Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN ISLAM AKAN BERLAKU SEKALI LAGI.

SEJARAH ADALAH GURU YANG TERBAIK.

( Rusia : kuasa besar ).
( Amerika Syarikat : kuasa besar dunia).
( Malaysia tapak kebangkitan Islam di Timur ).

Petikan : 
" Kecerdikan Ulugh Beg membina makmal untuk mengukur peredaran bumi mengelilingi matahari dan mengukur kedudukan bintang-bintang di cakerawala; membuktikan umat Islam juga mampu memiliki ilmu teknologi tinggi. " 


Era kebangkitan Islam sekali lagi juga berdepan dengan dua kuasa besar dunia. Iaitu Amerika Syarikat dan Rusia merupakan dua kuasa besar. Kepada Imam Mahdi Allah kurniakan kecerdikan yang luar biasa. Rasulullah berjuang hanya 23 tahun saja dan berjaya pula menjadi empayar. Kerana kecerdikan Islam umat Islam waktu itu, akhirnya Rom dan Parsi iaitu dua buah kuasa besar dunia jatuh. Apakah

Allah kurniakan kecerdikan yang luar biasa, Rasulullah berjuang hanya 23 tahun saja dan berjaya pula menjadi empayar. Kerana kecerdikan Islam umat Islam waktu itu, akhirnya Rom dan Parsi iaitu dua buah kuasa besar dunia jatuh. Apakah

Pandai merupakan hasil dari belajar atau hasil usaha. Manakala cerdik pula adalah kurniaan Allah yang hanya diberikan kepada orang-orang yang beriman yang hati mereka dipimpin oleh Allah . Ini bermaksud, untuk menjadi orang pandai, sesiapa pun boleh mengusahakannya termasuklah orang-orang kafir. 


Siapa yang menggunakan otak, memerah otaknya dan berfikir, pandailah dia. Tetapi walau bagaimana pandainya mereka sekalipun mereka tidak cerdik. Kerana cerdik itu Allah kurniakan hanya untuk umat Islam sahaja . Tetapi hal ini sudah dilupakan oleh seluruh umat Islam. Akhirnya apa yang berlaku, pandai pun tidak diperolehi apalagi bertaraf cerdik jauh sekali. 


Tidak ramai di kalangan umat Islam yang boleh dibanggakan kerana kecerdikannya. Kalau umat Islam hendak melawan musuh terutama orang-orang kafir dalam apa jua bidang, kalau sama-sama pandai boleh tahan juga. Tetapi apa yang berlaku, kita terpaksa belajar untuk menjadi pandai dari mereka. 


Sedangkan mereka sudah jauh lebih pandai dari kita. Umat Islam sudah jauh ketinggalan, oleh itu bagaimana kita hendak menghadapi situasi ini? Apakah kita boleh berdiam diri dengan hanya berasa bangga dengan kepandaian orang kafir? Sebenarnya selain dari umat Islam, mereka hanya boleh pandai saja tapi tidak cerdik. 


Sedangkan bersama Islam, orang boleh menjadi cerdik dan pandai. Proses menjadi cerdik dan pandai ini sangat cepat prosesnya. Tetapi oleh kerana kita hendak ikut Barat, kita boleh pandai saja. Sedangkan orang Barat sudah lebih dahulu pandai daripada kita . Bagaimana kita hendak kejar? Tidak mungkin kita boleh mendahuluinya. 


Tapi kalau hendak lonjak ke depan, kena diusahakan mencapai kecerdikan yang luar biasa; yang Allah kurniakan hanya kepada orang-orang yang beriman sahaja. Hal ini sudah tidak difahami, termasuklah pemimpin dan ulama-ulamanya. Dulu semasa dijajah, kita kata kita dikongkong. 


Jadi bagaimana hendak maju dalam berbagai bidang. Tetapi setelah kita` dibebaskan dari para penjajah menjadi sebuah negara yang merdeka, apakah negara kita lebih maju dari negara-negara orang kafir? 


Mari kita mengkaji sejarah. Cuba tengok Rasulullah SAW.Sewaktu baginda memimpin, baginda berhadapan dengan dua buah empayar besar yang menguasai dunia ketika itu, iaitu Rom dan Parsi. Sedangkan bangsa Arab waktu itu hanya tahu bela kambing saja. Mereka suka berpindah-randah dan ramai yang buta huruf.


Apa yang Rasulullah SAW lakukan? 
Bayangkan waktu itu Rasulullah SAW dilahirkan untuk memimpin satu bangsa yang tidak kenal huruf, terpaksa pula berhadapan dengan dua empayar yang menegakkan tamadun dunia, termasuk negara Arab jajahannya. Mungkin kalau berlaku kepada kita, awal-awal lagi sudah putus asa. 


Tetapi oleh kerana Allah kurniakan kecerdikan yang luar biasa, Rasulullah berjuang hanya 23 tahun saja dan berjaya pula menjadi empayar. Kerana kecerdikan Islam umat Islam waktu itu, akhirnya Rom dan Parsi iaitu dua buah kuasa besar dunia jatuh. Apakah umat Islam pada waktu ini tidak mahu lagi mengambil iktibar dari apa yang pernah Rasulullah SAW lakukan? Sepatutnya umat Islam belajar dari sejarah agar umat Islam hari ini menjadi suatu bangsa yang cerdik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N