembantu Imam Mahdi. Abuya Imam Ashaari Muhammad Attamimi. Ya! Dalam bukunya yang bertajuk BARAT DIAMBANG MAUT yang ditulis pada tahun1993. Di dalamnya terperinci Abuya menerangkan dan memahamkan situasi terkini keadaan barat khususnya, sedangkan gambaran itu telah lama Abuya sampaikankan. Kita boleh merujuknya kembali melalui tulisan Abuya itu, atau boleh mencarinya di laman sesawang yang banyak disimpan koleksi buku-buku Abuya di laman digital. Dunia Barat hanya menumpukan pembangunan material (lahiriah) semata. Hasilnya lahirlah satu tamadun manusia yang canggih teknologinya tetapi hilang fitrah kemanusiannya bahkan lebih jahat dari haiwan. Nafsu telah mengambil peranan Tuhan. Nafsu menjadi matlamat hidup. Inilah hasil pembangunan oleh barat, yang diagung-agungkan oleh hampir seluruh umat manusia!


Kalau bukan atas faktor janji Tuhan semasa diawal kebangkitan sudah dimusnahkan. Namun Tuhan membela biarpun Yahudi usahakan melalui berbagai cara. Hasil dari kegagalan usaha untuk memusnahkan perjuangan itu membuatkan Yahudi semakin yakin terhadap JADUAL ALLAH serta yakin akan kekalahan dipihak mereka. Yang tidak yakin hanyalah umat Islam. Kita yang pernah tahu turut menyumbang dalam menjadikan umat Islam ragu terhadap JADUAL ALLAH ini. Begitu juga terhadap Al Mahdi. Secara licik Yahudi melahirkan Al Mahdi palsu sebagai mana liciknya Yahudi melahirkan Mustapha Kamal Atatturk yang maha zalim itu. Hingga natijah dari ramainya Al Mahdi palsu maka Al Mahdi sebenarnya pun turut ditolak oleh umat Islam. 


Sampaikan kebenaran walaupuan sakit. Kebenaran memang menyakitkan sepertimana yang telah dilalui oleh semua utusan Allah. Apabila sampai masanya barulah semuanya akan terserlah. Memang masanya dah hampir tiba untuk era kebenaran dengan terjadinya tanda-tanda bencana alam seperti tsunami di beberapa kawasan di Indonesia dan juga dengan letusan gunung berapi.Sebenarnya alam sedang meraikan kedatangan pembawa kebenaran. Kalau kita singkap lembaran sejarah kebenaran di-sepanjang zaman, kita akan lihat banyak kesamaan diantara satu perjuangan Apabila tiba masanya, iaitu pada tanggal 11.11 am 2012 di mana semua planet dan galaksi berada pada satu garisan maka barulah kebenaran sebenar  nya akan terserlah. Semuanya telah tertulis dan tak akan bergerak sesuatu zarah pun tanpa izinNya. 


Maka apa pun kejadian yang berlaku akan memberi tanda-tanda bagi orang-orang yang sentiasa berfikir.Teruskan usaha saudara menyatakan kebenaran walaupun ianya menyakitkan. Atas dasar kebenaranlah maka "mak si Tanggang dapat menyumpah anaknya yang derhaka menjadi batu".Dari hikayat Melayu ini yang bukan mitos, menunjukkan bahawa kebenaran saja yang dapat mengembalikan kesaktian Melayu seperti mana yang di amalkan oleh datuk nenek moyang kita suatu masa dulu. Untuk memperolehi kebenaran, maka perlu saudara kukuhkan ilmu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat.Tak sempurna syariat tanpa pengetahuan hakikat.Umpama dalam konteks Melayu, syariat umpama atau ibarat kulit durian, perjalanan ke isi durian adalah tarikat. Bila dah dapat isi maka itulah hakikat.


