Langkau ke kandungan utama

PERANAN WANITA ISLAM.



Wanita dalam dunia pendidikan. Tangan yang menghayun buaian itulah melahirkan manusia luar biasa.Ibu dan ayah mewarisi anak-anak yang soleh dan solehah maka si mati akan mendapat pahala hasil dari kebaikan dan kosolehan anak-anaknya itu, tetapi jika anak-anaknya tidak soleh/solehah si mati akan mendapat kesusahan di alam kubur. Bagi mengatasi kekurangan tersebut maka pihak ibu bapa kena mainkan peranan sama untuk menampung keperluan pendidikan rohani tersebut. Maka gabungan peranan pembelajaran yang berlaku di sekolah dan bimbingan rohani atau pembinaan insaniah di rumah dapat melahirkan generasi baru sebagamana generasi salafussoleh.


Di zaman salafussoleh, anak-anak dididik dan diajar di rumah. Ibu bapa ketika itu alim dan berakhlak mulia. Mudah bagi mereka mendidik dan mengajar anak-anak mereka di rumah hingga menjadi alim dan berakhlak mulia seperti mereka juga. Wanita dalam dunia korperat. Di era kebangkitan pertama sejarah memberitahu kita bagaimana Siti Khadijah adalah ahli perniagaan dan seorang bangsawan yang di segani. Nabi SAW sendiri sebelum menjadi Rasul pernah menjual barang-barang Siti Khadijah ke negeri Syam. Siti Aisyah berkungsi ilmu yang diterimanya dari Rasulullah dengan paa sahabat.


Firman Tuhan:
ÙˆَØ£َÙ† Ù„َّÙŠْسَ Ù„ِÙ„ْØ¥ِنسَانِ Ø¥ِÙ„َّا Ù…َا سَعَÙ‰ٰ 

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
( An-Najmu:39 ).

Terang di dalam ayat di atas mengatakan bahawa usaha seseorang akan di bawa ketika telah mati. Zuriat yang di tinggalkan adalah hasil usaha si mati sendiri semasa hidupnya. 


Apakah suara wanita itu aurat?
Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihat hujah secara naqli dahulu. Di sini ingin saya jelaskan bahawa perbahasan samada suara wanita adalah aurat atau tidak belum ada satu ijtihad yang dibuat secara qati. Ini bererti pintu ijtihad mengenai isu suara wanita masih dibuka. Kalau kita suluh tentang masalah suara pula, sejauh yang kita lihat dalam Quran dan hadis, belum ada ijtimak ulama mengatakan haram. Dalam Quran atau hadis tidak ada dalil dan nas yang qati secara tegas mengatakan haram. Para ulama berijtihad tidak seiya sekata. Ada yang membolehkan ada yang tidak membolehkan. Jadi kalau ada banyak pendapat, kita boleh ambil mana-mana pendapat sebab dalam persoalan ijtihad kalau betul dapat dua pahala kalau salah tetap dapat satu pahala. Jadi dalam hal ini kita terima pandangan yang membolehkan suara wanita. 
Lebih-lebih lagi di sini kita gunakan suara wanita bukan untuk maksiat, bukan untuk gelak ketawa, menggoda lelaki dan melalaikan orang tetapi kita bawa mesej untuk orang kenal Tuhan, cinta dan takutkan Tuhan. Di sini baru kita faham suara itu salah atau tidak dilihat pada kegunaannya. Kalau salah guna, haramlah kalau betul guna tidaklah haram. Macam tangan juga kalau diguna untuk membantu orang eloklah. Tetapi kalau tangan itu juga digunakan untuk tempeleng orang, salahlah. Ia bergantung kepada sejauh mana penggunaannya kecuali ada nas yang mengatakan haram. Kalau ada ijmak ulama yang mengatakan suara wanita itu haram maka tentu kita akan ikut, tapi buat masa ini hingga hari ini tidak ada satu ketegasan dalam mengatakan suara tu aurat. Kalau suara wanita boleh dibawa kepada kebaikan, apa salahnya dimanfaatkan. 


Kalau suara seorang perempuan di kira aurat , maka baca Quran, belajar di universiti, mengajar di sekolah memang tidak bolehlah bagi perempuan. Sedangkan memang digalakkan bersedap-sedap membaca Al-Quran supaya orang tertarik pada Quran.Tetapi di sini saya tidak bermaksud untuk membahaskan persoalan hukum hakam dengan panjang lebar tetapi apa yang lebih utama saya ingin membawa anda melihat perkara ini dalam skop yang lebih luas. Pertama dan utama ingin saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang cukup prihatin mengenai isu suara wanita. Saya kira mereka tentulah terdiri daripada golongan yang sangat hendak menjaga agamanya. Oleh itu marilah kita nilai persoalan ini secara adil dan rasional dan profesional.


1. Hari ini untuk memperjuangkan Islam kita perlu menggunakan pelbagai cara dan metod sesuai dengan zaman ini. Di dunia hari ini orang mencetuskan maksiat seluruh dunia dengan berbagai cara dan jalan. Melalui media masa dan media cetak. surat khabar, majalah, tv, bahkan iklan-iklan pun. Dalam iklan makanan pun ada maksiat, iklan pakaian pun ada kejahatan di situ. Ertinya kita sedang berhadapan dengan dunia penuh maksiat. Kalau ibarat sebuah peperangan mereka gunakan 1001 macam senjata kecil dan besar. Ada senapang, mortar, peluru berpandu, kereta kebal, kapal terbang dan lain-lain. Tetapi kita atas nama Islam hanya menggunakan keris sahaja, apakah boleh menang ? Itu secara kiasan. Sudah beratus tahun umat Islam berjuang, bukan umat Islam tidak berjuang, bukan tidak berani mati, tapi begitu sahajalah perjuangan umat Islam. 


