Langkau ke kandungan utama

XPDC MENJEJAK KEBENARAN.

       
   (  XPDC dari utara ke selatan).                                                                               

Alhamdulillah Tuhan telah mengizinkan kita menghabiskan XPDC menjejak Melayu Nusantara ini. Selepas ini kita akan bersurai, kita akan berhadapan dengan perjuangan yang lebih besar lagi, sebab di sini mengambil ilmu. Selepas bersurai nak mengamalkan ilmu, ia lebih susah, sangat tercabar dan mencabar. Sedangkan yang nak kita perjuangkan itu sesuatu yang mahal. Mahal dunia akhirat, iaitu Kebenaran dan Tuhan. Kebenaran bukan semua orang boleh dapat kerana dia terlalu mahal. Kadang-kadang kita sudah rasa berada dalam kebenaran tapi kalau kita kaji, bahas, ternyata kita belum berada dalam kebenaran, walaupun berada dalam jemaah kebenaran. Menunjukkan kebenaran itu sangat mahal.
Tuhan ingatkan kita. Firman Allah SWT:

ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُمْتَرِينَ.

"Yang haq itu hanya datang dari Tuhan. Oleh itu kamu janganlah jadi orang yang menentang.”
(Al Baqarah 2: 147).

Oleh kerana kebenaran itu mahal sekali, sedangkan semua orang ingin mencari kebenaran, maka masing-masing menganggap dirinya benar. Kita sangka kita dalam kebenaran. Kalau begitu bagaimana mengukur, menilai apakah seseorang itu dalam Kebenaran. Proses mencari kebenaran melalui beberapa tahap iaitu :
1.bertemu / jumpa kebenaran
2.Menghayati kebenaran itu
3.Merasakan kebenaran itu

Bagaimana kita mengukur / menilai bahawa kita sudah jumpa kebenaran, menghayati kebenaran, dan merasakan kebenaran itu?
Soalan 1 :
Kebenaran itu satu yang sangat mahal. Mencarinya adalah suatu hal yang sangat susah. Sepertilah kita mencari intan, untuk nampak/lihat/jumpa pun susah. Itu belum memiliki. Padahal benda yang wujud berjuta-juta sedangkan yang hendak dicari satu saja. Jadi sangat susah. Banyak orang mengatakan mereka ada dalam kebenaran. Bagaimana kita nak menilai bahwa kita dah berjumpa / berada dalam satu kumpulan yang nampaknya kumpulan kebenaran. Bagaimana menilai bahawa yang kita lihat adalah intan.
Memiliki ilmu tentang kebenaran
terlebih dahulu. Terima kebenaran mesti dengan ilmu.
Menerima kebenaran mestilah dengan ilmu.

Kalau melihat / menilai kebenaran hanya dari tengok bagaimana mereka beramal itu tidak cukup. Amal itu belum tentu ilmunya benar.
Soalan kedua :
Ilmu itu adalah untuk diamalkan. Ilmu apa yang kita jumpa dalam Kebenaran itu?
Jawapan :
Kebenaran satu, tapi ilmunya tentu banyak. Tak mungkin ilmunya satu. Kebenaran hanya satu iaitu dari Tuhan. Ilmunya banyak. Oleh itu kenal ilmunya dulu. Ilmu yang ditemui itu mestilah banyak bukannya satu, misal ilmu mengenal Tuhan itu yang utama, ilmu untuk cinta dan takut Tuhan, ilmu tentang mazmumah, bagaimana baiki diri, halal-haram, wajib, sunat, makruh, ilmunya jelas. Yang kita jumpa 1 pakej ilmu yg sangat benar. Kalau kita sudah jumpa ilmunya, sudah mudah untuk diamalkan kerana jelas. Tinggal saja kita mahu beramal atau tidak.

Setelah jumpa kebenaran dan ilmu pun sudah diambil / dapat, bagaimana kita tahu bahawa kita dapat hidayah atau tidak. Hidayah terhadap kebenaran atau terhadap ilmu yang kita jumpa / dapat?

