Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

KEPERLUAN ROH.

MAKANAN DAN HIBURAN ROH. Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam, ialah mereka yang dapat memberi makanan dan hiburan rohani kepada manusia. Barang kali kita boleh kiaskan makanan atau hiburan roh sama seperti keperluan makanan jasad lahir.Kalau jasad lahir perlukan makanan, maka roh juga perlukan makanan. Jasad akan gemuk dan subur kalau dia diberi makanan yang baik dan berzat. Memilih makanan yang baik untuk badan sangat penting untuk menentukan badan sihat bertenaga dan tidak berpenyakit seperti diberi makan nasi, daging, ikan, sayur, susu dan lain-lain lagi.  Ia merupakan makanan berzat yang mampu membina tubuh. Jasad lahir jadi subur dan cepat membesar. Badan jadi segar,  cergas aktif dan bergerak tangkas. Kalaulah jasad lahir tadi perlukan makanan yang baik dan berzat, roh juga perlukan makanan atau hiburannya yang baik untuk membina roh atau memberi kekuatan kepada roh. Makanan yang baik dan bersih untuk roh ialah zikir, tasbih, tahmid, selawat, tahlil,
Bertahlil antara amalan ahli sunnah Waljamaah.

DUNIA HAMPIR KIAMAT.

ERA ZAMAN KEROHANIAN. Era zaman kemuncak kerohanian dimana Rasulullah SAW ada mengisyaratkan, berdasarkan hadis, umat Islam akan berhadapan dengan zaman kegemilangan diperingkat dunia sebanyak dua kali. Era zaman kemuncak kerohanian yang pertama telah berlalu. Sejak zaman Rasulullah hinggalah salafussoleh selama 300 tahun. Zaman peringkat pertama boleh dibahagi kepada dua peringkat iaitu: peringkat pertama, berlaku dizaman Rasulullah dan Khulafa'ur Rasyidin yang dikatakan zaman kemuncak kerohanian. Peringkat kedua, berlaku dizaman salafussoleh yang dikatakan zaman kemuncak tamadun. Era kemuncak kerohanian akan berlaku sekali lagi di akhir zaman iaitu dizaman Imam Mahdi dan Nabi Isa. Apakah yang dimaksudkan dengan zaman kemuncak kerohanian? Itulah dimana hati manusia terlalu cinta kepada Allah dan cinta Akhirat. Hati tidak terselit pun dengan cinta dunia walaupun sedikit. Sebab itu mereka telah jual dunia untuk beli Akhirat. Hati bersama Allah dan rindukan Rasulullah SAW

MENDISIPLINKAN ROH MANUSIA.

DISIPLIN ROHANI. Disiplin harian umat Islam yang sebaik-baiknya di waktu malam sunyi dia memohon, munajat mengadu kepada Allah, bangun sebelum Subuh, waktu bangun memuji Allah serta niat sepanjang hari itu hendak membuat baik, sembahyang lima waktu berjemaah, kalau boleh sembahyang Dhuha, tidur sebelum Zuhur qailullah namanya, tidak tidur selepas Asar dan Subuh, selepas Isyak membaca sedikit atau rehat sedikit atau buat perbincangan dengan keluarga, selepas itu pergi ke tempat tidur, sebelum tidur bertaubat dan berzikir sebanyak-banyaknya hingga tertidur dengan taubat dan zikir. Contoh menunggu masuk waktu solat, para ikhwan dan Asoib sudah berada ditikar sembahyang sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk waktu solat. Kita telah dididik dan dipimpin oleh Guru Mursyid kita Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi. Begitulah dibuat sepanjang masa kecuali kalau ada hal-hal yang mendadak sama ada masalah peribadi mahupun masalah masyarakat. Ubahsuailah dengan suasana dengan t

EMPAYAR ISLAM AKAN BERULANG.

RAHSIA EMPAYAR ISLAM. Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan salafussoleh dapat mengislamkan dunia adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka. Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka. Mereka serius membersihkan hati mereka melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, maka mereka diberi Allah sifat-sifat hati yang bersih. Kalaulah mereka tidak mengutamakan sifat-sifat terpuji (mahmudah) lebih daripada sifat-sifat terkeji (mazmumah) tentulah mereka bukan saja tidak dapat menegakkan empayar, hendak memerintah satu negara pun tidak akan berjaya. Bahkan memerintah satu kampung pun akan timbul pecah belah. Bahkan gagal untuk menawan walau satu hati pun. Kalau masalah dalam diri tidak dapat diatasi, tidak selesai-selesai,apa logiknya untuk tawan hati orang lain? L

MENJEJAK ILMU ROHANI.