Islam diperjuangakan dengan menggunakan senjata yang tidak cukup lengkap. Yang jauh ketinggalan berbanding dengan musuh. Itu belum lagi kita perkatakan tentang taqwa, itu lagi susah sedangkan senjata lahir pun tidak cukup. Sekarang kita nak berjuang berhadapan dengan dunia maksiat, bukan nak menggunakan senjata macam Amerika tetapi kita berjuang secara minda, secara kasih sayang untuk kejayaan di mana taqwa itu adalah asasnya. Kita mesti mewujudkan sistem alternatif bagi menyaingi kerosakan yang sudah merata dunia. Nisbah senjata lahir itu kena dipelbagai. Kalau hari ini maksiat merata dunia, orang menggunakan penyayi perempuan hingga rosak masyarakat. Tidakkah kita tidak sedar? 


Sebab itu kita kena fikir macamana nak atasi. Jadi kalau perempuan yang merosakkan, maka perempuan juga yang kena baiki. Jadi kita kena campur tangan juga. Hari ini penyanyi perempuan yang diterima orang . Iklan makanan, iklan kereta pun guna perempuan juga. Ini agenda yahudi untuk rosakkan dunia dengan menaja maksiat yang beleluasa.Sebab itulah penasyid perempuan kena ada. Sudah sampai masanya kita wujudkan satu kumpulan budaya Islam Hadhari melalui perempuan untuk memberi alternatif bahawa Islam mempunyai cara hiburan yang mampu menghibur sambil mendidik.Ianya selamat dan menyelamat serta tidak merosak dan melalaikan. 


2. Suara juga sepertimana anggota badan yang lain seperti tangan, mata dan telinga boleh digunakan untuk berbuat baik dan salah. Mata boleh digunakan untuk berbuat baik dan buruk. Tapi banyak orang yang menyalahgunakan mata. Kalau banyak orang yang menyalah gunakan mata, apakah kita nak butakan mata? Lidah boleh digunakan untuk kebaikan tapi banyak orang gunakan untuk kejahatan. 
Jadi kalau begitu apakah nak dipotong lidah? 
Kalau di salah gunakan telinga, apakah kita pekakkan telinga kita. Lidah kita jahat, mengumpat orang, kita nak potong ke lidah kita. Ertinya anggota badan kita boleh bawa kepada kebaikan dan boleh bawa kepada kejahatan. Terpulang bagaimana kita menggunakannya.


3. Apabila kita melihat realiti yang berlaku hari ini, kita tengok secara terbuka atau di TV, wanita diperalatkan menjadi daya tarik. Sememangnya wanita memberi tarikan yang cukup berkesan sehingga majoriti manusia sangat boleh dipengaruhi oleh penghibur wanita. Cuba kita fikir bagaimana hendak menarik lautan manusia. Lautan dan ribuan manusia, demi untuk selamatkan mereka, apakah atas nama Islam dan kebenaran tidak ada daya tarikan melalui suara wanita untuk mengumpan manusia menghala kepada Allah. Sedangkan hiburan adalah keperluan fitrah semulajadi manusia. Tuhan itu sendiri Maha penghibur.


4. Oleh itu kita tidak boleh bertindak mengharamkan hiburan maksiat tanpa menyediakan alternatifnya. Masyarakat yang sedang dahagakan hiburan akan bertanya mana alternatif hiburan Islam, mana model kebudayaan Islam hadhari? Apakah Islam tidak mempunyai suatu kaedah hiburan tersendiri hinggakan umat Islam terpaksa berkiblatkan hiburan barat yang rosak lagi merosakkan? 
Sudah tentu atas nama Islam kita kena persembahkan, kena hidangkan satu bentuk hiburan yang jauh lebih menarik, mengasyikkan dan menyelamatkan sambil mendidik dan membentuk manusia dengan pengaruh-pengaruh positif yang selamat serta menyelamatkan. Jadi manakah alternatif itu, manakah model itu, sedangkan kita mengakui Islam is a complete way of life. 


Kalau kita terus bahaskan soal suara sebagai aurat tanpa melihat realiti kerosakan budaya yang berlaku hari ini, kita seolah-olah memberi gambaran Islam itu terlalu jumud dan pasif hinggakan tidak memberi ruang untuk berhibur dan berkebuayaan. Oleh itu apa yang sedang di perjuangkan oleh Abuya melalui Mawadah satu landasan kebudayaan merupakan satu usaha kecil bagi memberi jawapan kepada suara-suara yang bertanya mana dia hiburan Islam, mana dia model kebiudayaan Islam, mana dia hiburan yang selamat dan menyelamatkan. Moga-moga ia mampu menjadi alternatif serta model kebudayaan yang menghibur lagi mendidik. Mesej yang sangat indah perlu disampaikan dengan kaedah dan metod yang indah juga agar menyerlahkan lagi keindahan Islam itu sendiri. Kebenaran itu sangat indah dan mengasyikkan tetapi malangnya, ramai manusia tidak dapat melihat, menikmati dan menghayatinya justeru kegagalan para pejuang Islam menghidangkannya dengan cantik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N