Langkau ke kandungan utama

BERNIAGA DENGAN TUHAN.

PERNIAGAAN BERMODALKAN TUHAN


Nyata bahawa ekonomi adalah satu keperluan hidup bagi manusia. Justeru itu, ia mesti dikendalikan dengan cara yang patut, adil, saksama, penuh belas ikhsan dan kasih sayang. Sepertimana juga dalam keperluan-keperluan hidup manusia yang lain, Tuhan tidak boleh diketepikan dalam kita berekonomi. 


Kalau Tuhan diketepikan apa yang akan berlaku, maka natijah dan hasil dari ekonomi tersebut akan memakan diri manusia itu sendiri. Ia akan rosak dan merosakkan. Sedangkan dalam kita berekonomi Tuhan disertakan sama maka ekonomi tersebut akan menjadi kekuatan tambahan kepada umat Islam. Ertinya ekonomi itu alat untuk mencapai keredhaan Tuhan. Dalam kita membangunkan kemajuan melalui ekonomi didunia ini.


Ekonomi tersebut sekaligus ia adalah bekalan kita untuk di bawa ke Akhirat.Di zaman ini, kegiatan dan interaksi melalui ekonomi telah diselewengkan dan dirosakkan oleh fahaman-fahaman ciptaan akal manusia terutama oleh fahaman komunis dan kapitalis. Ia telah dirosakkan oleh riba, monopoli, oligopoli, kartel, mencari untung yang berlebihan dan menjadikan untung itu matlamat dalam berekonomi. 
Justeru itu timbul penekanan, penindasan dan ketidakadilan. 


Lahirlah krisis, perbalahan, kesusahan, kerosakan dan perpecahan. 
Dalam Islam, berekonomi dan berniaga bukan semata-mata untuk mencari duit dan untung. Kalau duit dan untunglah matlamatnya pasti akan ada rebutan. Krisis dan pergaduhan pasti tidak dapat dielakkan. Ekonomi dan perniagaan Islam adalah berteraskan kasih sayang. 


Seperti juga ibadah-ibadah yang lain, matlamat berekonomi adalah untuk mendapatkan Tuhan dan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan , bukan untuk mendapatkan duit dan keuntungan material. Kalau duit dan keuntungan materiallah yang menjadi matlamat dalam berekonomi, maka ia tidak boleh dikatakan amal ibadah. 


Maka ia  tidak layak dikatakan sebagai ibadah. Ia terkeluar dari syarat-syarat dan konsep ibadah. Ia tidak akan sampai kepada Tuhan. Tuhan juga tidak akan menerima usaha ekonomi atau perniagaan kita itu sebagai satu ibadah atau pengabdian diri kepada-Nya. Kerana ibadah itu adalah apa-apa kebaikan yang kita buat dengan niat ibadah.


Kita berekonomi dan berniaga dengan diniatkan kerana Allah. Allah adalah matlamat ibadah. Kalau kita berekonomi dan berniaga kerana hendakkan duit dan untung sahaja, maka Tuhan akan berlepas diri daripada usaha kita itu kerana kita berbuat bukan kerana Dia. Apabila Tuhan berlepas diri maka akan timbullah bermacam-macam masalah. 


Kerosakan dan kesan sampingan yang buruk dan negatif. Tidak akan wujud kasih sayang. Kalau perniagaan kita untung dan maju, orang akan dengki dan iri hati pada kita. Atau kita akan berebut-rebut keuntungan. Atau kita akan rasa bongkak dan sombong. Kalau kita rugi pula, kita akan bergaduh dan bersenget- senget hati.


Kita akan berkecil hati sesama sendiri. Ataupun kita akan kecewa dan berputus asa. Usaha kita itu pula tidak ada apa-apa nilai di Akhirat. Di samping itu akan timbul tekan-menekan, tindas-menindas, menzalimi ketidakadilan, monopoli, penipuan, inflasi, menyorok barangan dan sebagainya kerana manusia mahu cepat untung dan cepat kaya. 


Hidup manusia jadi susah dan terhimpit. Inilah akibat berekonomi dan berniaga yang dibuat tidak kerana Tuhan. Sebenarnya, kalau kita berekonomi dan berniaga kerana hendak mendapatkan Tuhan, lagi banyak kita berniaga, maka akan bertambah lagilah iman dan taqwa kita dan roh terus subur.


Seterusnya lagi bertambahlah ukhwah dan kasih sayang antara kita dan kita akan lebih hampir kepada Tuhan. Kehidupan jadi mudah, indah, aman dan makmur. Islam menganjurkan perniagaan dan ekonomi bukan untuk mendapat duit atau untung tetapi untuk mendapat taqwa. Untung itu perkara mendatang. Dalam Islam, rugi dalam perniagaan pun tidak apa asalkan dapat taqwa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N