Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA MODEL KEBANGKITAN TIMUR.

MALAYSIA MENJADI MODEL NEGARA ISLAM.


Pengalaman Malaysia mengendalikan carigali minyak. Mengimbau pengalaman syarikat minyak nasional, Petronas, ia baru mula beroperasi pada 1974 di bawah persekitaran dan generasi yang amat berbeza. Pada masa itu syarikat multi nasional asing menjadi dominan dalam usaha carigali minyak dan gas di negara ini. Negara telah dicapai kemerdekaan politik dan mereka kemudian memutuskan untuk memperjuangkan kemerdekaan ekonomi, katanya.


"Tugas pertama mereka ialah untuk menjadikan Shell sebagai kontraktor kepada Petronas dalam usaha carigali dan tidak lagi pemegang konsesi tunggal bagi minyak dan gas di negara ini," katanya. Ia kemudian menjadi penjaga industri itu dan ketika tahun demi tahun berlalu syarikat minyak itu telah melakar banyak kejayaan dan kemajuan dan akhirnya muncul sebagai ikon negara seperti sekarang. Ini adalah merupakan nikmat yang Allah berikan dan wajib kita mensyukuri. Ertinya kita sudah boleh sebaris dengan syarikat gergasi dunia seperti Syell, Esso dan sebagainya.


Keretapi Laju 'Bllet Train' Dari Mekah Ke Madinah bakal memudahkan umat Islam beribadah haji dan umrah. Diberi nama Projek Keretapi Haramain, keretapi laju ‘bullet train’ yang bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun 2016 ini akan membawa penumpang dan mereka yang menunaikan haji dan umrah dengan lebih cepat antara Mekah dan Madinah. Dengan adanya keretapi laju ini juga, ia akan dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di antara 2 bandar ini terutama sewaktu musim haji.


Terbahagi kepada 6 seksyen atau kawasan bermula dari seksyen 1 di Mekah, dan berakhir di seksyen 6 di Madidah. Stesen lain yang akan turut dilalui oleh keretapi ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz dan Pusat Ekonomi Raja Abdullah di Rabigh.  Kelajuan tertinggi keretapi ini adalah 360km / jam. Berikut kami kongsikan 5 gambar exclusive sewaktu pandu uji dijalankan ke atas keretapi Al Haramain ini. Dan untuk pengetahuan anda, syarikat dari Malaysia turut terlibat dalam projek pembinaan keretapi laju ini.


Dalam Islam, pemerintah umum yang tertinggi ini juga disebut khalifah, yakni khalifah Allah. Ertinya pengganti Allah atau wakil Allah di bumi. Mereka bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja yang Allah perintahkan kepada mereka terhadap rakyat. Kerja-kerja ini termasuklah berkhidmat kepada rakyat, memimpin, mendidik, mengajar, mentadbir, mengurus, menyelesaikan masalah rakyat, membangunkan dan memajukan negara dan masyarakat.


Allah mahu hamba-hambaNya semua diurus dan ditadbir dengan baik agar mereka semua didunia ini mendapat layanan dan mendapat hak-hak yang sepatutnya mereka dapat dari Allah SWT. Untuk itu segala harta benda , kekayaan dan khazanah perbendaharaan termasuk kekayaan sumber alam semula jadi diserah kepada pemerintah. Supaya mereka agih-agihkannya dengan adil kepada rakyat dan menggunakan sebahagiannya untuk menyediakan serba serbi keperluan rakyat dan negara. Supaya negara berada di dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan Allah seperti firman Allah:

بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ  ﴿١٥﴾

Maksudnya: " Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah." ( As Saba' 34:15).


Oleh kerana pemerintah itu pengganti Allah dalam menjalankan keadilan di kalangan manusia, maka Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya agar taat kepada pemerintah sesudah taat kepada Allah dan kepada Rasul.

Firman Allah: 
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا  ﴿٤﴾

Maksudnya: "Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (An Nisaa 4:59).


Ketaatan kepada pemerintah, ulil amri atau khalifah yang adil yang benar-benar mewakili atau mengganti Allah untuk mentadbir bumi adalah penting, supaya hukum-hukum Allah yang hendak di jalankan dalam negara dapat berjalan dengan baik. Dan supaya kehidupan hamba-hamba Allah juga dapat diurus dengan baik.
Terhadap mana-mana yang degil dan melawan pemerintah, dibenarkan pemerintah menghukum mereka demi menjaga dan mengawal kebaikkan dalam masyarakat.


Dengan syarat kesali itu benar-benar kesalahan yang menyalahi syariat dan diiktiraf oleh syariat. Pemerintah tidak boleh gubal hukum dan undang-undang sendiri dengan membelakangkan dan menyalahi undang-undang dan hukum Allah. Jika pemerintah berbuat demikian, maka ia akan jatuh kepada hukum fasiq atau zalim atau kafir.Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 44, 45 dan ayat 47 ada menegaskan perkara tersebut.


Kalau pemerintah sudah tidak taat dengan Allah, maka dalam keadaan itu, rakyat tidak lagi wajib taat kepada pemerintah tetapi dalam hak yang bertentangan dengan syariat itu sahaja. Namun dalam hal-hal yang lain yang tidak menyalahi syariat , rakyat wajib terus taat.

١٨١ -  لاَ طَاعَةَ ( لَبَشَرٍ ) فَيٍ مَعْصِيَةِ اللهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوْفِ
 
          “Tiada kewajiban untuk taat (kepada seseorang) yang memerintahkan untuk durhaka kepada Allah I. Kewajiban taat hanya pada hal yang ma’ruf.”

          Hadits ini ditakhrij oleh Imam Bukhari (13/203 Fath), Imam Muslim (6/15), Imam Abu Dawud (2625), Imam Nasa’i (12/187), Ath-Thayalisi (109) dan Imam Ahmad (1/93) dari Ali radiallahu anhu.

Tugas pemimpin adalah untuk menyelamatkan rakyat dan umat di dunia dan di Akhirat. Untuk itu , dia hendaklah orang yang betul-betul boleh membuat kerja tersebut. Dia mesti ada karisma kepimpinan yang Tuhan anugerahkan dan bekalkan kepadanya, ilmu kepimpinan, watak semula jadi, latar belakang, kehidupan dan didikan awal yang sesuai untuk melayakkan dia di dampingi membawa umat kepada keselamatan dunia dan Akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N