Langkau ke kandungan utama

JIKA MAHU BERJAYA.

JIKA MELAYU MAHU BERJAYA.


Orang melayu atas nama bangsa melayu tidak sepatutnya hanya berpuas hati dengan kuasa politik. Kuasa politik tidak memberi erti apa-apa jika orang melayu masih di takuk lama dalam pelbagai bidang, ekonomi dan pendidikan terutamanya. Mengapa saya berani berkata begini? 


Atas nama orang melayu, mereka kena sedar, Tuhan yang menguasai langit dan bumi, yang khazanah alam Dia yang punya, yang Dia itu memegang hati-hati manusia ciptaanNya, hanya akan membantu dan menolong sesuatu bangsa itu atas nama agama Islam. Maksudnya atas nama bangsa, Tuhan tak tolong. 


Tapi Tuhan nak tolong atas nama Islam. Dalam Islam, jika bangsa itu bersedia mengubah diri mereka menjadi orang yang bertaqwa, maka di situ nanti terbuka segala macam bantuan Tuhan. Maksud Firman Tuhan: Tuhan sekali-kali tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengubah apa yang ada dalam diri mereka.


Ayat ini jelas memberitahu, Tuhan hanya akan bantu jika sesuatu kaum atau bangsa itu mahu berubah menjadi orang bertaqwa. Bukanlah ayat ini menyeru agar mengubah yang lahir-lahir. Yang lahir-lahir senang nak ubah. Tak ubah pun tak apa. Jika ubah sekalipun, kenalah atas dasar taqwa.


Barulah akan mendapat rahmat dari Tuhan. Kesan daripada sekadar mengubah yang lahir sahaja, telah timbul berbagai side-effect yang negatif. Negara kita, Malaysia sudah 50 tahun membuat perubahan lahir dan sejak 10 tahun kebelakangan ini perubahan berlaku secara drastik dan mega. 


Namun, apa yang terjadi, di sebalik pembangunan lahir yang terancang, maju dan moden, pembangunan insan menyembah bumi. Jatuh merudum tanpa kasihan. Timbul berbagai masalah sosial yang merosakkan manusia, seperti rasuah, rompakan, pelacuran, permusuhan, penyalahgunaan dadah dan hiburan melampau ala barat. Inilah hasilnya bila kita mengenepikan pembangunan insan. 


Jangan salah faham dengan pembangunan insan. Ramai orang memperkatakan pembangunan modal insan dan yang difokuskan adalah memajukan akal fikiran dengan ilmu-ilmu keduniaan.Pembangunan insan yang sebenarnya adalah memajukan rohaniah kita melalui penghayatan sembahyang, penghayatan Al-Quran dan menghiasi hati dengan sifat mahmudah dan membuang sifat mazmumah. 


Kesannya nanti, jadilah kita orang yang benar-benar bertaqwa. Dengan taqwa ini sahaja, bangsa kita mampu membangun dan berjaya. Kelemahan ketara bangsa melayu perlu diperhalusi daripada sekarang. Puncanya bukan kerana masalah lahir-lahir ini. Tapi puncanya kerana tidak mengusahakan taqwa. 


Tidak menjadikan taqwa itu sebagai pakaian kehidupan. Ayuh, bangsaku melayu, sudah tiba masanya untuk tidak terus tersilap langkah. Mulakan daripada saat ini untuk mengusahakan taqwa dan kelak anda akan dapati hasilnya bangsa anda akan menguasai bukan sahaja negara tetapi dunia.

Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N