Langkau ke kandungan utama

ROH IBARAT INJIN KENDERAAN.

MALAYSIA PENERAJU EMPAYAR (Bah 4).


Roh di ibaratkan injin kenderaan. Apabila injin baik ia mampu menggerakkan kenderaan dan ia dapat di manfaatkan. Kenderaan  tersebut dapat mengangkut  manusia dan barang. Tapi kalau kenderaan tersebut tidak ada injin ia tak dapat digunakan sekalipun body kenderaan tersebut cantik.


Empayar kalau di ibarat sebuah kenderaan, ia perlukan injin. Injin kepada sebuah empayar adalah pemimpinnya dan dibantu oleh jentera penggeraknya. Ertinya soal pembinaan insan adalah penting kerana hendak menggerakkan injin empayar. Iaitu manusianya yang terpenting kepimpinan dan team nya.


Sebab itu Allah datangkan Rasul untuk memimpin manusia. Barulah terbangun roh manusia. Tetapi untuk membangunkan bangunan tak perlu didatangkan nabi atau rasul. Ketika tak ada rasul didatangkan mujaddid.
Mujaddid didatangkan setiap 100 tahun sekali. Iaitu setiap diawal kurun.


Untuk membangunkan insan
manusia perlukan ilmu dan panduan. Bagi rasul Allah berikan wahyu untuk panduan kepada manusia. Bagi Mujaddid juga Tuhan bekalkan ilmu yang disebut ilmu laduni. Selain itu tugas pembangunan insaniah ada
lah 24 jam. Ertinya manusia perlukan pimpinan sepanjang umur hidupnya. Panduan dan tindakan ada lah bersepadu. Atau ilmu dan amal bukan perkara 
yang terasing. Apabila kita hendak beribadah perlukan ilmu tentang ibadah tersebut. 


Contoh ilmu feqah, ketika kita hendak amalkannya adalah serentak. Ilmu tentang solat atau sembahyang, supaya solat itu sah perlukan ilmunya untuk pastikan sah atau batal solat tersebut. 
Pendidikan menentukan corak hidup masyarakat pada hari depan. Kalau sistem pendidikan yang di lagang itu tidak menepati tuntutan Allah dan Rasul, erti nya akan lahirlah nanti rumpun masyarakat yang tingkah laku sehariannya tak tepat dengan kehendak Allah dan Rasul. Lantas secara jujur kita katakan bahawa pendidikan tersebut tidak berjaya sebenarnya. 


Walau pun intitusi pendidikan tersebut telah lahirkan para graduan dan cerdik pandai
mengepit sijil bergulung-gulung.
Untuk Malaysia boleh memainkan peranannya dengan cemerlang, perlukan jentera insaniah yang dibina.Malaysia berkesan mainkan
peranannya di peringkat antarabangsa perlukan jentera manusia yang terlatih dan terbina rohnya.
  

Umat manusia di dunia hari ini sedang berhadapan dengan berbagai krisis yang sangat membahayakan kehidupan manusia :krisis, politik,sosial, ekonomi, moral, pendidikan, kemanusiaan dan berbagai macam krisis lainnya. Terjadi perselisihan,
penzaliman, pembunuhan dan peperangan yang menyebabkan pertumpahan darah.


Masyarakat hidup mengikuti nafsunya masing-masing. Yang kaya menderita, susah hati dalam menjaga dan menambah kekayaan nya, yang miskin tidak sabar, susah hati karena tak memiliki harta dan melihat si kaya dengan penuh cemburu. Pergolakan politik di kalangan elit tidak pernah berhenti laksana air laut yang senantiasa bergolak, saling jatuh-menjatuhkan perkara biasa, berebut jawatan mengorbankan nyawa, muda-mudi hidup berfoya-foya dan terlibat dadah, maksiat di mana-mana, jenayah tidak berhenti, ibarat air sungai yang mengalir setiap waktu.


Manusia hidup dalam kesusahan dan penderitaan. Jiwa-jiwa masyarakat tidak tenang, mereka bagai hidup dalam neraka dunia.
Krisis yang sangat membahayakan seperti yang dialami umat manusia sekarang ini pernah terjadi dalam sejarah kehidupan manusia dan Al Qur’an memberikan contoh
jalan keluarnya. Jalan penyelesaian untuk keluar dari krisis multidimensi yang sangat berbahaya bagi umat manusia di dunia dan akhirat ini adalah dengan kembali dan merujuk kepada Tuhan melalui ‘wakilNya’ di muka bumi. 


Di zaman ketika masih ada Nabi dan Rasul, manusia merujuk kepada para nabi dan Rasul utusan Tuhan. Ketika kenabian sudah ditutup dengan kedatangan Rasulullah SAW, manusia diminta bertanya kepada para ulama yang haq, ulama pewaris nabi.
Bagi menyelamatkan umat islam, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, setiap awal kurun, Allah kirimkan kepada umat Islam ini ulama besar yang bertaraf mujaddid (pembaharu). 


Rasulullah saw pernah bersabda :
Terjemahannya: “Sesungguh nya ALLAH akan mengutus pada umat Nabi Muhammad SAW ini,
 setiap awal 100 tahun seorang mujaddid yang membaharui urusan agama nya."  Jadi bersasarkan hadis ini jelas di setiap awal kurun (100 tahun), ALLAH lahirkan seorang mujaddid.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N