(Isteri Pak Amril berperanan dalam muslimah NU). JEJAK SALAFUSSOLEH UNTUK MEMBANGUN EMPAYAR ISLAM. Awal tahun baru 2019 aktiviti di buka dengan XPDC jejak salafussoleh. Peserta XPDC yang mewakili pulau-pulau yang ada di Indonesia.  Program berjalan selama seminggu. Ketua rombongan Pak Zulfikar seorang korporat besar berasal dari Palau Jawa. Anggota XPDC bersama kawan-kawan yang datang daripada pelbagai pelusuk Indonesia. Mereka terdiri daripada pengusaha, ahli korporat dan ada membuka pondok pasentren. Pak Amril salah seorang peserta, beliau mempunyai cita-cita untuk mengembalikan semula peranan Nahdhatul Ulama sebagai badan ahli sunnah Waljamaah yang besar di Indonesia. Kesungguhannya jelas iaitu membawa isterinya selepas XPDC ke Malaysia untuk boleh mencorak di bahagian muslimah dalam pergerakan NU. Untuk mengembalikan semula  peranan NU supaya lebih berkesan lagi, banyak di bincangkan tentang asal usul apa yang diperjuangkan badan NU tersebut. Terutamanya unt

PEJUANG AKHIR ZAMAN.

Assalamualaikum.. Kita telah ditakdirkan berada di akhir zaman. Dimana kita akan menyaksikan kemuncaknya nanti hanya ada  dua golongan. Pertama golongan  yang bersama Imam Mahdi dan satu lagi golongan bersama dajjal. Mereka yang bersama dajjal dijanjikan dengan syurga dunia.Bagi mereka yang bersama-sama dengan Imam Mahdi diberikan makanan rohani atau syurga maknawiah didunia ini dengan berbekalkan zikrullah. Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajjal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajjal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajjal. Dajjal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi

XPDC MENJEJAK KEBENARAN.

           (  XPDC dari utara ke selatan).                                                                                Alhamdulillah Tuhan telah mengizinkan kita menghabiskan XPDC menjejak Melayu Nusantara ini. Selepas ini kita akan bersurai, kita akan berhadapan dengan perjuangan yang lebih besar lagi, sebab di sini mengambil ilmu. Selepas bersurai nak mengamalkan ilmu, ia lebih susah, sangat tercabar dan mencabar. Sedangkan yang nak kita perjuangkan itu sesuatu yang mahal. Mahal dunia akhirat, iaitu Kebenaran dan Tuhan. Kebenaran bukan semua orang boleh dapat kerana dia terlalu mahal. Kadang-kadang kita sudah rasa berada dalam kebenaran tapi kalau kita kaji, bahas, ternyata kita belum berada dalam kebenaran, walaupun berada dalam jemaah kebenaran. Menunjukkan kebenaran itu sangat mahal. Tuhan ingatkan kita. Firman Allah SWT: ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُمْتَرِينَ. "Yang haq itu hanya datang dari Tuhan. Oleh itu kamu janganlah jadi orang yang m

PERJUANGAN SUNNI.

TOKOH PEJUANG SUNNI. TIDAK seperti pergerakan berasaskan agama Islam yang lain, jemaah yang dipimpin oleh Syeikh Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi barangkali boleh dianggap paling berpengaruh dan meninggalkan kesan di kalangan umat Islam di negara-negara Asia Tenggara khususnya negara Malaysia yang tercinta ini. Seorang tokoh Sunni atau Ahli Sunnah Wal Jamaah. Negara Iran adalah tapak empayar Syiah, Arab Saudi tapak empayar Wahabi dan Malaysia adalah tapak Sunni atau Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dikatakan mula mengumpul pengikut sejak 1968 iaitu ketika pertama kali ditubuhkan, pengikutnya bertambah dengan cepat iaitu kira-kira 6,000 orang pada tahun 1980 -an. Sehinggalah pergerakan ini diharamkan pada 1994 , ia sudah pun mengumpul pengikut seramai kira-kira 10,000 orang. Al-Arqam diharamkan pada 5 Ogos 1994 . Dikatakan membawa ajaran sesat. Malah, Syeikh Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi bersama-sama keluarga dan beberapa orang pemimpinnya ditangkap dibawah akta ISA.

XPDC MENJEJAK KHAWARIKUL' ADAH.

