Langkau ke kandungan utama

PAKAR JIWA


DOKTOR PAKAR JIWA DI TIMPA SAKIT JIWA.


Dewasa ini manusia ramai yang di timpa sakit jiwa. Pesakt jiwa diperingkat awal bertemu dengan doktor saikologi. Ternyata pakar saikologi juga ditimpa penyakit yang sama. Inilah rialiti yang berlaku di barat.Kesan jangka panjang kepada orang yang sakit jiwa. Penyakit ini, kalau dibiarkan berlama-lama, jiwa akan menjadi semakin kosong. Semakin lama semakin risau dan runsing. Hati gelisah dan tidak tenang. Kalau yang punya diri tidak faham dan masyarakat pula tidak dapat membantunya, maka akan tercetuslah penyakit lahir atau penyakit kedua. 


Boleh jadi akan berlaku penagihan dadah, vandalisme, gangsterisme, lepak, bohsia, bohjan dan bermacam-macam lagi penyakit masyarakat yang lain. Ini kerana tuan punya diri yang mengalami penyakit jiwa, yang jiwanya kosong, hampa, risau dan runsing itu akan berusaha mencari ubat. Dia akan berusaha mencari ketenangan. Mula-mula mungkin dia akan jumpa doktor saikologi. Tetapi doktor saikologi pun ditimpa penyakit yang sama. Bila tidak sembuh, penyakit jiwa ini menjadi semakin serius, kronik dan menjadi-jadi. 


Pesakit jiwa ini akan mula mencari ubat lain. Di sini syaitan pun ambil peluang untuk mencelah dan menipu daya. Ada yang digoda mencuba dadah dan terus terperangkap dengan dadah. Rosak kesihatan dan menjadi ketagih. Bila tidak dapat dadah, badan sakit. Kenalah cari dadah dengan segera. Begitulah berlaku setiap masa. Habis duit, habis harta, susah ibu bapa dibuatnya. Kadang-kadang mencuri, meragut dan pecah rumah untuk mendapat duit membeli dadah. Masyarakat meluat dan benci padanya. Masyarakat mencaci, menghina, mengeji, menyisih, memulau dan menghalaunya.


Ada pula yang digoda membuat segala macam maksiat yang lain. Minum arak, berjudi, berzina, merogol dan sebagainya. Sudahlah pesakit ini sengsara di dalam kerana sakit jiwanya yang tidak sembuh, ditambah pula sengsara dari luar disebabkan tekanan dan cemuhan oleh masyarakat. Tidak ada simpati, tidak ada belas kasihan dan tidak ada kasih sayang. Oleh itu, penyakit jiwanya bertambah-tambah serius dan kronik. Kalau dahulu, tekanan jiwa dan sengsaranya selapis sahaja iaitu hanya tekanan dan sengsara dari dalam tetapi kini dia terpaksa pula menanggung sengsara dari luar juga. 


Masalah dan penanggungannya bertambah-tambah berat sedangkan kekuatannya untuk menanggung beban itu bertambah tambah lemah. Dia makin tenggelam dan makin tenggelam di dalam seksaan dan penderitaannya itu. Siapakah yang akan memberikan simpati? Siapakah yang akan belas kasihan? Siapakah yang akan memberi kasih sayang? Di ranting manakah dia akan berpegang? Di dahan manakah dia akan berpaut? Atau akan kita biarkan dia hanyut dan tenggelam dalam seksaan dan penderitaannya itu. Atau kita sisihkan akan dia seperti anjing kurap di tepi jalan, untuk kita kutip “bangkainya” satu hari nanti supaya ditanam.


KEMBALI KEPADA TUHAN
Bagaimana penyakit jiwa ini boleh berlaku? Manusia rasa dia ada kuasa. Dia rasa dia kuat dan boleh buat apa sahaja. Bila ada cabaran dan tekanan hidup, rupanya dia tidak ada kuasa. Dia rasa tertekan. Bagaimana hendak menangkisnya? Bila tidak dapat ditangkis, maka jiwanya derita, dia rasa tension dan mengalami stress.
Oleh kerana manusia tidak ada kuasa untuk mengatasi cabaran dan kesusahan, maka fitrahnya ingin agar ada orang yang membela dan menyelamatkan dia. Bila ada masalah, dia ingin agar ada orang yang menolong. Tetapi siapakah yang boleh menolong? 


Adakah manusia, sedangkan semua manusia mempunyai masalah yang sama. Apakah haiwan, atau tanaman sedangkan mereka tidak berakal. Apakah harta benda atau mesin atau ilmu? Sedangkan semua itu adalah rekaan manusia sendiri yang tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau begitu, manusia perlukan satu zat yang kemampuannya di luar itu semua. Manusia perlukan satu super power yang lebih dari segala-gala yang ada di alam ini.


Manusia perlukan Tuhan, Zat yang Maha Agung yang kuasa-Nya tiada mula dan tidak terbatas. Apabila Dia menghendaki sesuatu, hanya dengan berkata jadi maka jadilah. Dia Zat yang Maha Menyelesaikan segala masalah manusia. Dia doktor yang Maha Pakar dan menyembuhkan penyakit jiwa manusia. Dia tidak bertempat dan tidak tertakluk kepada ruang dan masa. Dia boleh dihubungi, boleh menghubungi dan boleh menyelesaikan masalah seluruh manusia dan makhluk-Nya serentak dalam satu masa di mana sahaja.


Malangnya, ramai manusia tidak percaya Tuhan, tidak kenal Tuhan dan tidak faham peranan Tuhan. Lebih-lebih lagi tidak cinta dan tidak takut Tuhan. Inilah yang menyebabkan jiwa jadi kosong. Inilah dia asas bagi penyakit jiwa. Kalau kita tidak tahu bahawa Tuhan ada peranan dalam kehidupan ertinya kita tidak ada pelindung, dan kita tidak ada pembela. Apabila ada masalah kita tidak ada tempat rujuk dan tempat mengadu. Kita tidak ada tempat bergantung. Kalau kekosongan jiwa ini berlaku satu hari, tidak mengapa. Tetapi kalau berlaku bertahun-tahun, ia jadi barah. Akhirnya barah ini pecah dan lahirlah penyakit jiwa. 


Manusia lemah dan tidak ada kuasa. Oleh itu manusia perlu bersandar kepada sesuatu kuasa yang gagah, perkasa dan mutlak iaitu Tuhan. Barulah hati manusia akan menjadi teguh dan kuat. Manusia perlu kepada Tuhan. Manusia perlu rasa bertuhan. Tuhan adalah segala-galanya. Kekuatan jiwa manusia adalah setakat mana dia rasa bertuhan. Kurang rasa bertuhannya, maka kuranglah kekuatan jiwanya. Kuat rasa bertuhannya maka kuatlah jiwanya. 


Kalau seseorang itu tidak langsung mempunyai hubungan dengan Tuhan, percaya pun tidak, kenal pun tidak, maka jiwanya akan menjadi lemah dan rosak, dan akan dihinggapi penyakit. Akan timbullah rasa kosong, risau, rimas dan runsing. Akan hilang ketenangan jiwa. Allah ada berfirman: Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’du: 28)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N