Langkau ke kandungan utama

MELAHIRKAN RASA CINTA.

( Rawang Selangor ).

( Bangi Selangor )
( Sendayan Seremban ).
Firman Allah:

 اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

"..Hendaklah kamu ingat akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). ( Al-Baqarah:40 ).


Contoh melahirkan rasa cinta kepada Allah dengan bersyukur. Melalui ucapan dengan melafazkan "Alhamdulillah belum terbukti lagi kita bersyukur. Melalui tindakan dengan mengagih-agihkan nikmat dan sebagainya adalah contoh bukti kita melahirkan rasa bersyukur. 
Disini akan lahir sebuah cinta yang luar biasa. Cinta yang merubah kehidupan manusia. Cinta yang menyelamatkan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Maka Abuya pun mulakan perjuangan 'cinta'nya itu. Cinta yang diperjuangkan Abuya itu ialah cintakan Allah Rabbul Jalil. Cintakan Tuhan sekalian alam. Cinta yang tiada bertepi. 


Dari cinta kepada Allah ini akan lahirlah cinta dan kasih kepada makhluk. Antaranya cinta kepada agama, cinta kepada ilmu, cintakan ibubapa, cintakan kepada perjuangan, cintakan negara dan lain-lain cinta yang suci lagi tidak melanggar syariat. Tidak dinafikan Abuya sangat cintakan negaranya, tanah air tercinta. Malah cintakan tanah air sebahagian daripada iman. Nabi Muhammad SAW juga cintakan tanah tempat kelahirannya, iaitu Kota Makkah tercinta. Malah ia menjadi kecintaan semua manusia, berkat kecintaan baginda rasul kepadanya. Jutaan manusia datang berkunjung ke Kaabah kerana ingin menyahut panggilan cinta dari yang Maha Agung. Itulah kasih sayang Tuhan Maha Agung kepada makhluk.


Panggilan yang Maha Agung lima kali satu hari satu malam. Itulah solat yang dilakukan oleh umat Islam. Solat adalah hubungan hamba dengan penciptanya iaitu Allah SWT. Dalam Islam solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mendirikan solat ertinya dia mendirikan agama dan barangsiapa yang meninggalkan solat ertinya dia telah meruntuhkan agamanya.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW.
اَلصَّلاَةُ عِمَادُ الدّيْنِ فَمَنْ اَقَامَهَا فَقَدْ اَقَامَ الدّيْنِ وَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ هَدَمَ الدّيْنِ
Artinya: “Solat  adalah tiang agama. Barang siapa yang menegakkan solat,maka berarti ia menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkan solat berarti ia merobohkan agama”. (HR. Bukhari Muslim).

Allah SWT.Allah SWT. berfirman :
اِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنْكَرِ.
Artinya : “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”. (Surah Al-Ankabut: 45).


Mana ada selain Islam satu cara hidup yang dapat menjadikan diri kita terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, kesepian, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian. Mana ada selain Islam cara hidup yang mengikat hati antara suami dengan isteri, anak dengan ibu-bapa, pengikut dengan pemimpin, pekerja dengan majikan? Mana ada selain Islam cara hidup yang mengajar kita berkasih-sayang, bertimbang rasa, pemurah, berbaik sangka dan tolong menolong?


Mana ada selain Islam cara hidup yang membangkitkan cinta agung manusia pada Penciptanya sehingga manusia akan mengorbankan hidup untuk Tuhannya dan menanti kematian bagaikan penantian seorang kekasih untuk bertemu dengan kekasihnya? Islam mengajak kita untuk meniliti dan mengenal hati kita serta mengubati penyakitnya. Apabila hati sudah diubati, maka hati kita akan penuh dengan 'cahaya' kebahagiaan, ketenangan dan ketenteraman. Itulah syurga sementara sebelum kita bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi.


Telah datang Nabi Muhammad SAW ke tengah manusia. Beliau  melihat kekacauan dan kemungkaran yang sedang meracuni kehidupan masyarakatnya. Seorang diri Rasulullah SAW bangun dan bekerja untuk menyelamatkan manusia. Institusi pertama yang beliau dirikan adalah masjid, tempat untuk manusia membersihkan, melembutkan dan menenangkan hatinya, melapangkan dadanya, membebaskan diri dari ikatan dunia, dengan membesarkan Tuhan melalui sembahyang dan ibadah-ibadah lain. Rasulullah SAW mengutamakan keselamatan manusia pada keselamatan hatinya (ruhnya) bukan jasad lahirnya. Sebab itu Baginda berusaha mengubah dan mengubati hati mereka hingga Baginda mencapai kejayaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N