Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN YANG AJAIB.

KEBANGKITAN KEDUA DENGAN KEAJAIBAN.

Maksud firman Tuhan:

Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," (Al-Imran 3:124).

Maksud firman Tuhan:

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.” Al-Imran: 125


Dari ayat Quran diatas, dijelaskan bagaimana Tuhan membantu tentera Islam. Sepertimana Tuhan berikan bantuan kepada kebangkitan Islam yang pertama, begitulah Tuhan akan lakukan kepada kebangkitan Islam ke dua. Bagi orang Islam yang beriman, mereka sangat yakin dan berpegang kepada bantuan ghaib. Bahkan salah satu syarat kebenaran itu ialah berlaku padanya 'Khawariqul 'Adah'. Khawariqul 'Adah yang paling besar ialah bantuan dari alam ghaib.


Bantuan ghaib diturunkan bertujuan selain membantu pasukan Islam memerangi musuh, Tuhan hendak mententeramkan hati pasukan Islam supaya tenang di dalam kesusahan dan kesulitan.

Bantuan-bantuan yang diturunkan itu pelbagai bentuknya. Contoh, diturunkan malaikat membantu tentera Islam bukan sekadar membunuh, tetapi apa yang lebih besar ialah memainkan hati-hati musuh supaya di kalangan mereka ada yang ketakutan, kebingungan, kehairanan, bahkan yang lebih besar lagi hati mereka diikat dengan kebenaran. Maka tak hairanlah jika ramai pasukan musuh masuk Islam, kerana itulah bentuk bantuan-bantuan yang Tuhan datangkan.

Antara bantuan ghaib lagi ialah, Tuhan datangkan bencana alam sebagai membantu kerja-kerja pejuang Islam. Bentuk-bentuknya tak sama dan kesannya juga berbeza. Tsunami yang melanda Aceh, nyata menyelamatkan walaupun jutaan nyawa melayang. Sebelum dilanda tsunami, Aceh berperang sesama sendiri. Kalau sebelum ni berperang sesama sendiri, dua-dua tempatnya di neraka. Datang tsunami mengorbankan ramai nyawa, tapi semua yang terkorban selamat. Mati lemas, mati dihempas, di sisi Tuhan adalah syahid. Inilah rahmat besar dari Tuhan. Sekarang ianya tidak lagi berlaku. Bahkan Aceh selepas tsunami lebih baik daripada sebelumnya. 

Berlainan dengan Taufan Sandy yang melanda Amerika, datangnya tidak mengambil banyak nyawa tetapi membuatkan Amerika lumpuh dan takkan bangun lagi! Amerika sekarang ialah sebuah negara yang tiada nilai apa-apa. Terhina dengan kedatangan Sandy!

Kini, barat ternyata di dalam sakaratul maut! Betullah apa yang dituliskan Abuya di dalam buku 'Barat Di Ambang Maut' yang ditulis 20 tahun sudah. Sekarang ianya betul-betul terjadi. Umat Islam tak perlu susah-susah angkat senjata, tapi cukup didatangkan air, api, angin, taufan, gempa bumi, dan 1001 macam lagi bencana Tuhan yang cukup membuatkan musuh-musuh Islam tersungkur. 

Jika para sahabat menyaksikan kejatuhan dua kuasa besar ketika itu, iaitu Rom dan Parsi, kini generasi kita menyaksikan bagaimana jatuhnya empayar Soviet dan Amerika. Jatuhnya terhina, bukan oleh siapa-siapa. Di saat mereka punya segala kekuatan lahiriah, di masa itulah mereka dikalahkan dengan kuasa Tuhan yang Maha Hebatnya.

Kita sebagai umat Islam, diajak sekali bersama-sama menjayakan kebangkitan Islam kali ke dua ini. Kita diajak bersama untuk menyertai para malaikat di dalam misi besar ini. Apa yang perlu kita lakukan? Kita diajak untuk sama-sama menjadi IKHWAN atau ASOIB yang telah disabdakan Baginda Rasul SAW. IKHWAN dan ASOIB ini kerjanya membangunkan Islam dengan harta mereka, tenaga mereka, bahkan dengan jiwa dan nyawamereka gadaikan untuk Islam! Maka bagi umat Islam yang mahu turut serta di kebangkitan Islam kali ini, inilah caranya. 

Bersama-sama berjuang, berkorban habis-habisan, wang ringgit, tenaga, masa, jiwa dan raga, bahkan nyawa sekalipun untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Besarnya jasa-jasa mereka yang terlibat sama. Di sisi Tuhan, mereka orang yang luar biasa.

Kita diajak bangunkan Islam, musuh-musuh Islam nanti Tuhanlah yang akan selesaikan mereka. Itu sebagai balasan kepada kerja-kerja yang kita lakukan. Kita korbankan apa yang ada pada kita, balasannya musuh-musuh Islam Tuhan yang akan hina mereka. Bukanlah kita yang akan menewaskan musuh tapi Tuhanlah yang akan buatkan. Kita hanya membangunkan Islam sebagai bayarannya sahaja.

Share on:
         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N