Langkau ke kandungan utama

SINGAPURA TERIMA PERCIKAN KEBANGKITAN ISLAM.





"Berkata tentang baik mudah, membuat perkara yang baik susah, yang paling susah berikhlas di dalam membuat perkara yang baik" ( Abuya Imam Ashaari At Tamimi ).

Pengamalan dan penghayatan Islam Adalah paling baik di sebelah Timur ini. Dan kebangkitan ini hangat dan meriah di rantau ini khususnya di Malaysia. Masyarakat Islam di Singapura turut serta dalam kebangkitan ini. Islam ini ugama yang selamat, yang dapat menyelamatkan individu, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya alam sejagat,kiranya dapat diamalkan dengan kaedah yang tepat menurut Islam.


Ke mana arah masyarakat Melayu Singapura?
Ia bukan saja mendedahkan masalah tetapi juga menunjukkan jalan keluar daripada permasaalahan itu untuk panduan bersama. Masyarakat minoriti yang berperanan di era kebangkitan Islam kali kedua ini bagi  mendaulatkan Islam di Singapura. Yang menghambat peranan Melayu, kerana masyarakat Melayu masih kabur bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Yang jelas, masyarakat Melayu yang beragama Islam tidak menerapkan jalan penyelesaian yang mengikut kaedah Islam. Kita lebih senang untuk meniru cara-cara Barat menyelesaikan masalah. Akibatnya, jadilah masyarakat lebih bermasalah dari Barat. Inilah hakikat yang sedang terjadi dan kerana itulah peranan Melayu yang sepatutnya lebih terserlah lagi. Tetapi apa yang berlaku perkembangan Melayu terbantut dek kerana meniru gaya hidup masyarakat Barat yang sedang di ambang maut!


Bila sebuah kereta tidak dapat berjalan dengan baik tentulah ada kerosakan atau pun kesilapan pada mana-mana sistem di dalam kereta itu. Maka kereta itu perlulah dibaiki kerosakannya dan diperbetulkan kesilapannya. Untuk melakaksanakan kerja itu perlu pada seorang yang faham masalah kereta. Begitu jugalah apabila sebuah masyarakat itu penuh dengan masalah, tentulah terdapat kesilapan dalam pengurusan hidup masyarakat itu.


Untuk memulihkannya, perlu diperbetulkan kesilapan pengurusan itu.
Manusia hari telah membelakangkan Al-QURAN dan Sunnah. Sebab itulah manusia tersesat dan bercelaru. Akhirnya tersesat mencari jalan dunia dan Akhirat yang sebenarnya. Masyarakat minoriti yang berperanan. Apabila kila lihat sejarah kebangkitan Islam pertama golongan sedikit mengatasi golongan yang ramai. "Bersatu tidak sama dengan berkumpul, bersatu ikaan jiwa, berkumpul ikatan fizikal, Bersatu diikat dengan tali Allah berkumpul diikat dengan kepentingan dunia."  ( Abuya Imam Ashaari At Tamimi ).


Singapura sebagai negara yang maju bukan hanya di antara negara-negara Asian, malah dimata dunia. Taraf kehidupan Melayu juga telah terserlah peningkatannya. Syabas dengan pencapaian taraf hidup orang Melayu. Alangkah indahnya bila kejayaan begini menjadikan mereka orang-orang yang bertaqwa dan sedia berkhidmat pada masyarakat. Pembangunan dan kemajuan yang telepon icapai perlu diteruskan lagi. 


Apa makna kemajuan dalam masa yang sama terjadi kelemahan dan keruntuhan pada masyarakat. Masalah besar yang semakin menular dalam masyarakat ialah penagihan dadah. Samseng remaja, gemparkan pergaulan bebas, perceraian yang meningkat. Apalah yang hendak dibanggakan dngan kemajuan bilamana ada dikalangan masyarakat kita sikapnya lebih buruk dari haiwan.


Ini adalah diantara permasaalahan yang telah terjadi dan akan terus terjadi kiranya sistem penyelesaian yang diambil tidak diubah dan diperbaiki mengikut landasan syariat Islam. Intitusi keluarga adalah asas untuk membina masyarakat dan negara. Ia boleh diselamatkan jika suami isteri masing-masing memainkan peranannya berlandaskan syariat dalam mencari keredhaan Allah. Bila keredhaan Allah menjadi matlamat, ancaman lain tidak mampu untuk menggugat keluarga Islam. "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai. ( berpecah belah). (Ali Imraan 3:103).



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N