Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN KEBENARAN.




Negara-negara di dunia pada umumnya memiliki empat musim yaitu musim semi, musim dingin, musim gugur, dan musim panas. Diantara keempat musim tersebut musim semi adalah musim yang paling menyenangkan, bagaimana tidak? Karena musim semi merupakan pergantian dari musim dingin ke musim panas dimana cuacanya tidak terlalu dingin dan tidak terlalu panas, dan di isi oleh angin berhembus kencang. Banyak Negara – Musim semi merupakan musim terindah di Spanyol hari – hari yang hangat dan cerah dengan langit yang biru dan saat malam hari yang dingin. Pada musim ini juga merupakan waktu yang tepat untuk mendaki gunung atau berjalan karena sebagian besar kondisinya masih relatif tenang dan pemandangan yang hijau nan asri.Dengan langit yang biru nan indah dan bunga – bunga bermekaran dengan angin lembut yang berhembus.


Ketika musim semi di Spanyol akan membuat Anda merasa nyaman sehingga Anda tak mau pergi dari Spanyol dan juga waktu yang tepat untuk mengeksplorasi tempat – tempat unik dan indah di Spanyol. Jika Anda ingin mencari lingkungan alam yang unik, suhu ringan dan segar, kehidupan lokal, perayaan budaya seperti paskah, bermusafir pada saat musim semi karena Anda akan menemukan keindahan ciptaan Tuhan itu semua. Musim semi disebut-sebut sebagai waktu terbaik mengunjungi Eropah . Udara sejuk dan bunga-bunga bermekaran, yakni di bulan Mach – Jun. Musim semi memang tidak sedingin musim dingin dan tidak sepanas musim panas. Namun pada musim semi, hembusan angin boleh sangat kencang bahkan merasuk tulang. Berkunjung  di musim semi menjadi pilihan yang terbaik untuk Anda jikalau Anda ingin percutian yang tidak terlalu mahal dan sepi oleh para pengunjung lain. 

 
Perjuangan kebenaran bermula berada di padang pasir, iaitu Mekah dan Madinah ( Haramain ), diterajui oleh Nabi SAW sendiri. Setelah itu Islam pernah berpusat  di negara empat musim iaitu di Andalusia sekarang dikenali dengan Spain dan Portugal. Kini era kebangkitan Islam kedua berada di Timur di khatulistiwa contoh negaranya Malaysia. Iaitu negara yang bermusim hujan dan panas. Dimana pun berada dibenua apapun dan dizaman apapun  kebenaran itu sifatnya tetap sama. Perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu sifatnya sama, dari dahulu hingga sekarang. Tempatnya berubah, orang atau bangsanya berubah, masa dan eranya juga berubah tetapi sifatnya tetap sama. 


Apa yang berlaku kepada pejuang-pejuang Islam atau pejuang-pejuang kebenaran pada setiap zaman juga sama. Ini kerana apa yang diperjuangkan ialah Tuhan yang sama, prinsip yang sama dan syariat yang sama. Oleh yang demikian perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu, kalau ianya benar-benar mengikut lunas-lunas dan landasan Islam yang sebenar dan dilaksanakan tepat mengikut cara yang Allah mahu, maka sifatnya pasti sama dengan perjuangan Islam di sepanjang zaman. Kalau ini tidak berlaku, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan perjuangan tersebut ataupun perjuangan tersebut tidak tepat dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Taala.


Di antara sifat-sifat perjuangan kebenaran itu ialah:
* Sentiasa diuji
Ujiannya berat. Namun demikian, ia tidak menjejaskan perjuangan. Ia setakat menapis dan menyaring pejuangpejuangnya untuk menambah kekuatan.


Mendapat bantuan ghaib
Berlaku berbagai-bagai bantuan bagi mengatasi ujian-ujian tersebut seperti Firasat, Yakazah, Hatif dan sebagainya yang berbentuk Khawariqul ‘adah (perkara yang mencarik adat atau di luar logik). Bagi para rasul dinamakan mukijzat, bagi para wali dinamakan karamah dan bagi orangorang soleh dinamakan maunah. Maunah selalunya disandarkan kepada karamah. Bantuan-bantuan inilah merupakan hiburan di dalam menempuh ujian yang menimpa.


Berlaku tapisan dan saringan
Pada pertengahan jalan dalam perjuangan, akan terdapat ramai pengikut. Pengikut yang ramai ini akan tertapis dan tersaring hingga tinggal sedikit. Kemenangan akan berlaku selepas saringan ini. Perjuangan kebenaran tidak pernah menang ketika mereka ramai.
Tuhanlah yang mengalahkan musuh
Yang mengalahkan musuh bukan para pejuang tetapi Tuhan sendiri. Tuhanlah yang mengalahkan musuh supaya rasa kehambaan tetap kekal di hati para pejuang, dan Allah itu nampak Hebat dan Penuh Berkuasa.


Faktor kemenangan adalah iman dan taqwa
Dalam perjuangan Islam atau kebenaran, ada usaha lahir dan ada usaha rohaniah. Usaha lahir ialah seperti menggunakan tenaga, mencari kekuatan kewangan dan aset. Ini dinamakan “quwwah”. Tetapi ini hanyalah sepuluh peratus 10% dari usaha keseluruhan. Usaha rohaniah, iaitu mengusahakan iman dan taqwa adalah 90% dari usaha keseluruhan. Iman dan taqwa inilah faktor utama bagi kemenangan perjuangan kebenaran.


Mempunyai kekuatan melebihi manusia biasa
Dalam perjuangan kebenaran ada nisbah kelebihan kekuatan 1:10. Di dalam Al-Quran ada disebut nisbah 1:20. Ini melibatkan tenaga manusia, masa, modal dan wang ringgit. Seorang pejuang kebenaran mampu melaksanakan kerja sepuluh kali ganda melebihi seorang pejuang kebatilan. Kalau pejuang kebatilan mengambil masa setahun untuk membuat sesuatu kerja, pejuang kebenaran hanya perlu satu bulan sahaja. Kalau pejuang kebatilan memerlukan modal RM100,000, pejuang kebenaran hanya me merlukan RM10,000 sahaja untuk menegakkan projek yang sama.


Jalannya tetap dan jelas
Perjuangan kebenaran itu tetap dan jelas. Jalan perjuangannya juga tetap dan jelas. Tidak ada pakatan-pakatan. Tidak ada kompromi-kompromi. Tidak ada terima separuh, tolak separuh. Tidak ada ambil separuh, tinggal separuh. Perjuangan adalah tetap di jalan Allah dan di jalan kebenaran. Justeru itu, sejarah perjuangan kebenaran mesti digunakan sebagai panduan kerana ianya sentiasa berulang. Kalau perjuangan kita tidak mengikut sifat-sifat perjuangan kebenaran seperti yang dipaparkan oleh sejarah dan oleh Al Quran itu sendiri, maka tahulah kita bahawa kita sudah banyak tersasar dari perjuangan yang sebenar sama ada pada niatnya, pada perlaksanaannya, pada natijahnya, ataupun kita telah mengabaikan perkara-perkara yang pokok dan asas di dalam agama.




 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N