Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

ILMU BEKALAN KE AKHIRAT.

Ilmu dan Amal tidak boleh dipisahkan. Di era kebangkitan Islam kali kedua, Sultan dan Raja ada peranan. Antaranya memertabatkan kembali ajaran Islam. Intitusi ilmu agama berperanan untuk mendaulatkan Islam. Ilmu adalah penting bagi kita. Tak ada ilmu, walaupun cita-cita kita baik, cita-cita tu tak dapat kita perjuangkan. Ilmu menyuluh hidup dan perjuangan kita, samada menjadi panduan untuk baiki diri atau perjuangan kita atau ilmu itu kita jadikan panduan bila ada masalah. Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) Di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, kalau diibaratkan ilmu Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam ketika itu juga ada sepuluh. Sebab itu Islam ketika itu syumul dan terl

AGAMA KESELAMATAN.

ISLAM SELAMAT DAN MENYELAMATKAN. Dalam Al Quran, ada satu ayat yang berbunyi: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu masuk ke dalam Islam (keselamatan) secara menyeluruh (global)." (Al Baqarah: 208) Di dalam ayat ini, Tuhan memerintahkan manusia dengan perintah masuk ke dalam keselamatan (Islam), secara umum dan menyeluruh, iaitu bukan secara individu atau perseorangan. Masuk ke dalam keselamatan itu pula bukan separuh-separuh atau bukan di sesetengah aspek sahaja tetapi secara keseluruhan iaitu secara global. Dalam ayat ini Allah mengajar kita bahawa hidup ini mestilah bukan secara individu tetapi ada hubung kait dengan orang lain. Dalam memikirkan diri kita, fikirkan juga orang lain. Kita ada hubungan dengan orang lain dan orang lain juga ada hubungan dengan kita. Jadi manusia tidak boleh memikirkan dirinya sahaja. Tuhan mengajak kita masuk ke dalam keselamatan secara umum dan secara global. Jadi kalau ingin selamat, tentu kita harap agar ora

WATAK MELAYU LUNAK.

Empayar yang diterajui oleh Malaysia bahagian ( 11 ). Watak Melayu yang lunak, Logiknya manusia mudah berpadu dan bersatu. Setelah kita mengkaji kehidupan manusia serta dapatkan dibuktikan dan dirasakan oleh pengalaman hidup kita bahawa manusia itu terpaksa hidup perlu-memerlu satu sama lain, mengikut logiknya manusia mesti bersatu padu. Apabila bersatu padu tidak akan bergaduh, tidak akan berkrisis, tidak akan bersenget hati, tidak akan bermusuh-musuh, tidak akan jatuh-menjatuhkan, tidak akan berperang sesama sendiri, bahkan sepatutnya berkasih sayang. Dengan  itu manusia mudah mengendalikan urusan kehidupan satu sama lain. Tetapi realitinya tidak begitu. Manusia itu sentiasa saja berpecah-belah dan bermusuhan sekalipun di dalam satu etnik dan satu bangsa. Mengapa manusia tidak boleh berpadu dan bersatu? Walaupun manusia itu satu sama lain perlu-memerlukan, sandar-menyandar, lengkap-melengkapi, namun demikian payah manusia itu hendak disatukan. Mengapa? Kerana di dalam diri manu