XPDC KASIH SAYANG. (Foto ketika sarapan di AFT CAFE). XPDC bersama kawan-kawan dari Indonesia. Safar atau XPDC adalah dakbussolehin. Amalan salafussoleh. Pengisian kepada kawan-kawan berjalan selama satu minggu. Kembara atau Safar sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Terlalu banyak perkara-perkara tersirat dalam XPDC dapat kita cungkil dan di suratkan. Apabila yang TERSIRAT TERSURAT ia dapat dijadikan panduan kepada umum. XPDC menjejak keajaiban atau Khawarikul'adah, ternyata Tuhan  rezekikan kepada setiap peserta menjejaknya dalam XPDC ini. (Foto Putrajaya). Perjalanan bermula dari Putrajaya, ke Selatan Malaysia dan berakhir di Utara Malaysia.Pejuang-pejuang Islam berjaya berlaku khawarikul' adah antara tokoh-tokoh Islam tersebut seperti Sultan Salahuddin Al Ayyubi, Thariq bin Ziyad, Sultan Muhammad Al Fateh dan lain-lain. Berlaku khawarikul'adah dalam perjuangan mereka. Apabila mereka berjaya memenuhi syarat untuk berlakunya bantua

LOVE AND CARE ANAK KUNCI PERPADUAN.

PEJUANG "LOVE AND CARE" Maksud firman Allah SWT: Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.  (Ali Imran 3:103). Bumi ini berputar kerana kasih sayang Tuhan. Beredarnya matahari, bulan, bintang dan planet juga adalah kerana kasih sayang Tuhan. Adanya siang dan malam, hujan dan panas dan empat musim dalam setahun juga adalah kerana kasih sayang Tuhan. Wujudnya kita dari dalam rahim ibu ketika bayi dan hingga kita dewasa adalah kerana kasih sayang kedua ibu bapa kita iaitu pancaran dari kasih sayang Tuhan. Kita tidak boleh hidup tanpa kasih sayang. Kasih sayang itu makanan rohani. Siapa yang tidak dapat merasai kasih sayang, rohani

SERIKANDI DALAM ISLAM.

Antara nama-nama serikandi Islam yang perlu dijadikan tauladan kepada muslimah adalah seperti yang tertera berikut : 1. Srikandi Medan Pertempuran – Nusaibah binti Kaab 2. Pahlawan Wanita Pertama Membunuh Musuh Islam – Safiyah Binti Abdul Mutalib 3. Pahlawan Wanita Serba Hitam – Khaulah Binti Azwar 4. Berkorban Kerana Allah – Siti Masitah 5. Orang Pertama Mati Syahid – Sumayah Binti Khubath 6. Wanita Berhati dan Berjiwa Waja – Asma Binti Abu Bakar 7. Pulih Penglihatan Kerana Beriman Kepada Allah – Zinirah 8. Kisahnya Dalam Al-Quran – Ratu Balqis 9. Dahaganya Dipuaskan Oleh Allah – Ghaziyah Binti Jabir 10. Mahligainya di Syurga – Aishah, Isteri Firaun 11. Kehormatan Dirinya Dipelihara Allah – Sarah, Isteri Nabi Ibrahim 12. Orang Pertama Memeluk Agama Islam – Khatijah Binti Khuwalid 13. Kisahnya dengan Telaga Zam-Zam – Siti Hajar 14. Kebijaksanaannya Terbukti di Hudaibiyah – Ummu Salamah 15. Pejuang Wanita Pertama Menyeberang Lautan – Ummu Haram 16. Pejua

JADUAL ALLAH UNTUK AKHIR ZAMAN.

JADUAL TUHAN UNTUK UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN  Jadual Tuhan Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan mene¬rima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah: Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai¬ma¬na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang¬kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha¬lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lal

MAKSIAT YANG TIDAK DI ANGGAP MAKSIAT.

Maksiat yang tidak dianggap sebagai maksiat ini ialah kegiatan berhibur dan berlalai-lalai yang tidak sedikit pun menyentuh akal atau pun jiwa tetapi semata-mata menyentuh dan menyuburkan nafsu. Akhirnya para remaja ini memenuhi disko, premis video game dan pusat-pusat karaoke. Para remaja berpoya-poya dan melepak-lepak. Dalam benak dan fikiran mereka tidak lain melainkan artis, lagu, muzik, sukan, pelakon dan isu-isu yang bersangkut paut dengan dunia hiburan. Bahan bacaan mereka ialah majalah hiburan, hiburan-hiburan. Mereka jadi orang yang lalai dan perfoya-foya. Para remaja  terlalu  asing dengan persoalan iman, persoalan taqwa, Ibadah dan akhlak. Mereka jauh dari Al Quran. Yang mereka tahu hanyalah melalak sana, melalak sini. Masyarakat hendak jahanam ke, negara hendak kena gadai ke, mereka tidak ambil peduli. Inilah kesan dari budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah para remaja kerana tidak berdisiplin, tidak ada tujuan hidup, pemalas,tida

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik kerana Imam Bukhari menggunakan kriteria yang s