Langkau ke kandungan utama

MAKSIAT IBARAT RACUN.


Foto (di pesta menyambut tahun 2019).

Hiburan dan berlalai-lalai kerosakannya makan dalam. Kalau seseorang itu memakan racun, jelas bahawa orang itu sedang melakukan sesuatu yang berbahaya dan yang akan
memudaratkan dirinya. Makan racun bukanlah satu kerja yang waras. Orang yang siuman tidak akan memakan racun.

Kalau dia makan racun di hadapan keluarganya atau di hadapan orang lain, mereka akan menghalang dan menegahnya. Kalau dia berkeras juga hendak makan racun itu, mereka akan merampas racun itu darinya.

Akan tetapi orang yang sama memakan lemak minyak dengan banyak dan gula tanpa had, tidak ada siapa yang akan menghalangnya. Sedangkan memakan benda-benda seperti itu boleh menjejaskan kesihatan nya dan mendatangkan penyakit. Disebutkan mudarat nya tidak begitu ketara dan kesannya tidak berlaku secara serta-merta seperti memakan racun, maja orang ambil ringan dan menganggapnya sebagai perkara biasa.

Begitulah juga keadaannya dengan maksiat. Ada maksiat yang seperti racun. Mudharat nya segera nampak. Ini termasuklah maksiat seperti mencuri, merompak, meragut, membunuh, merogol, berzina, berjudi dan sebagainya. Tidak mudah maksiat seperti ini dilakukan dihadapan orang ramai. Orang ramai akan segera menegah dan menghalang. Orang akan bertindak untuk menumpaskan orang yang melakukan maksiat seperti ini.

Ada pula maksiat seperti lemak,
minyak dan gula. Sekali pandang, ia tidak nampak macam maksiat. Orang pun tidak menganggap sebagai maksiat. Maka seluruh manusia
bergelumang di dalamnya. Dari
pihak atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Dari pemimpin hinggalah rakyat jelata. Dari guru hinggalah kepada murid. Namun mudharat nya makan dalam. Sedikit demi sedikit merosakkan. Sedikit demi sedikit ia melemahkan. Lama kelamaan seluruh masyarakat jatuh sakit.

Maksiat yang tidak di anggap maksiat ini ialah kegiatan berhibur dan berlalai-lalai yang tidak sedikit pun menyentuh akal atau pun jiwa tetapi semata-mata menyentuh dan menyuburkan nafsu. Ini termasuk tayangan filem, tari menari, muzik, nyanyian, sukan dan olah raga. Ramai orang tidak dapat menerima bahawa filem,tarian, muzik, nyanyian dan sukan ini adalah maksiat seperti mana juga ramai orang tidak dapat menerima bahawa lemak, minyak dan gula itu adalah racun kerana telah terbiasa dengannya. Kalau tidak ada lemak, minyak dan gula, makan tidak sedap.

Namun siapa yang boleh menolak hakikat bahawa semua itu melalaikan. Ia tidak menghasilkan apa-apa kebaikan
Ia mudharat dalam jangka panjang. Mudharatnya halus tetapi makan dalam. Peminat-peminat hiburan di seluruh negara terdiri dari pelbagai peringkat umur dan berbagai tahap pendidikan. Mereka mempunyai tahap akhlak dan moral. Mereka asyik dengan filem, muzik, nyanyian dan sukan
Mereka dibuai dan dilalaikan dengan hiburan-hiburan seperti ini. Lama kelamaan, watak, saikologi, dan minat mereka ini
akan terpengaruh dan akan cenderung semata-mata kepada
segala apa yang berbentuk hiburan. Hiburan menjadi tunjang utama dalam hidup mereka. Apa-apa pun berhibur.
Lapang-lapang sedikit berhibur.
Sudah tidak ada perkara yang serius dalam hidup mereka lagi.
Hidup mereka tidak ada lain melainkan untuk berhibur dan berlalai-lalai.

Masyarakat atau bangsa yang mempunyai saikologi seperti ini
susah hendak dididik supaya menjadi satu bangsa yang kuat, berwibawa, membangun dan berkemajuan. Jauh sekalilah untuk menjadi satu bangsa yang boleh mendukung, menguatkan dan memperjuangkan agama.

Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, tidak ada pendirian, suka meniru orang, tidak ada jati diri dan suka berpoya-poya. Bangsa yang gila dengan berhibur ialah bangsa yang tidak tahu apa erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan agama. Lebih jahat lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur
ini sangat terdedah kepada pengaruh-pengaruh liar dan jahat. Mereka jinak dengan maksiat dan kemungkaran. Mereka mudah terlibat dengan rokok dan arak. Ini pula membawa kepada penyalah
gunaan dan penagihan dadah.
Mereka terjebak dengan pergaulan bebas, seks bebas, bohsia, bohjan dan seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan dalam jiwa dan diri mereka untuk menolak
pengaruh-pengaruh liar dan jahat ini. Malahan apa yang ada dalam diri mereka hanyalah dorongan dan kecenderungan
untuk berbuat apa sahaja asalkan dapat berhibur dan berlalai-lalai.

Contoh apa yang telah didedahkan dalam berita media sosial sempena menyambut tahun 2019 baru-baru ini.
TINJAUAN mendapati botol-botol arak yang telah kosong berselerakan di tapak pesta tahun baharu, Neon Countdown 2019 di Lukut, Port Dickson, hari ini. - UTUSAN ONLINE/AIDA FAIZLEN IBRAHIM.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N