Langkau ke kandungan utama

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.

( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).


BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat.
Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 


ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tetap yang diadakan ialah bacaan tahlil Maulid pada malam Isnin dan malam Jumaat. Setiap ujung minggu iaitu pada hari Ahad pagi diadakan kuliah subuh. Bermula dengan markaz pertama yang beralamat di No. 94, Lorong Keramat Kiri 2, Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 1968.


Penekanan awal jemaah pengajian Abuya ialah mempelajari, memahami dan meyakini ilmu fardhu ain yang meliputi bidang tauhid, feqah dan tasawuf. Ilmu bukan untuk dibanggakan, diperdebatkan dan dijadikan alat untuk mencari keuntungan duniawi, tetapi ilmu mestilah diamal dan diperjuangkan demi keselamatan dunia dan Akhirat. Ilmu sangat penting untuk jalankan dua peranan manusia di dunia sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya.


Dilatih berdikari sejak kecil. Anak-anak menerima pendidikan secara teori dalam kelas kemudian dibawa praktikal dalam kehidupan diluar bilik darjah. Ilmu yang tepat melahirkan insan yang beramal mengikut minat, bakat dan kemampuan masing-masing. Bagi Abuya ilmu wajib disertai amal. Jemaah pengajian yang Abuya cetuskan bukan sekadar habiskan kitab ke satu kitab tetapi untuk melahirkan, kegiatan, amalan,aktiviti,program dan pelbagai bentuk tindakan yang selaras dengan ilmu yang dipelajari. Inilah perbezaan yang ketara antara pengajian Abuya dengan tok guru yang lain pada waktu itu.


Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Abuya ingin membuktikan kebenaran itu. Kini setelah hampir 50 tahun berjuang, Abuya telah melebarkan sayap perjuangannya hampir keseluruh dunia dengan pembangunan rohani dan tamadun materialnya yang semakin mantap. Sesungguhnya, prestasi ini menjanjikan era yang lebih gemilang untuk Islam masa akan datang.


Penduduk lama Kampung Datuk Keramat, Mohd Ali Ridza Abdul Latif, 54, berkata kawasan ini dahulunya dikenali sebagai Kampung Tangga Cina."Ada dua versi nama Kampung Tanga Cina ini, Dulu, kawasan ini adalah lombong bijih timah. Ramai kaum Cina tinggal di kawasan itu dengan kerja sebagai pelombong dan dari situlah timbul nama Kampung Tangga Cina," katanya.Cerita Mohd Ali Ridza, peristiwa hitam negara, 13 Mei, mengubah pola penduduk di situ. Peristiwa itu menyebabkan kaum Cina berpindah dan ia kemudiannya diduduki orang Melayu. Satu lagi versi asal-usul Kampung Tangga Cina dikatakan berpunca daripada kehadiran beberapa orang India, di situ, yang dipanggil Tanggaci. Bagaimanapun, nama itu tidak kekal.


Penulis membesar di Kampung Datuk Keramat dan bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kampung Datuk Keramat. Ketika itu Abuya Imam Ashaari At Tamimi tinggal di Kampung Datuk Keramat Dalam. Berkat 13 mei orang India yang ada  jual rumahnya kepada Abuya. Apa yang di ceritakan oleh BH Plus sama maklumat yang ada pada pengalaman penulis. Dengan kejadian 13 mei orang China dan India tinggalkan Kampung Datuk Keramat berhijrah ke daerah lain. Ketika itu menteri besar Selangor ialah Dato Harun Idris. Penulis sendiri ada pengalaman  bermain-main di lombong bijih di Kampung Datuk Keramat tersebut.


Kehadiran kubur `keramat' di penempatan itu menyebabkan penduduk mula menggelar kawasan itu sebagai Kampung Datuk Keramat."Ramai yang tidak tahu Kampung Datuk Keramat ini diambil sempena dengan kehadiran sebuah kubur keramat di sini. Kedudukan kubur itu terletak bersebelahan dengan Pasar Keramat. Mengikut ceritanya, kubur keramat itu sangat popular dan ramai yang datang ke sini semata-mata untuk ke kubur itu. "Pelbagai amalan khurafat dijalankan di situ kerana mereka percaya ia keramat. Tidak kira bangsa, semua datang minta hajat dan tidak kurang juga yang memuja. Sebab itu bila orang tanya nak pergi mana, jawapan mereka nak ke kampung Datuk Keramat. Jadi nama ini melekat sehinggalah dipanggil Kampung Datuk Keramat. Tapi siapa empunya kubur keramat itu tidak dapat dipastikan," kata Mohd Ali Ridza.