FITRAH SUKA KEPADA KEBENARAN

Bosnia, kini berwajah baru. Dulu ia ibarat Palestin di Timur Jauh. Kosovo, negara Islam jajahan Soviet. Bahagian yang ke sepuluh. Empayar yang diterajui Malaysia sedang rancak dan terserlah peranannya dalam membela nasib negara umat Islam yang kurang bernasib baik. Tidak ada orang yang tidak suka kan kebenaran. Kebenaran adalah kehendak bersama atau milik bersama. Kebenaran itu mahal sebenarnya. Kebenaran itu hebat. Kebenaran itu ajaib. Kebenaran itu adalah sesuatu yang indah, tenang, menyenangkan, bahagia dan harmoni. Malaysia telah ada model kebenaran. Ianya sedang diperkenalkan diperingkat dunia. Contoh Malaysia begitu tegas pendiriannya terhadap isu pencerobohan Al Aqsa. Begitu juga berlaku pencabulan hak asasi kemanusiaan di Rohingya, Syria, Bosnia dan lain-lain negara yang dizalimi. Negara Malaysia terkehadapan dlm menegakkan perjuangan kebenaran tersebut. Begitulah sifat atau watak kebenaran. Jadi kalau begitu tentu semua orang mengkehendakinya. Semua bangsa, e

MALAYSIA JADI EMPAYAR ( 9 ).

MALAYSIA KEMBALI ISLAM. Bahagian ke 9 Malaysia menerajui empayar Islam. Amalan Islam di Malaysia itu dagang kerana kerana banyak negara umat Islam sudah tidak laksanakan Islam. Ia kembali kepada sifat Islam itu dagang dan akan kembali dagang.Islam itu datangnya membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga akan membawa perbezaan. Islam itu lain pada yang lain. Ketika awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari cara hidup orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman juga ia terpinggir. Cara hidup Islam yang sebenar jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di zaman jahiliah moden ini. Al-Quran itu dinamakan juga Al Furqan atau “yang membedakan”. Siapa yang mengamalkan Al Quran, maka cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan ajaran Al Quran, maka Islamnya tidak syumul. Sendi-sendi kehidupan umat Islam kini sudah terlalu banyak yang rosak. Sudah tidak kelihatan lagi ciri-

HADAPI MUSUH LAHIR

CARA HADAPI MUSUH. Rasa permusuhan orang-orang Barat dan azam mereka untuk rosakkan dan menjahanamkan Islam bukanlah perkara baru. Sebab itu  janganlah kita pandang ringan dan kecil. Ianya telah di ingatkan oleh Tuhan melalui Al Quran. Memang Islam tidak mengajar kita mencari musuh.Namun Allah melalui Al Quran dan Hadis telah memberitahu kita siapa musuh umat Islam   Saya masih teringat bagaimana Abuya mendidik  keluarganya dengan memulaukan budaya dan kehidupan yang di taja oleh yahudi.  Betapalah kalau kita sudah didedahkan dengan fakta yang nyata, ada NGO atau badan korporat yang terang-terangan menyokong dan menyumbang kepada yahudi untuk hancurkan Palestin. Kita masih lagi membeli makanannya. Sepatutnya umat Islam pulaukan makanan tersebut. Selain itu kita hadapi mereka seperti mereka hadapi kita. Mereka gunakan media, kita juga gunakan media. Mereka gunakan kebudayaan kita juga gunakan budaya, begitulah seterusnya. Pejuang-pejuang Islam khususny

PERJUANGAN ISLAM TULIN.

PERJUANGAN YANG TULIN. Mendapat bantuan ghaib Berlaku berbagai-bagai bantuan bagi mengatasi ujian-ujian tersebut contoh yang berlaku di peperangan Badar. Malaikat Jibril dengan perintah Allah azzah wajallah memegang peranan penting dalam peristiwa perang Badar, yang melibatkan kaum muslimin dan kaum kafir Quraisy. Bahkan Jibril boleh disebut sebagai panglima Badar karena pada waktu itu musuh kocar-kacil laru tunggang langgang. Sejarah mencatat bahwa perang Badar terjadi pada tanggal 17 ramadhan dua tahun setelah hijrah. Perang ini merupakan perang yang tidak seimbang kerana pada waktu itu jumlah kaum muslimin lebih kecil jika dibandingkan dengan kaum kafir Quraisy. Dari pihak kaum muslimin berjumlah kurang lebih 313 orang sedangkan dari pihak kafir Quraisy kurang lebih bejumlah 1000 orang. Jika dilihat dari segi jumlah dan berbagai peralatan perang maka kaum muslimin jauh dari kata seimbang jika dibandingkan dengan kaum kafir Quraisy.  Kemudian Rasulullah SAW berdoa dan me

