Langkau ke kandungan utama

Al QURAN DAN AS SUNNAH

KEBENARAN TERSEMBUNYI.

Allah (SWT) yang Maha suci lagi Maha tinggi amat menginginkan hamba-hambaNya dapat mensucikan diri dengan kebenaran Al Quran dan Sunnah.

Siapa yang tidak betul-betul serius mencari kebenaran ini, pasti tidak dapat milikinya menguasainya. Kerana kebenaran itu rahasia yang tersembunyi nun jauh di simpanan Allah.

Hanya hamba-hamba yang amat menyintai Nya sahaja yang mungkin mendapatkan
nya, melalui usaha yang serius dan bukan main-main.

Sekali pandang pada seorang yang begitu fasih melafazkan Al Quran dan Sunnah, tentu kita berkata “tentulah orang ini berpegang kepada Al Quran dan Sunnah.

Takkan dia menentang apa yang diucapkannya.” Tapi dalam pengalaman kita, begitu ramai yang bercakap tapi tidak berbuat? Ada doktor yang melarang merokok tetapi dia adalah perokok.

Sesungguhnya terhadap Al Quran dan Sunnah yang agung ini, manusia yang katanya merujuk atau berpegang dengan keduanya pun sebenarnya belum cukup menuruti apa kandungan Al Quran dan Sunnah itu.

Yakni tidak semua orang yang ada ilmu Al Quran dan Sunnah itu bersikap dan beramal sebagaimana yang Al Quran dan Sunnah kehendaki. Bahkan apa yang biasanya terjadilah ramai sekali ilmuwan-ilmuwan tentang Al Quran dan Sunnah tersasar dari landasan ilmu syariat Allah ini.

Mengapakah terjadi begitu sekali? Ya, supaya manusia tahu bahwa untuk menjadi orang yang bertaqwa yakni semulia-mulia manusia bukanlah mudah. Tidak cukup dengan masuk sekolah Al Quran dan Sunnah. Walaupun menjadi pakar Al Quran dan Sunnah tak cukup untuk menjadi orang bertaqwa.

–     Kena cari guru-guru yang praktikal Al Quran dan Sunnah. (Kalau zaman Rasulullah dialah Alquran bergerak. Dalam tindak-tanduk harian mengikut Al Quran dan Sunnah)

–     Kena cari sekolah yg boleh membawa kita makin berilmu makin dekat dan makin takut dgn Allah.

–     Serta bergurulah juga dengan siapa yang kelihatan nya memperniagakan hidup dan matinya untuk melaksanakan Al Quran dan Sunnah ini, di dalam kehidupannya sehari-hari.

Ketahuilah bahwa siapa yang menganggap perkara ini tidak penting atau semple saja perkara ini. Itulah orang yang akan senaraikan dikategori manakah dia terhadap Al Quran dan Sunnah ini:

Memang telah terjadi sampai ke hari ini perlbagai jenis manusia berkait dengan Al Quran dan Sunnah ini.Dari
pengamatan saya yang dhaif ini ada 7 golongan semuanya
Allah lah yang Mahamemberi telah mengizinkan saya untuk menyenaraikannya buat panduan Saudara, moga
-moga ada kebenarannya.

1. Orang yang betul-betul belajar ilmu Al Quran dan Sunnah hingga benar-benar pakar tentang kedua2nya. Mereka ini yakin dengan Al Quran dan Sunnah,dan menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai amalan hidup, landasan perjuangan dan rujukan kepada segala persoalan. Akhlak dan sikap hidup mereka adalah akhlak Al Quran dan Sunnah itu sendiri. Jika diminta dalil atau Nash-nash dari sumber kedua-duanya atas apa yang mereka amalkan niscaya dia mampu menyatakan dalil-dalilnya. Bahkan apa saja persoalan yang diajukan boleh diberi jawaban nash. Namun perlulah diinsafi bahwa golongan ini terlalu sedikit di akhir zaman ini. Nak mencari mereka bagaikan mencari gagak putih atau belerang merah. Mana ada? Bolehlah dikatakan mereka MANUSIA LUAR BIASA. Merekalah orang Allah atau golongan yang bertaqwa dan orang soleh. Terhadap mereka, orang selalulah yang suka terlalu suka dan kasih tetapi ramai yang benci. Golongan yang benci ini terlalulah benci, terutama dari golongan ulama-ulama yang jahat (ulama suk). Sebab orang saleh ini dirasakan mencabar kewibawaaan mereka, serta secara tidak langsung dirasakan telah membuka tembelang mereka yang tidak yang memang tidak pun mereka mengikut cara hidup Al Quran dan Sunnah.