Apabila merasa isi durian tersebut maka barulah makrifat(zat).Makrifat adalah ilmu yang tertinggi dan inilah yang di ajar oleh Nabi allah Hidir kepada Nabi Allah Musa. Cantik sungguh perumpamaan yang telah Abuya jelaskan kepada kita didalam pengajian tasaufnya. Jadi Melayu sejati yang sakti akan mempelajari semua ini dan tak hanya tertumpu pada syariat saja (hukum-hakam).Malangnya ilmu selain dari syariat perlu berguru.Jadi, carilah guru yang sejati yang sudah tenggelam di lautan hakiki. "MELAYU ADALAH ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN DAN BUDAYA YANG MEMERINTAH"


Manusia diuji supaya dekat dengan Tuhan. Allah uji kita dengan perintah supaya taat beribadah kepadaNya semata-mata sepertimana yang disebut dalam Al Qur’an.Apakah kita boleh taat dengan perintah Allah itu atau tidak. Kalau kita boleh taat dengan perintah itu, bermakna kita telah dapat mengelakkan diri daripada tertipu oleh dunia tetapi kalau kita tidak boleh taat beribadah kepada Allah, ertinya, kita sudah tertipu oleh dunia.Seterusnya, Allah uji kita dengan perkara perkara yang lain, seperti Allah uji kita dengan larangan-laranganNya, dengan tegahan-tegahanNya. Allah adakan sempadan-sempadan dan hukum-hukum yang tidak boleh kita lakukan. Apakah boleh kita taat menjauhi larangan larangan dan tegahan tegahan Allah itu. Kalau kita boleh jauhi, kita tidak tertipu dengan larangan larangan itu tetapi kalau kita tidak boleh jauhi, kita sudah tertipu.


Begitu juga, kalau kita boleh berbakti kepada Allah SWT dan kalau kita boleh beramal kepada Allah SWT kerana memang itu yang dituntut oleh Allah SWT kepada kita, apakah kita boleh pula menjaga amal bakti kita itu kepada Allah SWT atau disebaliknya. Barangsiapa yang tidak boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah SWT, maka orang itu telah tertipu dengan dunia. Maka barangsiapa yang boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah, orang itu terlepas daripada penipuan dunia. Mengapa dikatakan demikian? Sebab, selepas saja kita melakukan amal bakti kepada Allah SWT, amal bakti itu kena kita jaga. Kalau tidak, ia akan rosak semula. Sebab itu, dalam hidup kini, jangan kita hanya fikir amal ibadah saja, lupa kita hendak memikirkan tentang penjagaan amal ibadah kita itu.
 

Katakanlah selepas kita beramal, di dalam hati kita termasuk dalam hati kita rasa ujub dan rasa riak. Disini kita telah tertipu dengan amal ibadah kita. Kita tidak boleh jaga ibadah kita. Sebab itu,selepas kita beribadah, jangan sampai kita tertipu dengan ibadah kita, riak sudah masuk ke dalam amal ibadah kita itu. Satu apa pun tidak dinilai lagi oleh Allah SWT. Jadi, amal bakti kita kepada Allah SWT kena kita jaga. Nampaknya, sampai kepada peringkat amal bakti kita kepada Allah SWT pun, belum tentu kita boleh berjaya. Seorang itu sampai sudah boleh beramal ibadah kepada Allah SWT. Sebabnya,sudah boleh beramal pun, kita masih diuji oleh Allah. Dengan sebab itu, tidak ada masa bagi kita untuk berlalai-lalai kerana setiap masa dan setiap ketika kita kena berjaga jaga. 


Ibarat kita berkebun dan bercucuk tanam, selepas kita bercucuk tanam, kita terpaksa pula menjaga tanam tanaman kita itu supaya tidak dirosakkan oleh musuh musuh seperti serangga dan sebagainya. Ertinya, kenalah kita pagar tanam-tanaman kita itu atau sekurang-kurangnya kita buat pondok-pondok kecil di tengah tengah ladang kita itu supaya kita dapat menjaga musuh musuh yang hendak datang merosakkan tanam tanaman kita. Jadi, kalau kita hanya bertanam saja tetapi kita tidak jaga dan tidak kawal tanam tanaman kita itu daripada musuh-musuhnya, takut takut letih saja kita bercucuk tanam. Kita yang letih bertanam, babi hutan yang kenyang, siput babi yang kenyang, lembu dan kambing yang gemuk. Jadi, sudah sampai boleh bercucuk tanam sekalipun, namun belum tentu lagi dia boleh memetik hasilnya. 


