Langkau ke kandungan utama

AL-MAHDI KEMBALIKAN AQSA.

MUJADDID HADAPI ISRAEL

Siapakah itu Mujaddid dan apa peranan mereka?
Kalau kita faham, persoalan Mujaddid ini amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid.Malang nya termasuk para ulama turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah di sentuh .

Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. MUJADDID, Pemimpin Kebenaran Pewaris Rasul : Khazanah Yang Sudah Lama Dilupakan Umat Islam

Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau perananya kecil sahaja.

Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa. Mengapa Yahudi berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid? 

Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta Mujaddid juga yang bakal  mengalahkan Yahudi. 

Sebagai contoh, mana ada dikalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mujaddid yang lalu. Kalau ada pun kisah hidup Mujaddid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta sejarah tetapi bukan falsafah disebalik sejarah dan peribadi mereka.

Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti, cukup sekadar menyebut nama Mujaddid terdahulu.
Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola.

Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang. Sebelum kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. 

Termasuk para ulama. Bahkan melalui ulama Yahudi berjaya mengajarkan bahawa asal saja disebut Mujaddid akan cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan Mujaddid. Sekaligus hilang kekuatan umat Islam.

Siapa itu Mujaddid?

Hadis Rasulullah ada menyebut lebih kurang maksudnya, ‘Akan lahir setiap awal kurun seorang yang akan membaharui agama.’ Membaharui agama itulah Mujaddid, bukan membawa agama baru tetapi mentajdid atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam dizaman itu dapat merasakan roh Islam itu seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan, teknik, uslub yang dibawa Mujaddid tidak sama dengan ulama sezaman. Mereka adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul, pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat berjaya dalam memimpin roh manusia.

Seorang Mujaddid telah muncul diawal kurun ini. Hanya tidak diketahui siapa orangnya. Kemungkinan besar ini adalah Mujaddid terakhir menjelang kiamat.
Perjuangan  Al Mahdi inilah bakal mengambil alih semula Baitul Muqaddis setelah terlebih dahulu ditawan sepenuhnya oleh Israel. Banyak hadis-hadis mengenai Mujaddid

 
Di kalangan Mujaddid hanya dua orang sahaja yang diberi keistimewaan kuasa pemerintahan iaitu Umar Ibnu Abd Aziz, selaku Mujaddid pertama di kurun kedua dan Mujaddid  di kurun ke 15 ini. Peranan Mujaddid ini amat besar kerana dizamannya umat Islam menghadapi berbagai masalah. Seolah-olah seluruh masalah dizaman Mujaddid terdahulu semuanya terhimpun dizaman Mujaddid Akhir ini. Oleh itu Mujaddid ini diberi kelebihan untuk mampu mengatasi semua masaalah yang banyak serta berbagai jenis itu.

 
Mengapa Yahudi takut dan berusaha memusnahkan Mujaddid ini namun gagal?

Yahudi gagal memusnahkan Mujaddid kerana atas faktor janji Tuhan. Kalau bukan atas faktor janji Tuhan semasa diawal perjuanganya sudah dimusnahkan. Namun Tuhan membela biarpun Yahudi usahakan melalui berbagai cara. Hasil dari kegagalan usaha untuk memusnahkan Mujaddid itu, membuatkan Yahudi semakin yakin terhadap Mujaddid serta yakin akan kekalahan dipihak mereka. Yang tidak yakin hanyalah umat Islam. Para ulama turut menyumbang dalam menjadikan umat Islam ragu terhadap Mujaddid Mujaddid ini. Secara licik Yahudi melahirkan Al Mahdi palsu sebagai mana liciknya Yahudi melahirkan Mustapha Kamal Atatturk yang maha zalim itu. Hingga natijah dari ramainya Al Mahdi palsu maka Al Mahdi sebenarnya pun turut ditolak oleh umat Islam. Namun atas faktor janji Tuhan maka  Al Mahdi tetap muncul dan bakal menguasai dunia sekaligus mengalahkan Yahudi. Dan mengembalikan Al Aqsa.

 
Mengetahui situasi inilah maka Yahudi amat takut kepada tokoh simpanan Allah dizaman ini. Kerana melalui pimpinan Al Mahdi inilah umat Islam akan membangunkan empayar kali kedua. Bumi penuh dengan keadilan, kemakmuran, aman dan sejahtera setelah menamatkan cengkaman angkara kezaliman Yahudi. Kepada pimpinan inilah sumber kekuatan umat Islam yang bukan kekuatan lahiriah tetapi kekuatan rohaniah, karamah atau bantuan Allah. Cuba kita renungkan sejenak, Yahudi ada tempat bersandar kekuatan iaitu Amerika dan Presiden Amerika, dipihak umat Islam mahu bersandar kepada siapa? Mana pemimpin dan negara sandaran bagi umat Islam? Semuanya sudah djinakkan oleh Yahudi semenjak ratusan tahun yang lalu melalui berbagai cara terutamanya sistem ideologi yang sangat terpisah dari Tuhan.

Akibatnya iman, taqwa, perpaduan dan syariat Tuhan amat terpinggir dari kehidupan umat Islam. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam menghadapi kekuatan Yahudi. Ramainya jumlah umat Islam, minyak, kuasa beli, sumber asli semuanya tidak menjadi kekuatan untuk menentang Yahudi kerana tiada pemimpin, tiada iman,tiada taqwa dan tiada perpaduan. Lebih-lebih lagi amat jauh dari bantuan dan pertolongan Allah swt yang merupakan sumber kekuatan paling utama. Semua kekuatan itu, yakni bantuan dan pertolongan Allah, pemimpin, iman, taqwa dan perpaduan hanya akan dikembalikan oleh Al Mahdi, tokoh yang amat ditakuti juga amat dimusuhi oleh Yahudi. Bani Israel sudah pernah membunuh para Nabi. Maka tidak hairan mereka juga mahu membunuh Imam Al Mahdi .

 
Malang sungguh umat Islam termasuk ulama kerana turut sama memusuhi tokoh yang bakal menyelamatkan seluruh umat Islam. Kalau beginilah sikap umat Islam, kita sama-sama lihat Yahudi akan terus mengganas tanpa ada kuasa dunia dapat menghalangnya termasuk PBB. Semoga kita juga berusia panjang agar dapat melihat kebesaran Allah melalui Al Mahdi dan kebenaran Islam. Juga agar kita dapat melihat pengganas Zionis akan musnah dan akhirnya terbukti Zionis adalah pengganas. Seluruh dunia akan berkata yang sebenar-benarnya pengganas ialah Zionis Israel.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N