2. Sama seperti golongan pertama, golongan ini ialah orang-orang yang serius mendalami ilmu Al Quran dan Sunnah hingga mereka menjadi pakar atau ahli kedua-duanya. Mereka juga yakin dengan kedua-duanya hingga dijadikan rujukan untuk menjawab semua persoalan yang diajukan. Mereka berani bercakap benar walaupun pahit. Cuma golongan kedua ini tidak mendapat kekuatan untuk mengamalkan segala ilmu yang dimiliki dan diyakini. Sama ada dalam sistem hidup dan perjuangan yang mereka gagal melaksanakan sepenuhnya cara hidup Islam dan syariat Allah. Akhlak pribadi mereka pun tidak seindah atau sesempurna akhlak-akhlak Islam yang sungguh indah itu. Adalah karena golongan ini tidak memiliki iman yang kuat untuk menentang hawa nafsu.

Mereka tidak sungguh sungguh bermujahadah. Walhal nafsu adalah sejahat-jahat musuh. Allah sendiri menyatakan ini, artinya sesungguhnya hawa nafsu itu sangat-sangat mengajak kepada kejahatan. Maka akibat dari lemah iman golongan ini selallu gagal dalam peperangan mujahadah melawan hawa nafsu. Ini menjadikan mereka terlanggar hukum Tuhan dan kadang-kadang terjerumus dalam dosa. Namun mereka insaf dan sedih serta mengaku kelemahan dosa itu. Golongan ini agak ramai bilangannya. Mereka terlibat dalam menyebarkan ilmu Islam ke dalam masyarakat. Dengan kebaikan ini muga-muga mereka selamat di dunia dan di akhirat. Terhadap merekalah Allah berfirman artinya:”Allah mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki dan menyeksa sesiapa yang Dia kehendaki.”

3. Golongan ini juga bercakap Al Quran dan Sunnah .Memang mereka ini ada mempelajari ilmu Islam secara umum. Dan merekapun yakin dengan Islam sebagai satu kebenaran serta tempat rujuk. Tetapi mereka ini orang yang berkepentingan.
Islam bukan keutamaan dalam hidup mereka. Mereka tidak minat dengan cara hidup Islam. Ilmu Islam hanya untuk mental exercise tidak lebih dari itu.

Sebab pada mereka Islam kalau dipraktekkan tidak boleh membawa kejayaan dunia dan tidak menguntungkan. Bahkan pada mereka Islam kalau diamalkan rasa malu, rasa rendah diri (inferiority complex) dan menyusahkan. Tetapi di dalam suasana yang menguntungkan yang boleh beri kejayaan serta tidak memalukan dan menyusahkan, mereka akan laksanakan Islam. Golongan ini ialah orang yang mengalatkan Islam untuk kepentingan dunia semata-mata;. Mereka tidak jujur dengan kebenaran;. Mereka tidak ikhlas dengan Allah SWT. Inilah golongan orang-orang fasiq atau orang-orang yang menzalimi diri sendiri. Di akhirat akan disiksa di neraka. Namun tidak kekal dalamnya. Di akhir zaman golongan ini memang agak ramai.

4. Golongan ini ialah orang-orang yang tidak yakin dengan Islam. Tetapi mereka minat mendalami ilmu Islam karena cintakan ilmu untuk dijadikan latihan mental semata-mata atau ada tujuan lain tidak untuk dijadikan pegangan hidup atau rujukan dalam kegiatan hidup
harian. Hanya bilamana menguntungkan maka ilmu itu diguna pakai.  Jika tidak Al Quran dan Hadits tidak berarti apa-apa. Golongan ini sebenarnya diragui keislamannya. Inilah orang munafik. Hakikatnya musuh Islam.

5. Umat Islam yang membaca Al Quran dan Hadits tetapi tidak faham. Mereka mengaku mengamal Al Quran dan Sunnah tetapi tidak mempelajari secara mendalam. Amalan itu hanya diambil dari kitab-kitab ulama mahzab atau ulama-ulama pewarisnya. Mereka bersangka baik dengan ulama mahzab. Mereka yakin ulama atau mahzab yang menjadi ikutan dan tempat rujuk itu tentulah merujuk kepada Al Quran dan Hadits. Mereka bersungguh mengamalkan ajaran Islam yang dipelajari daripada mahzab itu. Jika disoal tentang dalil yang diguna untuk amalan mereka itu, jawaban yang diberi hanya akan dirujuk pada petua atau pandangan mahzab serta pendapat-pendapat ulama. Mereka tak mampu memberi dalil atas nas dari Al Quran dan Sunnah. Golongan ini disebut Muqallidin yakni orang yang bertaqlid. Dalam Islam golongan ini dibenarkan bertaqlid khusus dibidang feqah. Sebab Islam memandang tidak mungkin semua orang boleh mendalami ilmu Al Quran dan Hadits ke taraf Mujtahid. Yakni boleh berdiri sendiri tanpa bersandar pada orang lain bagi memahami Al Quran dan Sunnah.

