Langkau ke kandungan utama

DAERAH TAIF KAWASAN PERTANIAN ARAB SAUDI.

DAERAH TAIF BERADA DI KAWASAN TINGGI.
( Dr. Saad berasal dari Taif ).


( ke Taif jalan berkelok menanjak tinggi, kawasan pertanian Arab Saudi ).

(Jalan berkelok dan menanjak saat menuju dataran tinggi di Taif, Mekah, Arab Saudi ).
Arab Saudi terkenal dengan panoramanya yang sangat ekstrem. Sepanjang mata memandang hanya gurun tandus yang terlihat. Hamparan pasir luas juga menyelimuti beberapa kawasannya. Kendati ada pepohonan yang menghiasi sabana, namun sedikit yang bertahan hidup. Pohon-pohon itu layu dengan dedaunan yang berselimut debu akibat diterpa cuaca panas.Namun di balik hawa yang menyengat, Arab Saudi juga memiliki tempat yang sejuk nan sedap dipandang mata. Daerah 
tersebut bernama Taif. Daerah Taif menjadi salah satu daerah pertanian terpenting di Arab Saudi.

"Benteng yang paling ampuh pada diri seseorang ialah iman yang padu terhadapTuhan dan hari akhirat." 

Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya. Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Sekurang-kurangnya.


Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat `toleransi` terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan. Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat. 


Islam hanya sekadar upacara bukan penghayatan. Cuba kita teliti atau hitung,dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal pun, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan. 


Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. 


Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya. Bahkan kita biarkan diri hanyut di bawa oleh nafsu dan syaitan.




Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat- jahat manusia kepada `khairunnas` - sebaik-baik manusia. 




Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu: 
Pil Pertama : Rasulullah SAW menanamkan iman.Ubat tersebut di ambil secara teratur menurut aturan yang telah ditetapkan doktor.


Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengesahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud: 
Sesungguhnya  orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka." Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. 


Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai harta dan nyawa mereka.


Kedua : 
Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama . Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari Alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. 


Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan.Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun. 
Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya.


 Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja. Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. 


Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini.Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini.Tentulah tidak sanggup berlalai-Ialai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat khayalkan.




Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu: "Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapakamu berbuat iaitu kepada Allah." Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya. Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala. 




Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…