Langkau ke kandungan utama

STOP KILLING MUSLIM.




BUNGA DIRI SUDAH TIADA PADA UMAT ISLAM.


Keadaan umat Islam sekarang, diri kita tidak selamat kerana tiada bunga diri, tiada akhlak, Islam kita tidak memberikan kesan pada diri, jadi bagaimana mahu selamatkan manusia yang lain? Kepimpinan Islam dan ajaran Islam melahirkan manusia yang berakhlak, itulah maksud Islam itu selamat-menyelamatkan. 

Maksud firman Allah:
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Ali-Imran,4:85).

Masih segar pengajian oleh guru mursyid kita, Abuya; menghuraikan pengertian Islam adalah agama keselamatan. Islam menurut bahasa, memiliki erti; selamat, kedamaian, sentosa, sedangkan dalam istilah syarie/syara' Islam berserah diri, tunduk patuh, dengan kesadaraan yang tinggi tanpa paksaan. Sedangkan Islam secara makna, maka akan menjadi sangat luas jika dikaitkan dengan beberapa pengertian di atas. Kedatangan Imam Mahdi adalah membawa keselamatan yang telah hilang dari umat Islam dan dunia.

Makna dalam ertikata selamat, maka Islam adalah jalan/cara hidup (way of life) satu-satunya yang paling selamat membawa manusia sampai tujuan akhirnya, iaitu kehidupan akhirat yang kekal abadi. Dalam konteks perjalanan, tujuan hanya dapat dicapai melalui jalan yang ditempuh. Sedangkan sebuah jalan, ia memiliki cara dan aturan. Akhirat adalah tujuan akhir dari perjalanan manusia, cara yang terbaik adalah cara Rasulullah, dan aturan yang digunakan adalah berdasarkan Al Quran dan Sunnah, dan Islam adalah bentuk dari gabungan antara aturan dan cara tersebut (Al Quran & Sunnah Rasulullah) yang membentuk jalan yang paling selamat untuk mencapai tujuan akhir dari perjalanan manusia.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Ali Imran: 200).

USAHA LAHIR DAN MAKNAWI .

Agama Islam yang menggabungkan usaha lahir dan batin. Taqwa adalah usaha bersifat maknawi. Disinilah Tuhan menetapkan kita berusaha untuk melahirkan sebab. Walaupun gigih sampai tak tidur malam, usaha lahir kita hanya bernilai 10%. Sedangkan usaha Taqwa itu kebanyakan umat Islam tak menganggap sebagai satu usaha. Namun disisi Tuhan taqwa adalah usaha bersifat maknawi, bersifat tersirat, yang bernilai 90% dan sangat besar nilainya disisi Allah taala.

Dalam mengharungi kebangkitan Islam sekali lagi ini yang telah dijanjikan, mestilah kita berusaha menggabungkan kedua-dua usaha ini iaitu usaha taqwa dan lahir. Kita usahakan sesuatu yang dituntut oleh Allah taala. Usaha taqwa itu ialah mengusahakan sifat-sifat mahmudah ke dalam diri kita, disamping itu membuat amal kebajikan dan kebaikan. Usaha lahir yang perlu dibuat ialah tidak memisahkan amalan taqwa daripada setiap kerja yang dilakukan. Dalam mengusahakan hal lahiriah, tirulah apa yang pernah baginda Rasul saw dan para sahabat lakukan. Baginda saw dan para sahabat tidak memisahkan usaha taqwa dan usaha lahiriah. Contohnya didalam bekerja, matlamat kerja mestilah untuk Islam atau tidak terpisah dengan Islam, seperti mengembangkan dakwah dalam perniagaan, pendidikan atau apa-apa bidang.


Inilah tujuan Allah jadikan manusia sebagai khalifahnya, salinan khlifannya yang pernah diutuskan sebelum ini. Untuk memajukan ekonomi umat Islam, insaniah perlu dibangun terlebih dahulu. Pada hari ini kita lihat umat Islam ditimpa mala petaka kemanusian contohnya di Ronghia. Orang Islam disembelih bagaikan haiwan korban diketika suasana umat Islam melakukan amalan korban. Untuk membetulkan keadaan yang berlaku hanya pemimpin yang Tuhan dadangkan sahaja yang dapat lakukan. Kedatangangan pemimpin dari Tuhan akan meyelamatkan iaman dan juga memakmurkan kehidupan manusia dengan adil.  Tapi kedatangannya bukan sahaja menyelamatkan iman malah menyelamatkan lahiriah atau fizikal umat Islam itu sendiri daripada kejahatan yang dicipta oleh manusia yang bertunjangkan nafsu dan syaitan.

Di saat ini bukan sahaja iman umat Islam terancam, malah segala aspek dalam kehidupan umat Islam sendiri sudah diganggu hingga tidak merasa aman dan tenteram. Ada umat Islam dibunuh begitu sahaja umpama haiwan di tepi jalan yang disembelih dan dibakar, ekonomi umat Islam dihancurkan, wibawa dan kehormatan umat Islam, terutama kaum perempuan sudah dirosakkan; hal ini sangat memerlukan kepada penyelamat ummah bertaraf khalifah untuk menyelamatkan keadaan. Kerana bersama Imam Mahdi itu Allah taala sudah janjikan keselamatan bukan sahaja untuk umat Islam malah untuk dunia seluruhnya, sepertilah kedatangan Rasulullah saw.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N