Kubur `keramat' itu bagaimanapun, kata Mohd Ali Ridza, kini sudah tiada. Ia dipindahkan oleh pihak tertentu atas faktor tidak mahu ia `disalahgunakan' dan kawasan yang menempatkan kubur itu dijadikan sebagai kawasan perkuburan Islam.Bercerita mengenai pembangunan Kampung Datuk Keramat, beliau berkata, kawasan itu terkenal kerana pasarnya, seperti Pasar Siti Khadijah diKelantan."Pasar Datuk Keramat dikenali sebagai antara pasar utama di Kuala Lumpur dan ia didominasi sepenuhnya oleh orang Melayu. Dahulunya, kawasan pasar ini adalah lombong. Kebanyakan kawasan Kampung Datuk Keramat ini dulu adalah bekas lombong dan peniaga hanya berniaga di tepi lombong ini tapi setelah lombong ditutup dan ditimbus, barulah pasar Datuk Keramat semakin besar.


Hutan sudah menjadi bandar tetapi insaniah manusia kekal tamadun hutan belantara. Sepatutnya perubahan berlaku serentak dan seimbang. Yang material sudah cerah dan terang-benderang. Tetapi insaniah masih gelap-gelita. Tamak dan pemarah masih ada lagi. Kalau dulu dia bersikap, “Orang lain hendak mati, matilah. Kalau orang lain hendak sakit, sakitlah. Biar aku hidup seorang.” Ertinya sangat mementingkan diri sendiri.


Sekarang pun begitu jugalah perasaannya. Hutan sudah menjadi bandar tetapi insaniah masih seperti dulu. Ini menunjukkan betapa susahnya membuat perubahan pada diri manusia. Patut sangatlah Allah melantik rasul. Kalau bukan rasul, pasti tidak mampu. Padahal dalam masa 60 tahun menyambut kemerdekaan, banyak perubahan telah berlaku.

Dulunya hutan, bukit bukau, air terjun dan sungai kini bumi berubah wajah kepada kepesatan bangunan. Bangunan-bangunan lama dihimpit oleh bangunan-bangunan pencakar langit begitulah pembangunan telah berlaku. Contohnya, di sesetengah tempat yang kita pergi lihat, tiba-tiba kita berkata, “Eh... inilah tempat kita dulu. 


Dulu ini tempat kita melastik burung tetapi sekarang sudah menjadi jalan raya.” Orang pula dalam masa 60 tahun, sedikit pun tidak berubah. Kesimpulannya, barulah kita faham bahawa untuk membangunkan material, sesiapa pun boleh. Maka kita tidak boleh bermegah. Tetapi untuk membangunkan insaniah dan mendidik manusia, lebih-lebih lagi manusia yang sedang ‘sakit rohani' adalah sangat susah. Hanya orang Tuhan dan orang yang ditunjukkan oleh Tuhan sahaja mampu melakukannya.

