Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA PENERAJU EMPAYAR ISLAM BARU.

10 Hujah Malaysia boleh jadi peneraju empayar Islam. Perjuangan kasih sayang antara manusia anak kunci perpaduan dikalangan manusia.

Pertama: Rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama namun hidup aman dan harmoni. Berlaku jurang perkauman antara etnik
yang besar, Melayu, Cina
dan India.

Berkat kebangkitan Islam kini berbilang etnik dan berbeza agama tidak menjadi halangan untuk rakyat hidup aman dan harmoni.

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah kemuncak masaalah perpaduan kaum di Malaysia.  rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Penulis ketika itu tinggal bersama Keluarga di Kampung Datuk Keramat Dalam berdekatan dengan kem tentera di Jalan Gerney.
Ketika kejadian kami diarahkan berpindah ke kem tentera di belakang eumah tersebut.

Dengan kejadian tersebut rakyat Malaysia banyak belajar dan ambil iktibar. Pengalaman hitam tersebut menjadikan rakyat berbilang kaum sedar dan insaf.

Itulah bukti yang menjadikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berubah sikap kepada positif.Kesan nya pada hari ini rakyat Malaysia berbilang kaum boleh hidup harmoni. Rakyat berbilang bangsa boleh hidup bertolak ansur antara etnik yang besar, Melayu Cina dan India.

Ianya tidak berlaku di tempat lain. Contoh di Eropah Timur berlaku peperangan etnik. Contoh di Bosnia berlaku penghapusan etnik. Serbia memerangi etnik Bosnia.Terkini sedang berlaku sekarang perang etnik di Myanmar.

Perang saudara ialah perang antara dua kumpulan teratur dalam satu negara. Perang ini kebanyakannya disebabkan oleh pergolakan politik.

Matlamat satu pihak adalah bagi mengambil alih kuasa negara atau pun wilayah, bagi mencapai kemerdekaan sesuatu wilayah, atau bagi menukar polisi kerajaan.

 Ia merupakan konflik amat ganas, sering kali membabit kan tentera tetap, yang dikekalkan, disusun dan berskala besar. Perang saudara seringkali menghasilkan jumlah besar korban dan memakan sejumlah besar sumber.
Perang saudara sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Begitu juga berkaku di Timur Tengah, Perang saudara. Yaman dengan Saudi. Peperangan Syria dengan Saudi. Di Sudan juga berlaku perang saudara.

Jurang masyarakat tidak ketara antara kaya dengan miskin. Contoh kehidupan rakyat Malaysia tidak ada jurang yang ketara daripada gaya kehidupan. Walaupun ada yang terlalu kaya tetapi rakyat umum  tidak ada yang kebuluran.

Dibandingkan sesetengah negara umat Islam yang lain jurang kehidupan rakyat terlalu ketara. Seperti di Pakistan yang kaya terlalu kaya dan yang susah ada yang kebuluran.

Bahkan ada yang tinggal dibawah jambatan. Pada tahun  awal tujuh puluhan ada berlaku kebuluran antaranya di daerah Baling, Kedah di Utara Malaysia.

Apabila Islam di perjuangkan
dengan pendekatan kasih sayang, ia diterima oleh pelbagai negara, etnik dan agama. Inilah pengalaman yang diterima oleh Abuya Imam Ashaari di Manila dikalangan penganut agama Kristian. Bahkan pendukung kuat gereja mengucap terima kasih kepada Abuya kerana berjaya mendidik cicunya dengan Islam. Setelah memeluk agama Islam di tangan Abuya cucunya berubah 360 darjah.

"Kasih sayang sesama manusia.Kalau mahu kekal, hubungan cinta Allah kenalah jaga.Kasih sayang yang begini, ia adalah sejati.
Sampai ke mati.

Kasih sayang yang tidak di ikat dengan cinta Allah.
Biasanya tidakkan kekal.
Tidak sampai kemana.
Jika pun kekal kerana keadaan yang memaksa.
Tapi indahnya tiada.

Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...