Setelah kita jumpa kebenaran kerana jumpa ilmunya, tanda kita dapat hidayah adalah bila kita rasa menyesal : “Aku menyesal, aku cuai, aku lalai selama ini.” Dengan kata lain, datang insaf, datang kesedaran. Lantas merangsang untuk melaksanakan. Orang yang tak dapat hidayah walau dia mendengar ilmunya tapi tak datang rasa insaf. Banyak bahas. Setelah bahas2 lalu dia kata :”Dah haram, haramlah.”Hanya bersyarah saja.

3 soalan di atas adalah berkait dengan hidayah. Dapat hidayah saja tak cukup. Sekarang apa tanda seseorang dapat taufik?

Seorang yang dapat taufik iaitu dia mendapati ilmu yang sama dengan amalannya. Yang batinnya, apa yang jadi keyakinan selaras dengan pelaksanaannya.

Untuk sampai ke tahap taufik inilah yg susah. Sudah dapat ilmunya, ada hidayahnya tapi untuk bertindak tak kena saja. Mengapa begitu? Sepertilah seseorang sudah belajar kereta, tapi bawa kereta terlanggar saja, masuk longkang,dll

Bila akan sampai ke tahap taufik, iaitu ilmu yang kita tahu sama dengan tindakan kita, ada 2 halangan besar yakni nafsu dan syaitan. Inilah yang selalu menggagalkan. Kalau begitu mujahadah kena kuat. Kalau tak mujahadah walau pun tahu ilmunya takkan boleh beramal. Misal secara ilmu kita sudah tahu bila orang salah kena memberi maaf. Tapi bila orang buat salah kita tak boleh memberi maaf. Begitu juga bila kita bersalah, untuk minta maaf malu kerana ego besar. Sekali lagi, bila kita masuk ke era taufik akan dihalang nafsu syaitan jadi kena mujahadah yang kuat.

Kalau begitu kita ingin sangat taufik, ingin sangat ilmu yang ada kita boleh buat tapi kenyataannya kita tak mampu. Boleh buat sebahagian tak boleh buat yg lain. Kadang boleh buat kadang tak boleh buat. Apa panduan agar kita boleh buat sentiasa?
Jawapan :
Perlu ada jemaah, perlukan pimpinan Mursyid, perlukan tawasul. Tawasul ini akan sangat membantu

Katalah seseorang sudah jumpa jemaah kebenaran, sudah jumpa kelompok kebenaran, jumpa gurunya, dah bergaul sama, tiba2 orang itu tak puas hati. Dia kata : “Kata jemaah kebenaran tapi nampaknya tak ada ukhuwah, tak ada kasih sayang, nampaknya ada orang tak boleh terima lagi, tak mesra lagi. Kadang2 tegur sapa pun tak nak. Kebenaran apa ini?”. Hal ini dia sampaikan boleh dalam keadaan mengkritik atau pun dalam nada sedih. Misal ia jumpa guru mursyid dan kata, saya dah jumpa kebenaran, jemaah Tuanlah. Tapi saya tengok dalam jemaah banyak masalah, ada yang belum berkasih sayang, belum mesra lagi. Apa penilaian kita tentang orang tersebut?

Pada saya orang itu escapist dia inginkan ketenangan, kasih sayang, tengok2 tak dapat. Dia kata inginkan kebenaran tapi escapist, ada kepentingan peribadi.

Kalau kitalah yang kena penyakit itu, apa jawapan bagi diri / hati kita?

Kita cari kebenaran ini sepertilah mencari duit. Adakah kita mencari untuk orang? Tidak begitu, tapi kita cari duit untuk diri kita. Begitulah juga dengan Kebenaran, kita mencari kebenaran bukan untuk orang lain tapi untuk kita. ( Maksudnya untuk kita amalkan bukan supaya orang lain amalkan). Patutnya kita kata pada diri kita : “Aku tak kasih sayang lagi pada orang lain padahal ilmu sudah ada. Aku belum tawadhu lagi padahal ilmu sudah ada. Aku tahu maafkan orang itu mesti, tapi aku tak buat lagi.” Bagi orang yang betul2 dalam kebenaran begitulah dia berfikir. Dia cari kebenaran bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.

