Langkau ke kandungan utama

XPDC MENJEJAK KHAWARIKUL' ADAH.


XPDC KASIH SAYANG.
(Foto ketika sarapan di AFT CAFE).

XPDC bersama kawan-kawan dari Indonesia. Safar atau XPDC adalah dakbussolehin. Amalan salafussoleh. Pengisian kepada kawan-kawan berjalan selama satu minggu. Kembara atau
Safar sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Terlalu banyak perkara-perkara tersirat dalam XPDC dapat kita cungkil dan di suratkan. Apabila yang TERSIRAT TERSURAT ia dapat dijadikan panduan kepada umum. XPDC menjejak keajaiban atau Khawarikul'adah, ternyata Tuhan 
rezekikan kepada setiap peserta menjejaknya dalam XPDC ini.

(Foto Putrajaya).

Perjalanan bermula dari Putrajaya, ke Selatan Malaysia dan berakhir di Utara Malaysia.Pejuang-pejuang Islam berjaya berlaku khawarikul' adah antara
tokoh-tokoh Islam tersebut seperti Sultan Salahuddin Al Ayyubi, Thariq bin Ziyad, Sultan Muhammad Al Fateh dan lain-lain. Berlaku khawarikul'adah dalam perjuangan mereka. Apabila mereka berjaya memenuhi syarat untuk berlakunya bantuan Tuhan, maka berlakulah khawarikul'adah di tangan
 mereka. Seperti Palestin bebas di tangan Sultan Salahuddin Al Ayubi. Kota Contantinopel jatuh ketangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Panglima perang Thoriq bin Ziyad membuka Eropah bermula dari Spain, Portugal dan Selatan Perancis.

Azam dan cita cita mereka ingin membenarkan apa yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW. Akhirnya mereka berjaya membenarkan dan berlaku di tangan mereka sendiri. Mari kita terus belajar dengan sejarah. Kerana sejarah adalah guru yang terbaik.
"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Al Hajj 22:46).

"Dialah yang memjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.
(Al Mulk (67: 15)

Oleh itu dapat kita katakan bahawa umat Islam memang digalakkan untuk bermusafir / mengembara atau berXPDC dalam rangka untuk menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Dalam bermusafir, nikmat pancaindera pendengaran dan penglihatan serta hati diaktifkan, peka dan digunakan untuk memperakui kekuasaan dan kebesaran Allah.Maha hebatnya Kasih Sayang Allah kepada kita selaku hamba-Nya. Bermula XPDC kehidupan kita di dalam perut ibu (kehidupan alam rahim) lagi. Tuhan masukkan perasaan ke dalam  hati seorang ibu perasaan sayang terhadap zuriat dalam kandungannya. Abuya menulis buku "Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia", menulis tentang ilmu rohaniah ini tidak semudah menulis dan mengarang ilmu-ilmu lain seperti feqah, ilmu sejarah, ilmu tauhid dan sebagainya. Ia bukan saja memerlukan ilmu pengetahuan yang luas bahkan perlukan ilmu rasa atau ilmu zauq (ذوق). Yakni hasil daripada pengalaman yang diperolehi setelah berjuang mengamalkan syariat melaui mujahadah yang sungguh-sungguh secara berterusan dan istiqomah.


Ilmu ini subjeknya ialah roh atau hati nurani yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala. Ia hanya dapat dirasa dengan mata hati (basyirah). Maka untuk memperkatakan hal-hal yang maknawi (subjektif) atau hal-hal yang abstrak ini; yang mana ianya hanya dapat dirasa dan dijangkau oleh orang-orang yang mempunyai mata hati atau roh yang bersih setelah melalui proses mujahadah yang sungguh-sungguh (serious) dan istiqomah (berterusan); sangat sulit untuk menggambarkannya melalui tulisan. Tetapi kerana ianya terlalu penting. Maka tetap dikongsikannya untuk memperkatakan ilmunya dengan mengharapkan Abuya berikan rasa untuk mudah difahami ilmu rohani ini.


Memperkatakan ilmu yang maha dalam dan maha tinggi ini. Sedangkan kita mempunyai banyak kelemahan yang nyata.Di zaman orang mengiktiraf degri, Abuya membesarkan ilmu rohani atau hal-hal Rohaniah. Malangnya pada hari ini umat Islam anggap tidak perlu. Sedangkan untuk mendapatkan ilmu rohani perlukan proses berterusan atau perlukan proses mujahadah yang serius Dalam bermujahadah dan beristiqamah. Moga umat Islam mengambil berat kehidupan ulama kerohanian. Sebagai motivasi kepada umat Islam mengambil semula ilmu ini agar mendorong umat Islam mengamalkan semula. Agar lahir dan batin dapat dibersihkan.
Moga-moga jiwa umat Islam akan hidup dan subur kembali. Sehingga lahir semula sifat berkasih sayang di antara satu sama lain. Berbunga semula hati-hati mereka mencintai Allah. Timbul semula rasa-rasa yang sepatutnya pada Allah. Iaitu rasa sebagai hamba-Nya.


Dengan kata-kata yang lain diharapkan tercetus kembali kehidupan yang berkasih sayang, aman damai di mayapada seperti yang berlaku di zaman salafussoleh.
Ertinya tercipta kembali kehidupan (syurga yang disegerakan) Jannahtulajilah. Selama ini dunia hidup penuh dengan hiruk pikuk, jeritan penderitaan, perselisihan dan peperangan yang telah menyeksakan manusia serta memusnahkan kehidupan mereka di dunia ini. Berkat Abuya Sohibus zaman kita akan diberikan kekuatan dan ketenangan tersebut.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N