6. Golongan umat Islam yang mendengar tentang Al Quran dan Sunnah hanya dari jauh. Atau sekedar mendengar melalui ceramah umum atau mengikut orang ramai. Mereka ini bersandar dengan Ulama pun tidak, jauh sekalilah kepada Al Quran dan Hadits. Namun mereka mengaku bahwa Islam yang mereka amalkan adalah dirujuk kepada Al Quran dan Hadits. Sebab mereka tahu sumber ajaran Islam itu ialah Al Quran dan Sunnah.  Kalau begitu tentulah apa yang diamalkan oleh masyarakat juga bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Golongan ini sebenarnya merupakan majority atau golongan teramai di akhir zaman ini. Yakni Islam baka atau keturunan yang mengamalkan Islam atas dasar tradisi kaumnya. Ilmu Islamnya terlalu sedikit, Fardhu Ain pun tidak selesai. Amalan dibuat hanya ikut-ikutan saja tanpa tahu mengapa dan dari mana rujukan. Mereka adalah golongan jahil. Tidak tahu mengapa mereka berbuat sesuatu amalan. Inilah fasik atau A’si. Tanpa sedar mereka boleh mati dalam keadaan derhaka karena kesalahan tidak mau belajar, mengaji atau tidak mahu menuntut ilmu.

7. Golongan orang-orang bukan Islam yang suka mengkaji ilmu Al Quran dan Hadits atau golongan orientalis barat.

Terdapat dua kemungkinan mengapa mereka berbuat demikian:

1. Untuk membuat perbandingan dengan agama-agama lain serta juga ideologi-ideologi lain.

2. Untuk merosakkan ajaran agama Islam. Mereka akan merubah atau membuang dan menokok tambah serta menyelewengkan fakta-fakta serta huraian-huraiannya. Harapan mereka ialah:

1). Agar umat Islam yang jahil akan keliru dengan agama Islam.

2). Orang diluar Islam akan takut untuk menganut Agama  Islam.

Golongan ini sebagiannya ialah penganut agama Kristen dan Yahudi, juga dari kalangan Free thinker.

Mereka adalah musuh Islam. Bukankah Al Quran sendiri telah mengisahkan bahwa :

Artinya : sekali kali tidak redha dengan engkau orang Yahudi dan Nasrani hinggalah engkau mengikut agama mereka.

Hingga ke hari ini usaha-usaha jahat mereka telah berhasil. Ya, sebagian besar cerdik pandai Islam yang belajar di Barat telah terpengaruh dengan mereka. Manakala orang-orang bukan Islam pula ramai yang memandang Islam dengan jijik dan hina. Di negara kita sendiri hal ini jelas dapat disaksikan. Bagaimana cerdik pandai Islam bercakap menggunakan lidah barat. Sedangkan mereka sebagiannya adalah orang-orang yang ada kuasa, kedudukan tinggi di bidang-bidang politik, ekonomi, pendidikan, agama dan lain-lain.

Itulah dia  golongan manusia terhadap Al Quran dan Hadis. Umat Islam saja terbagi 6 kumpulan. 2 kumpulan saja bagus amalannya. Selain itu, yang merupakan kumpulan teramai tidak mempamirkan pribadi Al Quran bahkan ada yang khianat dengan Islam. Dengan mengalatkannya atau berpura-pura dengan Islam. Mereka bagaikan musuh dalam selimut, walhal mereka cukup fasih membaca al Quran dan Hadis. Mereka menipu orang dengan Islam.

Kertas kerja mereka cukup hebat dengan hujjah yang cukup kuat berlandaskan Quran dan Sunnah, ditambah pula dengan pandainya mereka bercakap, boleh saja membuatkan orang ramai menganggap merekalah ulama ul ‘’milin yang melaksanakan Islam dalam rumah tangga, dalam sikap dan akhlak, pergaulan dan dalam perjuangan serta cita-cita  hidup mereka. Namun bila ditinjau dari dekat, realiti kehidupan mereka nampaknya jauh daripada apa yang mereka laung-laungkan. Mereka bagaikan talam dua muka ! Berapa ramai orang tertipu dibuatnya.

Sungguh dalam penelitian saya, melalui pengalaman menjelajah dunia terutama negara umat Islam, saya dapati sebahagian dari orang-orang yang pakar Al Quran dan Hadis ini bukannya bertujuan mengamalkan dan memperjuangkannya. Mereka lebih bermotifkan mencari kepentingan duniawi, glamour dan mental exercise semata-mata menggunakan ilmu itu.

Hasilnya memang orang ramai rasa kagum dengan ilmu mereka, tapi tidak sampai menjadi pengikut mereka. Mereka tidak ada kekuatan-kekuatan untuk memimpin orang ramai kepada Allah dan Rasul. Sebab mereka cuma ahli ilmu yang tidak ada pengikut, tidak praktis Islam. Mereka bukan ketua orang ramai bagi memperjuangkan Al Quran dan Sunnah yang dimiliki.

Saya berseru kepada orang ramai supaya jangan tertipu dan terkeliru dengan seseorang yang bercakap Islam tapi tidak praktis. Kenalilah mereka dari dekat supaya kita tidak terlalu lama mengkagumi seseorang yang cakapnya tidak serupa bikin. Supaya kita  dapat mempelajari Islam sekaligus mengamalkan serta memperjuangkannya dari orang-orang yang tidak jujur terhadap kebenaran agama Allah ini.

Moga-moga Allah sentiasa memimpin kita ke jalan yang benar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N