Guru Mursyid dan Kecelakaan Ruhani

Jalan menuju Allah itu bersifat rohaniah. Mata lahir dan akal tidak akan mampu melihat jalan ini. Yang mampu melihatnya hanyalah roh atau hati yang bersih.
Saudaraku, sudah menjadi pengalaman kita, bahwa di jalan raya yang bersifat material banyak terjadi kecelakaan. Padahal, jalan raya yang bersifat material itu, mata lahir kita biasa melihatnya.Jalan raya itu juga dilengkapi dengan berbagai tanda lalu-lintas. Tetapi kecelakaan berlaku setiap hari. Ada yang  excident, ada yang bertimpa-timpa kejadian, ada yang masuk jurang, ada yang terguling dan berbagai macam kejadian biasa terjadi di jalan yang begitu jelas terlihat dengan mata kepala kita.
Belajar dari pengalaman ini, tentu kita dapat dengan mudah memahami kenyataan betapa susahnya menempuh jalan ruhani (jalan menuju Cinta Agung). Berbagai macam kecelakaan ruhani menimpa kita setiap harinya.
Coba kita review kembali kecelakaan-kecelakaan ruhaniah yang menimpa kita tiap hari.
• Ada perempuan melintas depan kita, mata kita tak berkedip.
• Di uji oleh Allah dengan kehilangan barang kesayangan, rumah terbakar, hendak menikah ternyata ditinggal kawin oleh calon suami/istri, dll maka kita pun complain dengan Allah. Kita tak puas hati dengan ketentuan Allah. “mengapa itu harus terjadi padaku?”
• Bila mendapat nikmat, sombong, berbangga hati, tidak bersyukur.
• Dalam majlis pertemuan resmi dengan Allah (solat) tidak melahirkan rasa takut, tidak terasa hebatnya Allah. Tetapi bila ketemu dengan presiden terasa takut dan terasa kuasa presiden sehingga kita begitu menjaga adab bila ada pertemuan dengan Presiden.
• Apabila berdakwah, kemudian dipuji orang maka hati pun berbunga (termasuk lah menulis blog kemudian dipuji postingannya bagus-bagus, maka hatinya berbunga-bunga)
Nah, saling seringnya kita mengalami kecelakaan ruhaniah ini, maka kita perlu pimpinan dari orang yang mampu melihat dan faham jalan ini (jalan ruhaniah menuju Allah). Orang ini disebut guru mursyid. Guru mursyid sangat diperlukan oleh setiap manusia dalam perjalanan ruhani menuju taqwa. Dia dapat memimpin di bidang ilmu, akal atau hati, lahir mahupun batin dan dalam semua hal sehingga hidup manusia dapat tertumpu kepada Allah. Guru mursyid Allah beri anugerahkan ilmu-ilmu yang luar biasa, ilmu lahir juga ilmu batin.
Kerana pentingnya guru mursyid ini, Imam Malik pernah berkata: “Barangsiapa yang tidak mempunyai guru mursyid maka syaitanlah yang akan menjadi gurunya.”
Orang yang dapat memimpin hati/ruhani (guru mursyid), hanyalah orang yang pintu hatinya terbuka, iaitu orang yang mempunyai basyirah. Bukan sekadar akalnya yang terbuka. Banyak orang yang akalnya terbuka, hingga dapat menangkap ilmu, tetapi sangat sedikit orang yang hatinya terbuka. Mursyid itu ialah orang yang hatinya terbuka luas dan dapat memimpin orang lain.
Jadi setiap orang mesti mencari seorang guru mursyid untuk memimpin dirinya walaupun dia alim. Setelah dia bertemu dengan guru mursyid yang layak, maka lahir dan batinnya perlu diserah kepada guru mursyid itu.

Mengenal Allah Dengan Hati

Sebenarnya yang disebut kenal Tuhan adalah kita kenal Tuhan dengan ruh atau hati. Cara cepatnya dengan mencari wasilah dengan berkat, tawasul dan doa. Orang yang tidak ada ruh dalam beribadah (ibadah tidak dihayati/ lalai), ia berdosa. Ketika mengadap Tuhan, hati ke mana-mana. Seolah-olah dalam majlis raja, buat kerja lain. Sebab itu orang yang bertaqwa, waktu dia mengadap Tuhan hatinya tersentuh, selalu merasa cemas tidak beradab dengan Tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N