Ulasan

  1. Assalamualaikum.. Saya penduduk generasi awal Kg dato keramat. Klau ikut pda crite kbykan dlm gogel kita bca rata2 kesah dimulai dr era 1900..boleh sya katakan kesah era baru la bg nama kg dato keramat. Sya sdri lahir dan mmbesar di era itu. Dr kg tangga cina hinggala kg dato keramat. Tp klau ikut citer dato moyang sya(antara peneroka asal) dulunya dikenali sbg Bukit keramat. Itulah dlu org lama panggil keramat asal. Kawsn dia dr ank sg blkng lrt skrg pasar lorong keramat dalam/hjung lombong dan bukit atas.. Dulu citernya, kehadiran msyarakat jawa, minangkabau ke smnanjung telah membuka pnempatan diatas bukit itu. Spt yg kita tau kbyakan org dri sana bole dikatakan berilmu mcm2 dibekalkan ataupun mmg dh terbekal sbelum merantau ketanah melayu. Dijadikan crita, dlm rmai2 tu ada seorang warak yg mana tggi ilmunya berada dlm klompok trsebut. Kata org, msa diorg teroka tu, takat pokok balak sebesar 3@5pmeluk llki dewasa ni dia cabut mcm tu je..begitula kehebatan beliau. Nama sya lupa, tapi citer ni la dato moyang sya citerkan. Slepas mreka teroka maka wjudla prkampungan msyarakat disitu. Balik kepada hamba Allah yg warak tersebut, beliau telah dilantik sbg ketua msyarakat disitu.kerja beliau hanya mngajar Alquran shj pd ank2 msyarakat kg. Dan sehinggala beliau wafat lalu dikebumikan di kawasan tanah pekuburan sbelah pasar tu. Klau xsilap xsalah citer ni mungkin itulah yg msyarakat maksudkan kubur keramat tersebut. Yg mana smmgnya asal nama pun Bukit keramat, kubur keramat, ilmu keramat Dato keramat smpaila mlekat Kg Dato keramat sbb mnjdi tmpuan msyarakat ktika itu..
    So samada citernya betul atau xdak,xdak la sya pasti. Tapi lau dikaji crite yg sllu disampaikan ke telinga saya wkt kecik2 dlu dri generasi terdahulu... Begitula citernya. Sebab! saya pernah tgok gran tanah lot rumah kami, (yg mana rumah tanah lot ni kebanyakan penduduk asal kg dato keramat) , saya merupakan generasi ke5..
    Saya gen5, ayah lahir tahun 1936,datuk saya kalau xsilap 1919,moyang lahir klau xsilap 1898...Oyang saya mungkin 1860an lbih..
    So lau kita amik pda salasilah keluarga pnempatan kami disitu seiring jga dengan citer nya... Waallahualam..
    Begitu jugala salasilah keturunan sebelah arwah ibu sebelah kelantan dan bermaustatin di KG Haji Abdullah Hukum Bangsar.. Pun nama besar dlm msyarakat kita dunia melayu. Kami dah bermaustatin di situ smnjak awal tahun 50an lg. Sdgkan kg tu adalah kg terawal dlm kl. Tgok sejarah Hj Abdullah hukum. Keturunan nya masih wjud shngga skrg. Ada yg brkawan rpat dgn sya. Rumah beliau pun tersegam indah diatas Eco world. Wlau pmbangunan pesat, namun sejarah perlu dikekalkan utk tatapan generasi akan dtg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh BG azim berhubung whatapp dg saya untuk saya buat kajian lanjut.

      Padam
  2. Permainan Poker Paling Seru Bersama Winning303...
    Menghadirkan IGpoker..

    Dengan 1 User ID, Sudah Dapat Bermain 8 Games Kartu Populer :
    1. Texas Poker
    2. Omaha Poker
    3. Domino QQ
    4. Ceme Keliling
    5. Bandar Ceme
    6. Capsa Susun
    7. Bandar Capsa
    8. BIG 2

    Tunggu Apa Lagi, Ayok Segera Daftarkan Diri Anda Bersama Kami Di Winning303

    Informasi Lebih Lanjut, Silakan Hubungi Kami Di :

    - WA : +6287785425244

    BalasPadam
  3. Jujur saja gan.. Mesin slot ini selalu mengeluarkan jakpot yang tidak sedikit.. dicoba spin gan di agen slot online..

    BalasPadam
  4. Jadilah jutawan mendadak sekarang juga hanya bermain di sentapoker,com. Hanya deposit 15ribu kamu sudah bisa mendapatkan bonus 10ribu dan berkesempatan memenangkan hadiah ratusan juta hingga milliaran Rupiah! Jangan sampai ketinggalan dengan bonus yang akan datang nantinya hanya di sentapoker,com

    WHATSAPP : +6285921063064
    LIVE CHAT : SENTAPOKER,COM

    SITUS POKER ONLINE RESMI
    DAFTAR SENTAPOKER
    PROMO POKER ONLINE
    CARA DAFTAR SENTAPOKER

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan popular daripada blog ini

PERANG RIDDAH.

( Ladang kurma di Madinah berlatar belakangkan bukit Uhud ).


Perang Riddah (Arab: حروب الردة), juga disebutPerang Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan, membentuk pasukan yang terbagi atas sebelas infantri.Pasukan tersebut melawan pemberontakan beberapa suku Arab. Perang ini dilancarkan oleh Khalifah Abu Bakar selama tahun 632 dan 633 M, setelah kematian
Nabi Muhammad SAW.

Pemberontakan-pemberontakannya, dalam penulisan sejarah Islam pada masa itu dianggap bersifat keagamaan, oleh kerana ada salah seorang pengikut Nabi Muhammad yang kemudian mengaku sebagai seorang nabi iaitu, Musaylamah Al Kazzab.

Pemberontakan tersebut ada aspek keagamaan lainnya. Madinah telah menjadi pusat sistem  sosial dan politik, yang di dalamnya agama menjadi bagian penting; akibatnya tidak terelakkan lagi bahwa reaksi melawan sistem ini juga memiliki aspek keagamaan.

Di awal pemerintahan khalifah Abu Bakar telah terjadi peristiwa riddah secara besar-besaran yang menggonc…

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…