Langkau ke kandungan utama

PENDIDIKAN ROHANI.

PERANAN MURSYID?

Mursyid dan Mujaddid ada perbezaan. Peranan mereka juga berbeza. Mursyid ada ramai disetiap masa. Mujaddid pula hanya seorang pada satu-satu masa. Peranan mursyid hanya mentarbiah roh muridnya sahaja.

Apakah itu tarbiyah rohiah?
Kalau kita faham, persoalan tarbiyah rohiah ini amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu pentingnya tarbiyah rohiah. Atau pembinaan rohani.

Malang nya orang atasan turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang  pembinaan insan, masih hal- hal yang  dilihat oleh mata kasar. Hal dalaman jiwa tidak sikit pun pernah di sentuh .

Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. Mursyid  adalah ulama yg memimpin Kebenaran. Mereka benar-benar mewarisi kepimpinan Rasul : Khazanah Yang Sudah Lama Dilupakan Umat Islam mereka sangat mendidik roh manusia. Kerana hal-hal roh sangat halus. Hanya mursyid sahaja yang faham. Sebab itu kita perlukan sentuhan didikan mereka.

Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mursyid bahkan mereka dituduh sesat. Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mursyid tidak ada apa-apa peranan bahkan berjaya menanamkan mursyid adalah kelompok yang menyesatkan manusia.

Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan lahir sahaja. Mereka digambarkan sebagai pendidik masyarakat Islam yang berjasa. Mengapa Yahudi berjaya menutup peranan Mursyid?

Kerana Yahudi tahu bahawa Mursyid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta mereka juga yang bakal  mengalahkan Yahudi. 

Sebagai contoh, mana ada dikalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mursyid yang lalu. Kalau ada pun kisah hidup Mursyid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta sejarah tetapi bukan falsafah disebalik sejarah dan peribadi mereka.

Adakah kita benar-benar menghayati dan menerima perjuangan dan didikan mursyid. Mereka bukan sahaja mendidik dan memimpin tetapi ramai pengikut dan anak muridnya.
Mereka ada model untuk
diikut dan ditiru.

Mereka ulama yang berwebawa
di zamannya. Bahkan pemimpin negara dimana mereka berada sangat tercabar ketokohan mereka. Ulama kepimpinan mursyid di Mesir seperti
Syeikh Hasan Al Banna. Syed Badiuzzaman Nursi dan guru-guru mursyid daripada tarikat-tarikat yang benar.

Perbezaan kepimpinan mujaddid dengan guru mursyid ialah saiz kepimpinan mereka. Kalau
Mujaddid diawal setiap kurun
manakala guru mursyid hanya kepada murid-muridnya sahaja. Selain itu mujaddid mampu berijtihad sedangkan guru mursyid bersandar kepada mana- mana mujaddid. Sementara guru mursyid tidak ada disebut didalam hadis.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...