Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN ISLAM KE 2.

Kebangkitan Islam pertama
menyaksikan kota Paris dan London masih tidak berturap dan dipenuhi lumpur disetiap  lorong dan jalan rayanya. malah tidak mempunyai lampu jalan yang menerangi kotanya pada waktu malam. Kota-kota di Andalusia mendahului kedua kota tersebut seawal 3 abad dengan jalan yang berturap batu serta laluan air dan lampu-lampu jalan yang dipasang sepanjang malam. Infrastruktur yang maju ini dilakarkan oleh Ibn Hayyan tentang kota Cordoba.

Ketika kita menyaksikan dunia Barat begitu maju seperti kota Paris dan London, Abuya terus mengingatkan kita dunia Barat di ambang maut.Kata Abuya "Sejarah adalah guru yang terbaik." Perjuangan Bani Osmaniah telah menjadi bahan sejarah. Bani Osmaniah menjadi panduan praktikal kepada umat Islam sekarang. Ianya bermula dari sebuah Bani atau sebuah institusi keluarga. Berkembang dengan pesat dan menjadi payung kepada bani-bani yang lain. Pengaruhnya terus berkembang dan akhirnya banyak bangsa dari benua-benua yang ada bernaung di bawahnya.

Abuya Imam Ashaari At Tamimi,ada memberikan garis panduan yang jelas untuk perjuangkan kebenaran. Iaitu menanamkan cita-cita Islam.
Berjuang ke satu arah tujuan dan matlamat iaitu mendapatkan redha Allah SWT. Berada di bawah satu kepimpinan atau di bawah seorang pemimpin sama ada pemimpin itu ditunjuk oleh Tuhan ataupun tidak. Pemimpin tersebut telah melahirkan panduan dari sumber yang satu iaitu dari pemimpin di dalam jemaah tersebut. Ilmunya pula mencakup pelbagai aspek ilmu untuk membangunkan berbagai-bagai sistem dalam daulah dengan tujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT. Itulah dia kepimpinan daulah Islamiah.

Malaysia akan melakar sejarah sebuah model daulah Islam.Pertolongan dan bantuan yang Tuhan bagi ke atas individu yang bertaqwa mudah dilihat dan dikesan. Tetapi pertolongan dan bantuan yang Tuhan bagi di atas dasar sebuah daulah sukar hendak di kesan. Ini kerana pertolongan dan bantuan Tuhan itu dirata dan dipelbagaikan. Ada ahli masyarakat yang dijadikan kaya, ada yang diberi ilmu. Ada yang penyantun dan berkasih sayang. Ada yang pandai membuat perhubungan. Ada yang pandai mendidik. Ada yang pandai mentadbir dan sebagainya. Seperti juga di dalam sesebuah masyarakat, akan berlaku saling bantu membantu, kuat menguat dan perlu memerlukan.

Firman Tuhan : 
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.( Al- An'aam: 153 ).

Kebangkitan Islam akan berlaku sekali lagi tapaknya di Timur iaitu Malaysia.
Daulah Islamiah adalah sebuah wadah umat Islam untuk kebangkitan Islam kali kedua. Bangsa Melayu atas nama Islam akan menerajui kebangkitan Islam sekali lagi. Bangsa-bangsa lain atas nama Islam telah menerima giliran menerajui empayar.

Kini Malaysia menjadi perhatian dunia. Negara-negara umat Islam dalam OIC menjadikan Malaysia sebagai rujukan. Mereka menjadi model dan ikon kemajuan dunia serta sumber inspirasi di abad ini.
Di era kebangkitan Islam, musuh-musuh Islam merancang dan mengatur stratigi untuk hancurkan Islam tetapi tak menjadi bahkan senjata makan tuan.

Pembentukan Daulah Islamiah dengan asas kekuatan dakwah dan tarbiah  telah menjadikan mereka sebagai satu pasukan pendakwah elit yang terlatih, berdisiplin, bersemangat, memiliki keberanian dan ketangkasan yang tiada taranya.Malahan semangat dakwah mereka mampu merubah satu bangsa Melayu yang dikenali dengan pemalas menjadi sebuah pembangun daulah yang amat berwebawa dan di segani oleh umat Islam di tempat lain.

Pada ketika itu tema utama yang diperjuangkan keluarga Bani Osmani bersama pengikut-pengikutnya ialah “Kembali kepada  membenarkan janji Allah" dan yang menonjol ialah berpakaian menutup aurat, menghidupkan suasana Islam di semua peringkat, bermula dari keluarga, negara dan seterusnya di peringkat empayar mengikut Syariat Islam.

Bersama dengan arus kebangkitan dan kesedaran Islam yang diperjuangkan
melalui dakwah, Malaysia tertonjol amalan Islamnya.
Pengaruh Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam semakin meluas.Tidak dinafikan aspek kekuatan lahiriah dan rohaniah sangat penting untuk berlaku-nya keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lainnya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N