Langkau ke kandungan utama

PEJUANG AKHIR ZAMAN.




Assalamualaikum..
Kita telah ditakdirkan berada di akhir zaman. Dimana kita akan menyaksikan kemuncaknya nanti hanya ada
 dua golongan. Pertama golongan
 yang bersama Imam Mahdi dan
satu lagi golongan bersama dajjal.
Mereka yang bersama dajjal dijanjikan dengan syurga dunia.Bagi mereka yang bersama-sama dengan Imam Mahdi diberikan makanan rohani atau syurga maknawiah didunia ini dengan berbekalkan zikrullah.


Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajjal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajjal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajjal.


Dajjal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajjal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajjal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajjal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajjal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?
Memang benar dajjal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang sahih menceritakan tentang dajjal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat.


Menurut Pengajian yang kita ikuti kelas yang dianjurkan oleh Abuya sendiri, atau ustaz-ustaz dalam kuliah kitab
kitab hadis yang sahih menceritakan perihal dajjal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajjal.
Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajjal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajjal yang matanya rosak dan pembohong.Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajjal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.


“Yang pastinya dajjal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,”
Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajjal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”

Tuan-tuan dan ahli keluarga pernah tak bertanya kepada diri kita, kenapa kita dilahirkan sebagai anak benih ahli zikir?
Seperti yg kita sedia maklum, kalau kita ingat kata-kata Mursyid dan ibu bapa .. kita ini mereka kandungkan dengan niat kita menjadi pejuang agama atau pembela agama..Dan kalau ingat juga kata2 Mursyid, yg zikir ini tarikat akhir zaman, dengan erti kata lain.. kebangkitan Islam kedua itu semua ahli zikir atau tarikat bergabung yang diterajui oleh tarikat ini.. 'ini giliran Melayu baru" kata Mursyid..
Ahli-ahli zikir atau tarikat dimurahkan rezekinya. KitaKita s tidak jauh berbeza.. masing2 cuba struggle dengan kehidupan masing2.. senang cerita kita jenis yg degil sikit, tak mahu ikut yg lurus, mahu kekiri dan kekanan..
Saya telah lama perhatikan, akan nasib yg menimpa diri kita.. setelah macam-macam pengalaman hidup yang kita lalui banyak boleh diambil pengajaran dan pelajaran. Mereka yang mengikut disiplin tarikat hidupnya juga kelihatan tenang dan meyakinkan. Ketika kita tidak melaluinya, susah untuk memahaminya. Ini juga termasuk tafsiran orang mukmin kenyang dengan makanan rohani seperti zikrullah.



Tuqn-Tuan perasan tak kita, bermacam usaha telah kita lakukan demi nak menangkan nafsu kita..Tapi dengan segala usaha yg kita lakukan itu, seolah-olah kita tidak boleh pergi mana2, atau bahasa lainnya ialah tak boleh pergi jauh.. kalau berjaya pun, sekejap je, lepas tu bertimbun masaalah yg tak diduga mmenimpa.Tuan-tuan hari ini saya sedar, kenapa itu semua berlaku.. ohh, rupanya itu bukan saja-saja Allah takdirkan buat diri kita..
Kita dah pergi merata tempat, buat bermacam perkara.. tetapi semua yg kita buat seolah-olah disekat.. boleh buat boleh usaha, tapi tak boleh pergi jauh.. ada je benda yg menghalang, ada je masaalah yg dtg, dari apa yg kita buat.. sebab itu saya katakan sumpahan..
Sebernarnya itu bukan sumpahan, tapi itu lah signal atau tanda yg Tuhan bagi untuk kita tidak boleh tidak, kita mesti tunaikan misi kita..

Tuan-tuan, kalau kita peka dan kaji dengan isu semasa dunia hari ini.. semuanya kearah membenarkan Hadits, dan juga kata-kata Mursyid.. kalau tuan-tuan tidak faham penjelasan ini, boleh langsung bertemu dengan saya untuk dapat lebih jelas penerangan tentang perjuangan akhir zaman ini.
Tuan-tuan yakin lah, semua yg berlaku pada diri kita selama ini, merupakan rezeki yg Allah dah tetapkan, sama ada baik, buruk, atau jahat..
Selagi kita belum Mati, kita masih sempat untuk berpatah balik.. biar seberat apa sekali pun ujian yg melanda, selagi kita yakin akan janji Tuhan.. kita masih ada kesempatan..
Balik semula kepada cerita perjuangan akhir zaman tadi..