Sebab, musuh musuhnya adalah banyak dan kalau musuh itu tidak dikawal dan tidak dijaga, musuh musuh itulah yang akan merebut apa yang kita tanam itu. Kita tidak dapat apa apa. Begitulah dengan ajaran Islam ini. Walaupun sudah berjaya kita meninggalkan yang haram dan makruh, namun belum tentu kita berjaya mendapat pahalanya di sisi Allah SWT, kalau kita tidak kawal amal kita itu sungguh sungguh. Jadi, setiap ibadah, kena kita kawal supaya tidak masuk ujub, tidak masuk riak, tidak masuk hasad dengki, lebih lebih lagi tidak masuk syirik. Kalau amal ibadah kita sudah bercampur dengan syirik, habis segala-galanya. Habis segala pahalanya daripada mula dia membangunkan amal ibadah itu waktu dia baligh sampailah kepada waktu dia melakukan syirik itu. 


Sebabnya perbuatan syirik merosakkan seluruh amal ibadah seorang itu, hatta membatalkan terus imannya. Kalau riak atau ujub atau hasad dengki, is hanya membatalkan ibadahnya yang bercampur dengan riak dan ujub dan hasad dengki, ia boleh mengikis pahala amal ibadah kita sedikit demi sedikti sampai habis. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Hasad dengki itu boleh menghapuskan kebajikan sepertimana api, ia menghapuskan kayu api.”
 

Namun atas faktor janji Tuhan maka JADUAL ALLAh  serta Al Mahdi tetap muncul dan bakal menguasai dunia sekaligus mengalahkan Yahudi. Mengetahui situasi inilah maka Yahudi amat takut kepada dua perkara tersebut. Kerana melalui JADUAL ALLAH serta Al Mahdi inilah umat Islam akan membangunkan empayar kali kedua. Bumi penuh dengan keadilan, kemakmuran, aman dan sejahtera.
Setelah berjaya menamatkan cengkaman angkara kezaliman Yahudi. Kepada dua perkara inilah sumber kekuatan umat Islam yang bukan kekuatan lahiriah tetapi kekuatan rohaniah, karamah atau bantuan Allah. Cuba kita renungkan sejenak, Yahudi ada tempat bersandar kekuatan iaitu Amerika dan Presiden Amerika, dipihak umat Islam mahu bersandar kepada siapa? Mana pemimpin dan negara sandaran bagi umat Islam? 


Semua pemimpin dan negara-negara umat Islam telah dapat dijinakkan oleh Yahudi. Semuanya sudah djinakkan oleh Yahudi semenjak ratusan tahun yang lalu melalui berbagai cara terutamanya sistem ideologi yang sangat terpisah dari Tuhan. Akibatnya iman, taqwa, perpaduan dan syariat Tuhan amat terpinggir dari kehidupan umat Islam. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam menghadapi kekuatan Yahudi. Ramainya jumlah umat Islam, minyak, kuasa beli, sumber asli semuanya tidak menjadi kekuatan untuk menentang Yahudi kerana tiada pemimpin, tiada iman,tiada taqwa dan tiada perpaduan. Lebih-lebih lagi amat jauh dari bantuan dan pertolongan Allah swt yang merupakan sumber kekuatan paling utama. Semua kekuatan itu, yakni bantuan dan pertolongan Allah.


Kepimpinan Islam , iman, taqwa dan perpaduan hanya akan dikembalikan oleh Pejuang itu sendiri. Mereka yang faham JADUAL dan Al Mahdi, dua perkara yang amat ditakuti juga amat dimusuhi oleh Yahudi. Bani Israel sudah pernah membunuh para Nabi. Maka tidak hairan mereka juga mahu membunuh Al Mahdi dan Para pejuang yang bersamanya. Malang sungguh umat Islam kerana turut sama memusuhinya. Imam Mahdi adalah tokoh yang bakal menyelamatkan seluruh umat Islam. Kalau beginilah sikap umat Islam, kita sama-sama lihat Yahudi akan terus mengganas tanpa ada kuasa dunia dapat menghalangnya termasuk PBB. Semoga kita juga berusia panjang agar dapat melihat kebesaran Allah melalui Al Mahdi dan JADUAL ALLAH dan kebenaran Islam. Juga agar kita dapat melihat pengganas Zionis akan musnah dan akhirnya terbukti tidak ada apa yang Barat sebut sebagai pengganas Islam. Seluruh dunia akan berkata yang sebenar-benarnya pengganas ialah Zionis Israel.
 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N