Langkau ke kandungan utama

CINTA DAN TAKUTKAN TUHAN MENGIKAT SEMUA

KEBANGKITAN ISLAM YANG DI JANJIKAN.



" Kejayaan umat Islam ialah manakala mereka kuat dan taat dengan agama mereka.Ertinya, agama Islam, yang kalau diikut betul-betul, akan membawa kepada kejayaan kerana ia adalah satu sistem yang mempunyai peraturan." 
 

Ikatan perpaduan akal dan jiwa iaitu perpaduan kerana takutkan Tuhan serta selaraskan akal fikiran. Bila takutkan Tuhan, manusia takut hendak membuat salah kepada sesama manusia. Maka tidak berlaku pergaduhan dan perbalahan. Bila cintakan Tuhan, automatik timbul rasa perikemanusian. Maka lahirlah bertolong bantu, bela membela dan berkerjasama.


Inilah perpaduan yang lebih kuat, sejati lagi hakiki. Iaitu perpaduan yang lebih bersifat sejagat, global dan seni. Ia bersifat maknawi dan rohani. Ia bersifat akal dan jiwa. Inilah perpaduan yang boleh membunuh sifat-sifat mazmumah yang memecahbelahkan manusia sekalipun hanya dalam satu keluarga.


Ia boleh mengikat kaum dan bangsa, yang berbeza warna kulit, bahasa, budaya dan agama. Ia adala kepunyaan bersama seluruh manusia tidak kira apa kaum, agama dan bangsa. Tuhan sama-sama punya. Kalau ikut Tuhan, tidak ada hasad dengki,tidak ada sombong, tidak ada tamak, dan lain-lain sifat yang memecah belahkan manusia.


Rasa cinta dan takutkan Tuhan adalah kepunyaan bersama semua manusia.Maka Tuhan menjadi pengikat antara semua kaum dan bangsa. Walalupun manusia itu mungkin berlainan agama dan kepercayaan, rasa bertuhan dan rasa mempunyai Tuhan itu adalah fitrah semula jadi.


Fitrah semua manusia sangat bersetuju jika dia dikatakan sebagai "hamba kepada Allah " kerana rasa bertuhan itu adalah fitrah semula jadi manusia. Kalau bagi orang Islam, tauhid itu perlu dibina, bagi bukan Islam pula, fitrah bertuhan itu perlu disegarkan.


Membina empayer Islam, dimulakan dengan tamadun rohani diikuti dengan tamadun lahiriah. Untuk itu diperlukan seorang pemimpin. Sesungguhnya, kalau Allah mahukan kebaikan dan kemajuan bagi sesuatu kaum atau bangsa itu akan dihantarnya seorang pemimpin.
Maksudnya pemimpin yang  datang dari Tuhan.


Pemimpin yang Tuhan sediakan dan yang Tuhan lantik. Pemimpin yang sangat bertaqwa dan sangat mengenal Tuhannya.Sangat tahu kehendak dan hukum hakam Tuhannya. Yang sangat tahu hakikat diri manusia. Bukan pemimpin yang dipilih oleh manusia.Bukan pemimpin yang naik atas dasar keturunan. 


Lebih-lebih lagi bukan pemimpin yang melantik dirinya sendiri. Kerana tugas utama pemimpin itu ialah untuk membina tamadun rohani dalam hati dan diri manusia. Pemimpin itu perlu bawa manusia kepada Tuhan. Perlu membawa manusia mengenal, cinta, takut, taat dan patuh pada Tuhan. Perlu membina manusia supaya mencintai Akhirat. Iaitu manusia yang menganggap tidak lebih dari sebuah ladang untuk berbakti dan bercucuk tanam yang hasilnya akan diketam di Akhirat.


Pemimpin itu perlu membina manusia yang merendah diri, tawadhuk, berkasih sayang, pemurah, pemaaf, bertimbang rasa, bertolak ansur dan mendahulukan orang lain. Yang hasilnya terbinalah manusia yang berukhuwah dan bersatu padu dan yang berkerja keras untuk mendapat redha Tuhannya.


Kejayaan umat Islam ialah manakala mereka kuat dan taat kepada agama mereka. Ertinya, agama Islam, yang kalau diikutkan betul-betul,akan membawa kejayaan kerana ianya satu sistem hidup yang mempunyai peraturan dan sistem hidup. Ia lebih kepada kepercayaan dan peribadatan.Bagi umat Islam, kejayaan bergantung setakat mana mereka boleh mematuhi dan taat pada agama lahir dan batin. Dan kejayaannya pula merangkumi kejayaan dunia dan Akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N