Langkau ke kandungan utama

PANAS API NERAKA 70 KALI GANDA.


APAKAH PUNCA KECELAKAAN AKHIRAT?


Firman Allah: وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ  ﴿٣٧﴾

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)! ( Al Mursalat 77:37 ).

Seseorang itu ada mempunyai sifat sedar dalam ertikata sedar ia tentang akhirat, sedar ia tentang syurga dan neraka, sedar ia tentang mati dan seksa kubur, sedar ia tentang Allah itu maha Berkuasa, maha Mendengar, maha Mengetahui, maha Melihat dan sebagainya, kemudian cerdik pula iaitu dengan makna dia dapat memelihara diri dari kecelakaan akhirat serta dapat beramal ibadah untuk bekalannya selepas mati, maka orang ini sudah memiliki kunci kebahagiaan akhirat. 


Apakah pula punca kecelakaan akhirat. Adapun punca kecelakaan akhirat itu juga ada dua iaitu pertama penipuan dan kedua kelalaian. Apakah yang dimaksudkan dengan penipuan di sini? Yang dimaksudkan dengan penipuan ini ialah, dia tertipu oleh dunia ini, seperti dia tertipu dengan keindahan alam semulajadinya, dia tertipu dengan rumah besarnya, dia tertipu dengan kereta besarnya, dia tertipu dengan wanita cantiknya dan sebagainya. 


Pendek kata segala yang ada di dunia ini melambai-lambai kita dan memikat hati kita. Bila kita pandang dia, dia senyum dengan kita. 
Umpama, kalau seorang gadis cantik yang umurnya muda belia, tiba-tiba kita lalu di depannya, dia senyum pada kita serta melambai kita. Tentu sekali gugur iman kita.


Tentu sekali kita akan terpesona dan akan tergila-gila denganya. Kalau tidak terus gila, mungkin separuh gila. Bak kata orang, tengok dalam air nampak wajahnya, tengok dalam cermin, muka kita macam muka dia. Begitu parah sekali jiwa kita dibuat oleh seorang gadis cantik.Begitulah ibaratnya dengan dunia yang kita lihat ini. 


Sama sepertimana kita lihat seorang gadis cantik yang melambai-lambai kita. Padahal, gadis cantik yang melambai-lambai kita itu, kalau pun boleh kita miliki, dianya akan menyusahkan kita. Katalah gadis cantik itu tadi dapat menjadi isteri kita. Akan menyusahkan kita. Kita beli kereta kecil, dia hendak kereta besar. Kita hendak ke masjid, dia hendak ke panggung wayang. Kita hendak pergi mengaji, dia hendak pergi shopping shopping. Parah sekali jiwa kita dibuatnya.
 

Dunia juga boleh mengakibatkan diri kita parah. Kita akan tertipu olehnya. Sebelum kita dapat, mungkin kita akan terpesona dengan kecantikannya. Kita akan terpesona dengan wang ringgitnya, kita akan terpesona dengan rumah besarnya, kita akan terpesona dengan wanita cantiknya dan sebagainya. 


Tetapi bila telah kita miliki, susah kita dibuatnya. Bukan bahagia yang kita miliki dunia pada hari ini. Apakah hidup mereka tenang? Apakah mereka bahagia dengan dunia yang mereka miliki; dengan harta banyaknya, dengan kereta besarnya, dengan isteri cantiknya dan sebagainya. 


Apa yang kita dengar melalui surat surat khabar, orang orang inilah yang banyak membunuh diri, dia dibunuh orang. Hidupnya sentiasa dalam ketakutan dan kebimbangan. Sampai rumahnya pun dua tiga lapis pintu besi. Ke sana ke sini terpaksa pakai bodyguard dan sebagainya. Mukanya sentiasa berkerut dan anak isterinya lintang pukang. Tidak pernah damai rumah tangganya,walaupun dunia sudah di dalam tangannya. Begitulah dunia telah menipu dia.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N