Tuan-tuan, rupanya semua yg berlaku pada kita itu bukanlah saja-saja, itu adalah pengalaman dan pengajaran buat diri kita bila sampai masanya..
Kita mesti selalu dengar ayat ni.. Anak-Anak remaja ini eset pejuangan.. mursyid selalu sebutkan ayat ni kan.. bukan Mursyid je, bahkan para pemimpin, dan mak ayah pun selalu guna ayat ni..Baik.. memang betul remaja itu aset perjuangan.. cubalah tengok perjuangan hari ini, siapa yg dibarisan hadapan.. cuba tengok.. 70-80 peratus semuanya remaja kan?
Itu sy ketegorikan remaja yg taat dan disiplin.. habis tu kita ni nak ketegorikan remaja apa pulak??

Mereka dan kita, masing2 ada saham buat diri masing2 kelak.. cuma sejauh mana kita mahu mengambil saham itu..
Ok sekarang ni balik kepada cerita kita, yg mungkin dahulu kita pernah dilebel remaja bermasaalah dan sebagainya.. sehingga ada yg melarikan diri dan berkecil hati.. banyak yg dari kita, bila sy risik2 apa permasalahanya.. banyak yg lebih kurang sama je, ada yg makan hati, ada yg trauma, ada yg kurang kasih sayang, ada yg sebab susah dan sebagainya.. maka kitapun buat lah hal masing2.. tapi selama mana kita tidak mempersoalkan tentang kebenaran yg dibawa, insha'Allah kita masih ada peluang..

Tuan-tuan kita ni ada bermacam latar belakang masaalah yg kita sudah tempuhi.. tau tak itu bukan saja-saja tau berlaku kepada kita.. memanglah hakikatnya itu kerana nafsu dan kelemahan diri kita sendiri.. tapi dalam masa yg sama itu lah rezeki, ilmu dan pengalaman yg Tuhan bagi dekat kita.. eh, kenapa mcm tu pulak??  (University of life kita)

Sebab segala macam yg kita lalui itu, setiap satunya adalah cabang2 kerosakan ummat manusia di hari ini..
Jadi dengan pengalaman yg kita dah lalui, kita dah kenal atau faham setiap kerosakan itu.. cuma specialnya kita (bukan special utk tujuan bangga diri ye, ini kena taubat sungguh2 klu tidak nanye di akhirat nanti) kita ini sudah memiliki darah tarikat, jadi.. inikan senjata, ini jugakan ubat..

Kalau lah kita faham, peranan dan tugas perjuangan itu, ianya kan bersifat selamat dan menyelamatkan.. maka ini lah masanya untuk kita selamatkan masyarakat disekeliling kita, fahamkan mereka dengan situasi dunia hari ini, fahamkan juga tentang janji Tuhan buat akhir zaman dan juga negara kita..
Hari ini kita sudah bebas dari fatwa, hari ini kita sudah bebas untuk bercerita tentang visi dan misi perjuangan Mursyid kita.. marilah sama2 kita fahamkan org sekeliling kita, kenapa dan mengapa tujuaan Mursyid berbuat..
Kita sama-sama dambakan keadilan, kasih sayang dan perpaduan.. kita semua tertunggu-tunggu empayar Islam yang diterajui oleh orang Melayu Timur itu berlaku... masanya sudah sangat dekat, cuma perlukan sokongan dari semua pehak dan lapisan masyarakat ja untuk membenarkan ianya..
Jom marilah kita taubat sungguh2, dan kita mulakan misi kita..

Kita tak akan dpt pergi jauh, kalau kita masih ingin menafikan benih yg ada dalam diri kita ini.. inilah sumpahan buat diri kita, memang ditakdirkan untuk menjadi anak pejuang dan kena berjuang.. ambil lah bekal yg kita ada, dan mulakan kembali dari diri kita sendiri.. kemudian baru yg disekeliling kita..Jemaah-jemaah tariqat cuma nak suruh bagi kefahaman, bagi Allah Rasul dan sama2 tingkatkan tahap keislaman masing2.. perkara tersebut telah kita kongsikan dalam XPDC yang mengambil masa seminggu bersama kawan-kawan yang datang daripada pelbagai pelusuk Indonesia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N