Langkau ke kandungan utama

DAGING KORBAN BANTU ORANG ISLAM ROHINGYA.

PENGORBANAN KELUARGA NABI IBRAHIM .



Hadirin hadirat sekalian!
Inilah yang perlu dilakukan kepada diri kita, keluarga kita,
mencontohi sikap Nabi Ibrahim, sikap keluarganya, hingga Allah abadikan amalan ini dalam haji dan umrah. Perlu kita lihat apa kaitannya dengan pembangunan institusi kekeluargaan, apatah lagi jika dikaitkan dengan badan-badan atau kelompok jemaah yang perjuangkan Islam. Sebagai seorang ayah atau pemimpin, mestilah mempunyai rancangan untuk keluarganya atau jemaahnya atau kelompoknya. 


Namun akan menjadi penghalang malah boleh menjadi penentang jika anak atau isteri serta pengikutnya tidak taat, tidak faham atau tidak mahu faham, malah bersaing pula satu sama lain. Kita boleh kaitkan dengan keluarga kita, tak perlu jauh-jauh. Apabila anak-anak sudah boleh mengikut rentak ketua keluarganya, maka Allah akan permudahkan dan bukakan jalan untuk mereka. Jika masih ragu-ragu atau tak yakin atau memandang rendah pada orang lain, akan menemui jalan buntu. Kerana Allah jualah yang merencanakan semua ini. Sebagai hamba dan selayaknya kita ikutilah apa yang Allah rencanakan pada kita. 


Berbuatlah kebajikan dan kebaikan, berkorban dan berjuang untuk Allah dan agamanya dalam institusi keluarga yang ada, dan ianya akan berkembang hingga ke tengah masyarakat. Sebelum ini kita diberikan markah tak sampai 10% atau sekadar itu dalam membina keluarga besar yang menjadi penaung atau penyambung perjuangan ini. Namun bila kita memberikan hati kepada cita-cita dan perjuangan, saling menjaga satu sama lain, melebihkan urusan perjuangan daripada perjuangan diri, tengoklah apa jawapan Allah taala. 


Siapa sangka ibadah korban ini dapat dilaksanakan di sini. Allah perlihatkan kuasanya, diberikan jalan penyelesai masalah, jalan keluar dari kebuntuan yang ada, malah diberikan kekuatan hati maknawi yang luar biasa. Imej Islam nampak hebat dan gagah hasil kejayaan yang Allah berikan ini. Contoh hasil pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia dapat membantu bagi umat Islam yang memerlukan di negara lain seperti di Rohingya. Tuhan izinkan pengorbana tersebut sampai kepada saudara muslim kita disana. 


Dulunya umat Islam disini ditindas, sekarang bila kita sama-sama lakukan perubahan, markah dalam membina keluarga contoh ini meningkat kepada 50%, dan ianya sangat besar nilainya kerana ia membawa imej Islam, membawa Izzah Islam, kemuliaan Islam. Kini bukan sahaja imej keluarga Islam itu terserlah dan bersinar, malah lebih besar dari itu Syiar Islam berdiri dengan megah! Bila sudah tiba masanya yang Allah kehendak, jika kita pandai meletakkan diri kita, perjuangan kita semakin laju dan laju. 


Bukan sahaja ikatan kekeluargaan bertambah kuat, malah ikatan orang Islam juga menjadi kuat dan hebat. Kita lihat peningkatan amalan dan syiar Islam semakin terserlah di Malaysia. Begitulah roh keluarga Nabi Ibrahim A.S. yang nak dibawa ke dalam institusi kekeluargaan kita, perjuangan kita. Inilah jalan para Nabi dan para Rasul. Mana mungkin Allah akan berdiam diri jika berbuat untuk-Nya, demi agama-Nya. Allah jualah yang melakukan semua ini.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah ke 2.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر

اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ.

اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

فَيَاعِبَادَ اللهِ : اُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِي بِتَقْوَ اللهِ وَطَاعَتِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ.

Hadirin dan hadiran sekalian,
Sudah lama kita beribadah, namun ibadah kita tidak memberi hasil apa-apa kepada kita nampaknya.

Inilah kesilapan dan kecuaian kita dalam beribadah. Niat kita beribadah pun mungkin tidak ikhlas, apatah lagi perlaksanaan dan natijahnya. Dalam kitab ada disebut, orang-orang yang mengerjakan haji terbahagi kepada empat bahagian dan niat masing-masing, tapi saya tambahkan dua lagi sebagai renungan kita bersama.

1. Orang besar kerana melancung
2. Ahli perniagaan kerana berniaga
3. Orang miskin mencari rezeki
4. Orang yang ikhlas pergi kerana Allah
5. Orang yang pergi kerana tradisi dan adat, kerana trend semasa, orang pergi dia pun pergi
6. Orang yang escapism, iaitu mereka yang gagal dalam politik, frust dalam hidup, bangkrap, dan lain-lain lagi; pergi mengadu nasib di Mekah hakikatnya.


