Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.


KEBANGKITAN ISLAM
AKHIR ZAMAN.

Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif.

Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal
berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah,
Rasulullah SAW bersabda:
Yang artinya :
"Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki.

Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang
Allah kehendaki. Kemudian Allah
mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nindasan dan penzaliman Zaman Diktator dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah
kehendaki. Kemudian berlaku
 pula Zaman Kekha­lifahan
(Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian. –
(Riwayat Ahmad)

Demikianlah Allah SWT telah menyiapkan satu grand design untuk umat Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun kewafatan Nabi penutup SAW, sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku.Melalui Hadis ini, terdapat satu janji Allah SWT yang belum berlaku tapi bakal berlaku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

Jadual Allah SWT yang telah Berlaku.Telah banyak jadual Allah SWT yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif.
Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku.
1. Rom dan Farsi akan Jatuh ke Tangan Islam. Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejaAllah SWTnya dalam tahun 80-an). 

Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuhnya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan
jadual ini Allah SWT nyatakan dalam firman-Nya:Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalah­­kan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada
sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah.Ketika (Rom mengalahkan Farsi)orang mukmin bergembira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)

2. Konstantinopel Jatuh ke Tangan Islam
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya)
tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas.
(Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uqduddurar fi akhbar Al Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda,maksudnya: Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya. (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji Allah SWT tentang kejaAllah SWT Konstantinopel itu, dengan harapan ditangan merekalah berlaku janji tersebut. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah
kewafatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi ditangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga
benua dengan 29 negara di bawah takluknya.

Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu. Jadual Allah SWT Untuk Umat Islam Akhir
Zaman Allah SWT telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk
membuktikannya sebagaimana para Sahabat dahulu. 

Antara janji-janji Allah SWT dalam
jadual-Nya untuk zaman ini seperti berikut:
1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman.Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripadaIbnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai
diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.
(Riwayat At Tirmizi)

(Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)
2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula
dari Timur Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika
kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba
datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air
mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum
kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa
bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak
diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang
mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana
ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji.
Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi. (Riwayat Ibnu Majah)
(Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s.71-72)
3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Dari Abu
Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW
bersabda:Sesungguhnya Allah mengutus pada umat ini di
setiap awal 100 tahun seorang (mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka. (Ri­wayat Abu Daud)
4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman
i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada
Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW
bersabda:Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi
dengan kezaliman.
(Riwayat At Tirmizi)
(Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti,
Mujaddid kurun ke-9)
ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain, daripada Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi
Said dan Nabi SAW katanya:
Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia
memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia
dipenuhi kezaliman.
iii. Sabda Rasulullah SAW lagi, dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al Khatib dalam
Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya
sabda Rasulullah SAW: Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan
ikutilah dia.
5. Putera Bani Tamim dari Timur pemegang panji-panji Imam Mahdi.Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al Ausat,maksudnya: Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW
telah memegang tangan Sayidina Ali dan bersabda:
Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang
akan memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi).
Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama (yakni dengan mencarinya) Pemuda dari Bani Tamim,dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi. –
(Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).
6. Jemaah kebenaran pimpinan Putera Bani Tamim mendapat kemenangan di Timur dan
merintis jalan untuk Imam Mahdi.
i. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku
yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah da­tangnya ketentuan Allah (Kiamat). -
(Riwayat Muslim)
ii. Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim, maksudnya: daripada Tsauban, telah bersabda Rasulullah SAW:
Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mereka dan berbai’ahlah kepada
mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji. - (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti ).
iii. Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi telah
bersabda Rasulullah SAW:
Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi. - (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
v. Hadis Ibnu Mas‘ud Maksudnya: Dari Abdullah
bin Mas’ud dia berkata:
Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari
kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW
berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum
kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak
diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang
mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana
ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji.
Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi. - (RiwayatIbnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s.71-72)
7. Pengisytiharan Imam Mahdi pimpinan ummah di Mekah
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya: “Inilah Al Mahdi
sebagai khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.”Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mendapat kasih sayangnya. Sesungguhnya
Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang berbai’ah kepadanya antara rukun Al Aswad dan maqam Ibrahim, yang pertama
sebanyak bilangan ahli Badar, kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah
mengutus kepadanya tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera (panji-panji) hitam dan
mereka menuju ke Syam. Dan Allah menghantar kepadanya 3000 malaikat dan Ashabul Kahfi adalah di antara pembantunya. - (Al Hadis dari
kitab As’afur Raghibin)
Sesuai dengan janji Allah dan bukti-bukti nyata maka Islamlah yang akan menggantikan kuasa
Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini giliran Islam. Islam akan bangkit kembali dan
menjadi sebuah empayar dan sekali lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran.
Dunia akan diserahkan lagi kepada umat Islam sebagaimana Allah telah menyerahkannya kepada
Rasulullah dan para Sahabat.
Kita kini berada di akhir zaman yang manasedang berlaku kemuncak kerosakan di lautan dan di daratan. Segala sistem hidup yang ada hari ini
telah begitu rosak. Semakin dicari penyelesaian
semakin kronik keadaannya. Pembunuhan, per­gaduhan, peperangan, penzaliman, penindasan,tipu-menipu, mementingkan diri, jatuh-
menjatuhkan dan lain-lain berlaku di mana-mana.
Masyarakat manusia sudah tidak ada kasih sayang, tidak boleh bekerjasama, tidak bertolak ansur dan tidak bertolong bantu. Pergaduhan
berlaku di antara suami isteri, anak-anak dengan ibu bapa, murid dengan guru, buruh dan majikan,rakyat dan pemimpin, negara dengan negara lain.
Manusia sudah hilang kemanusiaannya.Watak dunia hari ini menunjukkan sudah sampai masanya Allah SWT mengutuskan penyelamat
bagi memimpin manusia serta membaiki segala kerosakan yang berlaku. Begitulah sejarah
memberitahu kita. Tambahan pula kita kini berada di sekitar awal kurun yakni awal kurun
ke-15 (suku kurun pertama). Di waktu inilah sepatutnya; sepertimana berlaku di kurun-kurun sebelum ini; lahirnya seorang mujaddid.
Jadual Allah SWT untuk umat akhir zaman ini nampaknya sedang berlaku di waktu ini.
Kebangkitan Islam kali pertama sedang berulang di sebelah Timur dengan kehendak Allah. Kita dapat lihat suatu kebangkitan Islam sedang
melanda dunia terutamanya di nusantara ini. Inilah dia akhir zaman yang dijanjikan itu.
Rupa-rupanya akhir zaman yang dimaksudkan ialah sekitar kurun ke-15 Hijrah ini. Dan Timur yang dimaksudkan ialah Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan sekitarnya.
Walau bagaimanapun kebangkitan di Malaysia
nampaknya lebih menonjol.
Berdasarkan Hadis tentangnya, secara umumnya
Jadual Allah SWT itu berlaku seperti berikut:
• Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur), bangunlah seorang
manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan kembali agama-Nya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani
Tamim tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Ini kerana seperti yang kita tahu, orang-orang
Arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah berkahwin dengan orang ajam (bangsa
selain Arab) maka tidak pelik kalau Putera Bani Tamim itu sudah nipis Arabnya. Rasulullah
tidak menyebut salasilah tetapi banyak memperkatakan tentang ciri-ciri fizikal Putera Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan dan
pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah
ciri-ciri dan stail perjuangannya, bukan salasilahnya.
• Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan atau jemaah atau
toifahnya kemudian membesar. Sifat toifahnya mirip kepada jemaah Rasulullah kerana
wanitanya berpakaian serba hitam seperti gagak-gagak hitam. Lelakinya berjubah serban.Pengikutnya sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah. Cita-cita dan azam mereka kental dan besar. Ibarat kalau mereka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat me­reka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis
yang panjang menyebut malaikat Jibril a.s.
sebagai berkata:
Maksudnya: “Maka Allah Azzawajalla mengumpulkan sahabatnya (Al Mahdi)
sejumlah ahli perang Badar atau tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan singa jantan
yang keluar dari hutan, hati mereka bagaikan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk
mengubah gunung nescaya boleh dilakukannya. Gaya  mereka adalah satu dan
pakaian mereka juga satu, seolah-olah bapa mereka bapa yang satu.” – (Dipetik dari kitab
Aqdur Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s. 95)
• Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa negara di mana dia berjuang tetapi tidak diberikan. Namun dia dan pengikutnya terus berjuang hingga akhirnya
berjaya negara itu diserahkan padanya. Ertinya toifah kecil itu telah membesar ke peringkat
daulah Islamiah.
• Terdapat juga Hadis yang menyebut Putera Bani Tamim juga diterima kepimpinannya
di Khurasan. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz
Abu Nuaim berbunyi:
Dari Tsauban r.a. dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu lihat panji-panji hitam telah diterima di sebelah Khurasan maka datangilah ia sekalipun
merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah iaitu Al Mahdi.
• Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama selepas itu (dua tahun) zahirlah
Imam Mahdi. Namanya sama seperti nama Rasulullah, nama bapa dan nama ibunya sama
seperti nama bapa dan ibu Rasulullah yakni namanya Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah.Tentang Imam Mahdi, Rasulullah mengaitkan
dengan baginda dari segi hubungan darah. Maka
faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting,sebab ia disebutkan di dalam Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi, Rasulullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizikalnya.
• Putera Bani Tamim kerana rapat dengan lmam Mahdi seperti rapatnya Nabi Harun
dengan Nabi Musa, maka telah menyerahkan kuasa negaranya kepada Imam Mahdi, jelas
disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah,antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi.
• Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi dilakukan oleh Putera Bani Tamim.
• Apabila Imam Mahdi berkuasa, maka Islam akan berkembang ke seluruh dunia. Tetapi ramai lagi manusia yang belum Islam hingga turunnya Nabi Isa a.s. Dunia dan manusia seluruhnya akan masuk Islam. Terjadilah
keamanan sejagat melalui pemimpin tiga serangkai: Putera Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.Setelah kedatangan Nabi Isa a.s., semua manusia
akan masuk Islam. Maka selamatlah manusia
daripada api Neraka. Itulah dikatakan rahmat Allah SWT kepada seluruh manusia.
Sejarah pasti berulang. Kita beruntung kerana dengan kasih sayang Allah, diberitahu apa-apa
yang bakal terjadi. Bolehlah kita bersiap sedia.Seperti juga peristiwa selepas mati, di alam
Barzakh, di Padang Mahsyar, di Syurga, Neraka dan lain-lain lagi semuanya Allah sudah ceritakan Supaya kita tidak menyesal nanti.Beruntunglah orang yang direzekikan dengan iman
kepada yang ghaib ini. Rugi besarlah orang yang
mengingkarinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N