Langkau ke kandungan utama

LANGKAH TIMUR

PERSIAPAN TIMUR.

Malaysia kini terserlah di mata dunia. Syiar Islam di Malaysia terserlah. Malaysia adalah tapak kebangkitan Islam di Timur. Apa yang ada di Amerika ada di Malaysia. Namun apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika iaitu kemeriahan syiar Islam.
Mari kita muhasabah diri. Apakah perjalanan dan langkah-langkah kita selari dengan kebenaran yang telah Abuya perjuangan. Iaitu tepat
dengan langkah-langkah kebenaran yang telah Abuya bekalkan kepada kita.
1. Ujian untuk orang mukmin.
Allah sengaja menguji hamba-hamba-Nya yang memperjuangkan agama-Nya dengan tujuan-tujuan baik.
Maksud firman Allah:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:( Al-Baqarah 2:155).
Nampaknya untuk menjadi calon Ikhwan teruk diuji. Sejal awal-awal lagi terlibat dengan kebenaran hinggalah ke akhir hayat, masyaallah! . Ujian makin besar nampak nya.Sengaja Allah biarkan musuh-musuh lahir kita menyakitkan kita. Mereka menuduh, memfitnah, menekan,memboikot, haramkan, menarik hak-hak
asasi,menutup pintu rezeki dan entah apa lagi nanti!
Tetapi alhamdulillah, Allah buatkan pula kita selamat dari ujian ujian itu. Kalaulah kita tewas oleh perbuatan musuh, ertinya kita tak dapat menepati Sunnah.
TIMUR ADA TEAM BERKASIH SAYANG.
"Kasih sayang adalah keperluan asas manusia yang bersifat rohani. Apabila
manusia tidak mendapatkan nya, maka jiwa derita, hilanglah kebahagian. Diantara wadah untuk mencetuskan kasih sayang adalah keluarga, masyarakat, dan seterusnya negara dan empayar."
Bahawa demi mendaulatkan hak untuk membela Allah dan Rasulullah, maka cita-cita tersebut memerlukan persiapan dan langkah-langkah yang tepat. Pertama
mendapatkan ilmu yang
asas iaitu fardhu ain tiga serangkai ( Tauhid,Feqah dan Tasawuf ).

Kedua ada team yang ada cita-cita yang sama. Ketiga memiliki falsafah yang sama untuk menjayakan atas dasar taqwa. Keempat selari berdepan dengan musuh. Kelima mempunyai mursyid dan ke enam berdoa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...