Langkau ke kandungan utama

DUNIA ADALAH NAJIS UNTUK MEMBAJA POKOK AKHIRAT.

DUNIA ADALAH NAJIS UNTUK MEMBAJA POKOK AKHIRAT



Takrif Dunia:

Menurut bahasa dalam kamus besar dewan Arab-Melayu, dunia: Yang dekat. Dunia yang ada kini ;هو يعيش في دنيا الأحلام 
Maksudnya, dia hidup dalam dunia mimpi.
Menurut Kamus Arab-Melayu Profesor Doktor Haji Mahmud Yunus: دنيا (dunia lawan akhirat).
Firman Allah:
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ .
Maksudnya:
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (Ibrahim, 14:24).


     Ibarat menanam pokok Akhirat ialah mengusahakan taqwa di dunia ini. Taqwa itu ada benihnya. Untuk ia memberi manfaat dan kebaikan, benih taqwa itu mesti ditanam hingga ia tumbuh menjadi pokok yang ada batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan akhir sekali buahnya. Buah taqwa itulah hasil yang boleh dinikmati di dunia dan di Akhirat. Kalau benih taqwa itu disimpan dan tidak ditanam maka ia tidak akan tumbuh. Maka tidak akan ada hasil atau buahnya untuk dinikmati. Benih akan hanya tinggal benih. Benih tidak akan berguna kepada sesiapa kalau ia tidak ditanam dan tidak tumbuh hingga mengeluarkan buah. Begitu juga kalau benih itu ditanam di tempat yang salah seperti di tanah yang tidak subur, di tanah berlumpur, di tanah berpasir atau berbatu. Pokoknya tidak akan tumbuh. Kalau tumbuh pun, ia tidak akan subur dan tidak akan menghasilkan buah.
   Dunia di ibaratkan seperti bangkai. Dalam hukum feqah bangkai adalah najis. Baja organik ialah baja yang terhasil dari najis ayam / kambing / lembu dan lain-lain haiwan termasuk manusia. Ada juga yang terhasil dari reputan tumbuhan dan tulang – dipanggil baja kompos . Baja kompos sangat baik untuk pokok. Dunia juga di ibaratkan tempat bercucuk tanam. Hasilnya akan di petik dan di makan di Akhirat. Dunia ibarat najis maka kita jadikan ianya baja maknawiah untuk menyuburkan pokok Akhirat.
      Pada kebangkitan pertama Para salafussoleh sangat merindukan kehidupan Akhirat. Kerana jiwa, roh atau hati mereka hidup. Jiwa, roh atau hati mereka dikenalkan kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, yaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah. Orang yang rindu kehidupan Akhirat.
Firman Allah:
وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ.
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
(Al-Munafiqun,63:10).
     Dunia adalah najis dijadikan baja untuk ladang akhirat. Ini bererti dunia dan akhirat bukanlah dua perkara yang terpisah, melainkan suatu proses yang berkesinambungan, yang awalnya ialah dunia dan yang akhirnya ialah akhirat. Hubungan di antara keduanya adalah seperti menanam dan menuai. Kita membajak tanah, menanam benih, mengairinya, lalu menjaga tanaman kita sehingga sampai waktu tanaman itu untuk dituai. Kemudian setelah menuainya kita akan memakan hasilnya sepanjang tahun.
                                                   الدُّنْيَا مَزْرَعَةُ الآخِرَةِ
Magksudnya: Dunia adalah ladang untuk akhirat.
Imam al-Ghazali menyatakan kalimat itu sebagai hadis dalam kitab al-Ihya’.”
     Apa yang kita tuai itu pastilah hasil daripada apa yang kita tanam di ladang. Bila kita menanam padi padilah yang akan tumbuh. Tetapi bila kita menanam duri, pastilah hanya duri yang akan tumbuh. Dan bila tidak ada yang ditanam, tidak adalah yang akan tumbuh.
     Seterusnya kesalahan apapun yang kita lakukan semasa membajak, mengairi dan menjaga tanaman kita, akibat keseluruhannya pastilah akan kita lihat pada waktu kita menuai. Tetapi bila kita mengerjakan pekerjaan-pekerjaan tersebut dengan tepat tanpa melakukan kesalahan apapun, maka kita juga akan melihat hasilnya. Begitulah gambaran  hubungan kehidupan dunia dan akhirat.
     Dunia adalah laksana ladang tempat manusia bercucuk-tanam. Manusia dikirim ke ladang ini dengan tujuan agar dia bekerja keras dengan tangannya sendiri untuk memperoleh hasil yang dapat dinikmatinya nanti bagi dirinya sendiri. Untuk itu dia telah diberi masa dari ketika dia lahir hingga detik kematiannya. Apapun jenis tanaman yang ditanamnya sewaktu hidupnya, hasil tanaman itu jugalah yang akan dipetiknya dalam hidupnya sesudah mati nanti, dan hasil itu pula yang akan menjadi makanannya selama hidupnya di akhirat.
     Bila seseorang telah menanam tanaman yang baik di ladang dunia ini pada masa hidupnya dan telah menjaganya dengan air yang melimpah-limpah dan dengan pengawasan yang cermat, maka bila ia telah berpindah ke dunia yang akan datang, maka akan didapatinya buah daripada jerih-payahnya itu dalam bentuk tanaman yang berbuah lebat yang siap untuk dinikmatinya. Di sana nanti dia tidak lagi bekerja keras kerana dia akan hidup senang menikmati hasil tanaman yang telah ditanamnya dengan kerja susah-payah selama masa hidupnya di dunia. Hidup senang inilah yang disebut syurga dan kejayaan di akhirat.
2 Rabiul akhir 1437 bersamaan 12 januari 2016.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N