PERANAN FITRAH

EMPAYAR IDAMAN. Empayar Islam yang diterajui oleh Malaysia bahagian ke 8. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia, lelaki ada rangsangan ingin perempuan dan perempuan juga ada rangsangan inginkan lelaki. Maka timbul perlu-memerlu satu sama lain. Seterusnya terjadilah perkahwinan dan pertemuan di antara dua keluarga. Fitrah semulajadi manusia ingin membangun dan maju, maka lahirlah perhubungan antara buruh dengan majikan. Majikan perlukan buruh, buruh pula perlukan majikan untuk dapat gaji. Manusia juga sukakan negara yang aman makmur, maka pemimpin perlukan kerjasama rakyat, dan rakyat juga perlukan pemimpin yang adil untuk mencapai hasrat. Tabiat semulajadi manusia ingin ilmu, maka timbullah cari guru dan orang yang memberi ilmu ingin pula memperpanjangkan ilmunya. Timbullah perlu-memerlukan satu sama lain. Telah menjadi tabiat semulajadi orang yang kuat dan pandai ingin jadi pemimpin, maka perlu pada pengikut dan orang yang lemah pula ingin perlindungan oleh seor

MAULID RASUL 1439.

KELUARGA ABUYA MENYAMBUT MAULID RASUL . Keluarga Abuya Imam Ashaari At Tamimi menjamu masyarakat sempena majlis Maulidurrasul 1439 . Jamuan tersebut dibuat di Sendayan Seremban Negeri Sembilan. Iaitu negeri kelahiran Abuya. Mari kita sama-sama sejenak meninjau sejarah Rasulullah sempena bulan  kelahiran Baginda SAW. Salah satu perayaan terbesar di Asia Tenggara adalah hari perayaan ulang tahun Nabi Muhammad SAW. Tanggal Maulid Nabi didasarkan pada kalender hijriyah. Di Asia Tenggara, umat Islam merayakan Maulid Nabi pada hari ke 12  bulan  Islam Rabiul-awal yang ketiga. Rasulullah adalah manusia luar biasa, istimewa dan agung. Rasulullah tidak sekolah. Kalaulah Rasulullah sekolah tinggi ke Mesir atau ke Jordan tidak nampak agungnya. Memanglah hasil sekolah jadi pandai itu perkara biasa, tapi Rasulullah itu tidak sekolah. Sudahlah tidak sekolah, waktu itu  Rasulullah wajib memimpin bangsa yang tidak sekolah yang mereka hanya tahu kambing dan unta sahaja iaitu orang Arab. Pakaian mer

SOLIDARITI DALAM ISLAM IALAH IKATAN IMAN.

IMAN KUATKAN UKHWAH. KUALA LUMPUR: Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis esok adalah lambang solidariti rakyat Malaysia secara aman bagi memberi sokongan terhadap rakyat Palestin. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha, berkata ia juga untuk menunjukkan protes terhadap cadangan Baitulmaqdis dijadikan sebagai ibu negara Israel. Justeru, beliau mengajak orang ramai untuk hadir ke perhimpunan yang akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya, bermula jam 12 tengah hari hingga 3 Petang, esok bagi menyemarakkan lagi semangat dalam memberi sokongan terhadap isu Baitulmaqdis. Malaysia sudah dikenali pendiriannya terhadap Baitul Maqdis sangat jelas. Malaysia menjadi negara paling hadapan dalam membela nasib umat Islam Palestin, Rohingya dan sebelum ini membela rakyat Islam Bosnia. Apabila aqidah atau iman itu dan syariat begitu kuat dan teguh mengikat di kalangan anggota parti atau jemaah atau satu masyarakat di waktu itu akan terjadilah di kal