Langkau ke kandungan utama

PEMBANGUNAN INSANIAH ( TAQWA ).

TAKRIF TAQWA

Abuya mendidik keluarga dan anak muridnya mementing kan pembangunan insan. Yang dimaksudkan pembangunan insan ialah manusia itu di bawa bersandar dengan Tuhan. Kita yakinkan manusia supaya berlindung dengan Tuhan. Tuhan adalah segala-segalanya.
Kepada Tuhan tempat kita bernaung. Kepada Tuhan tempat kita meminta tolong. Kepada Tuhan kita menyembah. Kepada Tuhan kita mengadu dan merintih.
Tuhan suka mendengar rintihan hambanya.
Kita mulakan apa-apa pun dengan ingat kepada Tuhan. Sebab itu dalam feqah kita mulakan sesuatu perkara atau pekerjaan dengan nama Tuhan. Iaitu ( بسم الله الرحمان الرحيم ). Bismillah hirrahma nirrahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
Taqwa berasal dari bahasa Arab. (  وقى يقى وقاية ) perkataan waqa-yaqi-wiqoyah yang artinya memelihara .Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka." (At Tahrim: 6)
Taqwa artinya adalah dipelihara dan dilindungi oleh Allah. Taqwa bukan berarti takut. Taqwa pada Tuhan bukan berarti takut pada Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah (sifat baik) yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi takut bukanlah taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.
Usaha untuk menjadi orang bertaqwa ertinya adalah menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng. Usaha untuk itu adalah dengan melaksanakan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah baik lahir maupun batin.

Dengan kata lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpulkan dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung.
Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa. Contoh dalam perniagaan kita jadikan Tuhan adalah modal untuk menjayakan apa yang kita lagang. Bahkan apa sahaja yang hendak kita lakukan, jadikanlah Tuhan segala-galanya.
Di akhir zaman Rasulullah telah memberitahu, manusia menjadikan duit sebagai agama mereka.

Kurang sifat mahmudah akibat kurang ilmu tentang hal-hal yang berkaitan dengan hati, kurang tarbiah dan pimpinan.Umat Islam di tuntut mempunyai ilmu tentang hati, tapi lemah mujahadah kerana lemah iman.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...