Langkau ke kandungan utama

MERDEKA YANG HAKIKI.


KEMERDEKAAN YANG SEJATI DAN HAKIKI.

Mari kita memahami erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki. Semoga kita benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti kemerdekaan mempunyai definisi yang banyak sekali. Berlainan sudut dan aspek berlainan pula erti, di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita ialah:

Kemerdekaan bangsa , mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa. Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka dan bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia. Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan Yang Maha Pencipta, yang dunia ini adalah milikNya dan kita juga kepunyaanNya.

Kemerdekaan ekonomi bermakna tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan. Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman. Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.

Kemerdekaan fikiran bermakna semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran, tidak ada ketakutan dan kebimbangan untuk memberi pandangan. Kemerdekaan kebudayaan bermakna setiap bangsa ada identiti yang tersendiri dari sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi. Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka bukan ditiru dari budaya luar yang asing sekali.

Kemerdekaan pendidikan bermakna semua orang diberi peluang untuk menerima pelajaran dan setiap orang diberi galakan untuk menerima pengetahuan mengikut bidang yang diminati. Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang dan tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang.

Kemerdekaan agama bermakna setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan.Masing-masing tidak boleh menghina tidak boleh memusuhi antara satu sama lain kerana agama.  Tetapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dari Tuhan.

Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang di mana kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan. Padahal dia penentu kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia, bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka. Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?

Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda iaitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan. 

Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah, jatuh menjatuhkan yang memusnah. Merdeka daripada dendam kesumat, bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas. Ria, megah, mencari nama, ingin glamour, yang ramai orang tersinggung dibuatnya.

Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari dan jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan sebagai budaya. Ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati. Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi sebati Inilah dia yang dikatakan Kemerdekaan Sejati dan hakiki.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERANG RIDDAH.

( Ladang kurma di Madinah berlatar belakangkan bukit Uhud ).


Perang Riddah (Arab: حروب الردة), juga disebutPerang Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan, membentuk pasukan yang terbagi atas sebelas infantri.Pasukan tersebut melawan pemberontakan beberapa suku Arab. Perang ini dilancarkan oleh Khalifah Abu Bakar selama tahun 632 dan 633 M, setelah kematian
Nabi Muhammad SAW.

Pemberontakan-pemberontakannya, dalam penulisan sejarah Islam pada masa itu dianggap bersifat keagamaan, oleh kerana ada salah seorang pengikut Nabi Muhammad yang kemudian mengaku sebagai seorang nabi iaitu, Musaylamah Al Kazzab.

Pemberontakan tersebut ada aspek keagamaan lainnya. Madinah telah menjadi pusat sistem  sosial dan politik, yang di dalamnya agama menjadi bagian penting; akibatnya tidak terelakkan lagi bahwa reaksi melawan sistem ini juga memiliki aspek keagamaan.

Di awal pemerintahan khalifah Abu Bakar telah terjadi peristiwa riddah secara besar-besaran yang menggonc…

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…