Inilah dia sebenarnya diri-diri kita wahai umat Islam semua! Ibadah kita, syahadah kita, solat, haji, zakat, itu tidak mendidik kita kepada Allah. Itu tidak memberi kesan kepada hati kita. Pergi haji balik haji perasaan sama dibawa. Tiada perubahan! Balik dari haji sampai sepuluh kali tapi tetap ibadah tunggang langgang, pecah ukhuwah, yang bertambah ialah gila pangkat, gila kuasa, gila pengaruh, gila kemahsyuran, gila dunia! Mulut kita, fizikal kita sembah Allah tapi hati kita tidak. Hati masih menyintai dan menyembah nafsu, harta benda, anak isteri, apa saja yang kita mahu. Kita tidak peduli langsung dengan Allah, kita membelakangkan Allah dalam kehidupan kita. Kita tak ambil pusing kata Allah, yang kita kisah kata kita, kita dengar cakap isteri kita, kata-kata Allah kita biar berlalu begitu saja, walaupun tengah baca Al-Quran namun di lidah sahaja. Hatinya ada cakap-cakap lain. Itukah cinta yang kita berikan kepada Allah yang menghidupkan kita?

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!

Saudara saudari, hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Mulai hari ini, jangan kita biarkan diri kita dikuasai oleh nafsu lagi. Jangan kita dipermainkan dan diperbodohkan olehnya. Buktikan cinta kita kepada Allah dengan terus berkorban. Korbankanlah apa yang kita mampu, kambing atau lembu pada hari ini, atau tiga hari berikutnya.  Kemudian katakanlah, "Ya Allah, terimalah korbanku ini wahai Tuhan yang Maha Rahim. Terimalah sebagai tanda cintaku pada Mu ya Allah!"

Selepas itu jadikan hidup kita sentiasa berkorban dan berjuang. Korban harta, korban masa, tenaga, jiwa raga, dan lain-lain untuk Islam, untuk perjuangan di jalan Allah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! Walillahilhamd.

Rasulullah s.a.w. kencangnya pengorbanan baginda ibarat angin. Para sahabat menghabiskan harta mereka untuk perjuangan Islam, seperti Saidina Abu Bakar menghabiskan semua hartanya untuk Islam. Bertambah hartanya dia korbankan lagi hingga orang melihat para sahabat berhabisan untuk perjuangan Islam. Siti Khadijah habiskan semua hartanya walau sedikit pun tak ditinggalkannya untuk dirinya. Beliau menukar geran harta bendanya kepada suaminya untuk membantu perjuangan agama Allah dan Rasul. 


Kita? Apa yang kita korbankan? Wang ringgit kita banyak kita korbankan untuk anak isteri kita, untuk kereta kita, untuk basikal kita, untuk perut kita, untuk apa sahaja kemahuan dan apa yang nafsu suka. Kalau begitu cinta agung kita bukan pada Allah, tapi pada isteri, pada kereta, pada rumah, pada apa yang kita habiskan untuk dia, kalau perut kita banyak dihabiskan duit, dialah cinta agung kita. Memang aneh dengar bunyinya, cinta perut tapi itulah hakikatnya, realitinya. Masa kita habis korbankan di tempat-tempat hiburan, permainan, bual kosong, paling mudah sekali habiskan masa di tempat tidur.  Berfikir bukan untuk Allah, untuk diri. Itulah cinta kita, tidak cinta Allah tapi cinta diri sendiri.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! Walillahilhamd.

Hadirin hadirat semua,
Dunia kini dalam kehancuran, sangat memerlukan keamanan dan kemakmuran. Masalah terjadi tak habis-habis, tapi penyelesaiannya tiada. Ianya hancur dengan kekejaman manusia, kezaliman di mana-mana. Umat Islam ditindas, dianaiya, dimalukan satu dunia. Satu dunia umat Islam melihatnya namun tak boleh buat apa-apa. Siapa yang memahami perkara ini sudah tentu akan risau dan sedih. Apa akan jadi pada dunia ini nanti?


Kita semakin berusia, rumah kata pergi kubur tak berhenti-henti kata mari. Apakah selamat di dunia, selamat di akhirat? Anak cucu kita, zuriat kita, generasi kita berikutnya, siapa yang mahu membela nasib mereka?! Kalau begitu tentulah kita akan berdoa kepada Allah agar didatangkan pertolongan dan penyelamat untuk membersihkan dunia ini dan manusia seluruhnya.Hanya Allah yang tahu caranya, apa cara terbaik untuk mencapai cita-cita suci ini. Allah ada cara untuk semua ini, kita kena dan mesti berdoa selalu. Bukan sahaja untuk kita tapi untuk anak cucu kita, generasi penyambung perjuangan kita. Tapi sebelum itu pejuang-pejuang Islam mestilah persiapkan jiwa yang kuat dan bertaqwa, dan tapak perjuangannya. 


Taraf pejuang Islam ialah singa di siang hari dan abid di malam hari. Kalau ini sudah ada, insha Allah kita akan kenal Allah, cintakan Allah dan akhirat, sanggup berjuang untuk Islam, sanggup korbankan apa yang ada untuk Islam. Segala sifat mazmumah akan bertukar kepada mahmudah, tiada lagi sombong, tiada lagi pemarah, bakhil dan lain-lain. Yang ada tawadhuk, pemurah, penyayang, dan segala seribu satu kebaikan lagi yang ada pada diri manusia.Kalau kita ingin termasuk dalam golongan pejuang Islam, kita kena sediakan diri kita dengan Iman dan Taqwa. Hanya orang beriman dan bertaqwa yang akan benar-benar perjuangkan Allah dan agama-Nya. Hanya. Golongan yang bertaqwa sahaja yang akan mendapat pembelaan dan pertolongan serta bantuan daripada Allah taala.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N