Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA NEGARA MODEL KASIH SAYANG.

MALAYSIA LUBUK EMAS.
( Pelarian dari Negara Syiria).

Ramai pejuang-pejuang berani berjuang menentang musuh-musuh lahirnya. Mereka terlalu ghairah, berjuang menumpaskan musuh-musuh yang nampak di mata. Tapi malang sekali, mereka lemah berjuang terhadap musuh batinnya. laitu nafsu dan syaitan yang amat jahatnya. Nafsu dan syaitan mengkudakan manusia. Diri manusia menjadi medan pertempuran. Diri manusia menjadi rebutan antara syaitan dan Malaikat. Kalau kita memberi laluan Syaitan maka mudah baginya menguasai medan tersebut. Jika kita beri laluan kepada Malaikat, maka kita akan mendapat sokongan dan bantuan daripada malaikat. 


Musuh-musuh batin yang terus berkubu didalam diri manusia.
Bahkan setengah-setengah pejuang tidak minat langsung hendak berjuang terhadap musuh-musuh batinnya. Lantaran itulah di dalam perjuangan mereka jadi militan, ganas, kasar dan buas.Maki hamun orang, buruk memburukkan orang dia tidak senang, hasad dengki bukan kepalang, sombong takbur pakaiannya, jatuh-menjatuhkan sesama sendiri menjadi budaya mereka. 


Di dalam mereka berjuang, mereka dikudakan oleh hawa nafsu mereka. Waktu mereka berjuang, syaitan jadikan mereka bola, disepak dan di terajang dimana-mana. Orang yang sedikit berbeza pandangan di anggap musuh dan pengkianat perjuangan. Bahkan sanggup menimbulkan permusuhan sesama pejuang. Mereka sangka wira-wira agama dan bangsa. Pada hal sebenarnya mereka adalah petualang-petualang. Mereka menyangka mendapat pahala, sebenarnya derhaka, bala dan Neraka. Sebenarnya musuh-musuh pejuang bukan manusia tapi nafsu dan syaitan.


Berjuang terhadap manusia untuk di Islamkan dan yang Islam hendak di tingkatkan iman mereka agar mereka terselamat daripada Neraka. Pejuang yang sebenamya adalah penyelamat, bukan pembunuh dan pemusnah.Nafsu dan syaitan adalah musuh-musuh batin yang amat jahatnya. Kerjanya hendak menjadikan manusia termasuk pejuang-pejuang menjadi derhaka, agar Allah Taala murka, supaya mereka-,mereka semuanya masuk Neraka wal`iyazubillah. Begitulah cita-cita nafsu dan syaitan yang durjana terhadap manusia. Supaya manusia menjadi pejuang tertipu.


Sepatutnya kita sibuk berjuang terhadap nafsu dan syaitan kerana mereka itulah musuh-musuh utama manusia . Mereka memerangi kita tidak pemah rehat-rehatnya setiap detik dan masa. Sehinggalah manusia menarik nafas terakhir ketika mati. Di masa kita berjuang memerangi musuh lahir waktu itu syaitan dan nafsu ambil peluang melalaikan kita. Begitulah mereka mengambil peluang diharu-birunya kita agar kita tersesat jalan. Di tipu-dayanya kita agar kita menjadi ganas dan militan. Didorong kita agar kita mengorbankan kasih sayang sesama manusia. Diputuskannya silaturrahim, dipecah belahnya kita, di porak perandakan perpaduan. 


Padahal kasih sayang itulah yang disukai oleh Tuhan dan kasih sayang itulah yang diperlukan oleh semua manusia tidak kira apa bangsa. Sedangkan pejuang-pejuang Islam berjuang korbankan kasih sayang yang dikehendaki oleh nafsu dan syaitan. Itulah yang diidamkan oleh musuh batin. Rupanya pejuang Islam berjuang bukan membawa kemajuan dan kejayaan tetapi perjuangan mereka mendorong dan mengundang kejayaan nafsu dan syaitan.


Sebenarnya mereka tertipu di dalam perjuangan. Malaysia kaya dengan budaya, masyarakatnya pelbagai etnik, pelbagai agama dan makanannya sangat unik. Menurut pandangan para pelancung yang pernah berkunjung ke Malaysia, mereka tertarik kepada Malaysia, kerana kaya dengan budaya. Ada juga yang tertarik dengan makanannya yang unik dan Malaysia ada banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. 


Contoh budaya di Malaysia orang-orangnya sangat suka menolong orang, penyayang, lemah lembut, peramah dan mudah mesra . Perbezaan etnik dan agama tetapi hidup harmoni sesama di bawah satu bumbung negara. Ini adala nikmat yang perlu kita syukuri. Dengan kita mengekalkan cara yang telah kita dididik dan di fahamkan bahawa Islam adalah ajaran kasih sayang. Ini terbukti bilak kita bersama Abuya kemana pun kita pergi diterima baik cara Islam yang Abuya hidangkan. Ketika bersama Abuya di Thailand, bersama Abuya di negara Kristian di Manila juga di terima baik.


Menurut pandangan pelancung yang pernah berkunjung ke Malaysia, mereka merasakan cepat sungguh masa berlalu kerana setiap saat, setiap jam dan hari yang dilalui sangat menggembirkn hati mereka. Ini mengibaukan kembali pengalaman kita bersama Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Kerana Abuya berjaya membawa model kasih sayang dimana negara pun yang dikunjunginya, Abuya diterima baik. Contoh di Manila diterima oleh masyarakat Kristian, ketika berkunjung di Thailand diterima baik oleh masyarakat Budha, begitu juga ketika berada di Timur Tengah sangat diterima baik oleh mereka.


Kebanyakan sektor membuat bangunan di Malaysia diisi oleh warga asing. Selain dari itu, bagi warga asing yang datang dari Pakistan ramai berniaga di Nilai Negeri sembilan. Ketika kita di Nilai seolah-olah berada di Pakistan. Mereka pula sanggup mengerah tenaga untuk menjual kain dan barangan elektrik di kampung-kampung dan kawasan perumahan dengan bayaran ansuran. Kalau kita lihat di Low Yat Plaza Kuala Lumpur tu, warga Bangladesh sudah mampu menyewa premis untuk menjual barangan komputer.Kemasukan pendatang asing ke negara ini semakin menjadi-jadi apabila seramai 2.5 juta warga asing dicatatkan bekerja di negara ini. 


Istilah Malaysia sebagai negara lubuk emas menjadi faktor tarikan kepada warga negara asing berhijrah ke negara ini bagi mendapatkan pekerjaan. Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. 


Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Abuya perjuangkan kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu memperkatakan, tidak lagi memikirkannya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk dicetuskan dan mempertahankannya. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada manusia? Dalam perjuangannya, Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Bersama Abuya ada model kasih sayang. Malaysia kini dikenali negara "ramah mesra dan kasih sayang".


Abuya dalam perjuangannya, ada satu era yang dilancarkan oleh Abuya untuk beberapa tahun lamanya. Sebagai agenda yang begitu penting untuk direalisasikan dalam perjuangannya.Terkenallah perjuangannya dengan tema ‘Dakwah dan Kasih Sayang’. Abuya sendiri memang orangnya begitu kasih dan sayang. Siapa duduk-duduk dengannya pasti merasakan kasih sayangnya itu yang tidak mudah dilupakan. Ramai orang yang jatuh cinta kepadanya kerana watak peribadinya yang inilah. Memang dia pakar dalam menawan hati orang dengan berbagai bagai cara kasih sayang yang dilayankan kepada manusia, menurut keperluan manusia itu. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…