Langkau ke kandungan utama

HIKMAH JADUAL WAKTU SOLAT.

JADUAL HIDUP MANUSIA.

( Surau al khauthar sek 4 bangi ).

- ⚫️" Seluruh aset, bahan mentah, sumber dan tenaga digunakan dalam menjana ekonomi itu adalah milik Allah semata-mata. Hanya Tuhan telah memilih kita untuk mengendalikannya untuk kebaikkan sesama manusia sesuai dengan peraturan dan syariat yang telah ditetapkan oleh Tuhan."⚫️


Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap manusia khususnya umat Islam agar sentiasa lahirkan rasa bersyukur kepada Allah kita lakukan muhasabah. Nikmat yang mana satu lagi yang kita belum syukuri. Dan lahirkan dalam bentuk tindakan dengan melakukan pengurusan masa berkesan dan berbuat dan berjuang sesuai dengan kehendak Allah SWT. Apabila kita menepati syarat ibadah maka apa yang kita lakukan itulah amalan kita dan bekalan di dunia dan itu juga bekalan kita di akhirat nanti.


Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang manusia akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu dalam menempuh kehidupan hariannya. Dalam Islam wajib melakukan muhasabah. Iaitu mengkoreksi diri sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Salafus Soleh. Ini boleh kita merujuk bagaimana Tuhan aturkan jadual solat yang kita lakukan siang dan malam sebanyak lima kali.


Bagi orang Islam mengatur hidupnya merujuk bagaimana Allah mengatur hidur hidup melalui jadual sembahyang satu hari satu malam lima kali. Cukup teratur dan terlalu banyak kebaikkan yang dapat dipelajari dari hikmah sembahyang tersebut. Bermula daripada penetapan masa, cara pelaksanaan sembahyang yang betul pergerakkannya yang cukup syarat dan rukunnya. Hinggalah kepada pengertian setiap bacaan didalam sembahyang tersebut. 


Ertinya terapi yang kita dapat hasil daripada melakukan sembahyang kesannya mencangkupi fizikal, perasaan, fikiran dan yang sering digunakan oleh manusia melalui dirinya sndiri. Melalui sembahyang akan menyegarkan seluruh unsur yang telah digunakan oleh manusia.  Apab terapinya menyeluruh maka kesegaran dapat dikembalikan juga secara menyeluruh. Iaitu melibatkan lahir dan batin manusia.


Sebagaimana Tuhan bersumpah dengan masa. "Demi Masa!  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
( Al Asr 103: 1-3 ).

Jadual hidup manusia Tuhan mulakan dengan membetulkan aqidah iaitu persoalan keyakinan. Sebagaimana kita telah diperjelaskan bahawa awal-awal agama mengenal Allah. Kemuadian seluruh tindakan kita selari dengan syariat Tuhan dan kemudian kita berdakwah dengan mengajak orang lain sama melakukan apa yang telah Tuhan perintahkan.


Sebab itu wahyu yang tuhan turunkan kepada Rasullullah bermula dengan ayat makkiah selama 13 tahun. Itulah jadual dan selibus yang teratur yang disampaikan kepada Rasulullah.  Ayat-ayat madaniah diturunkan selama 10 tahun yang merupakan panduan dan selibus untuk mengatur kehidupan lahir manusia atau kita kenali dengan syariat. Ertinya makkiah berkaitan dengan pembinaan keyakinan dan tauhid. Madaniah pula berkaitan dengan persoalan yang dapat dilihat iaitu bekaitan dengan pembangunan lahiriah. Atau berkaitan dengan hukum hakam dan perundangan Islam.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...