Langkau ke kandungan utama

BALIK KAMPUNG.



BALIK KAMPUNG.
Seorang ulama Malaysia yang dikenali di Mesir, terutamanya mereka yang pernah menuntut ilmu di Kaherah Mesir. Beliau seorang ulama bahasa Arab yang terkenal sebagai pengarang kamus Melayu Arab. Cetakan di Mesir dan juga di Malaysia.Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi, AMP (10 Mei 1896- 13 Oktober 1989) ialah seorang tokoh dalam bidang persuratan terutamanya dalam bidang bahasa Arab, ilmuHadith, tafsir dan fiqah. 

Kamus Al-Marbawi, hasil nukilannya ialah kamus Arab-Melayu yang terunggul sekali di Nusantara sehingga hari ini. Beliau pulang ke Malaysia kerana menerima anugerah daripada kerajaan Malaysia.Beliau yang berasal dari Perak.

Dr. Syeikh Mohamad Idris sempat menjadi tetamu Abuya di kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur. Ketika itu penulis sendiri ditugaskan  menjaga tetamu tersebut. Selama menjadi tetamu Abuya beliau begitu teruja dan sangat gembira. Kalau boleh hendak terus tinggal bersama Abuya.

Seorang lagi ulama dari Malaysia yang lama bertugas di Mekah. Ulama tersebut juga berpeluang balik kampung. Beliau bapa mertua Abuya yang bernama Haji Salim. Seorang tokoh ulama di Mekah. Beliau berasal dari Riau yang merupakan ulama yang mengajar di masjid Haram Mekah. Abuya Imam Ashaari bin Muhammad At Tamimi pernah belajar dengan beliau. Penulis sebagai salah seorang cucu kepada Tuan Haji Salim yang tinggal di Segambut Hilir. 

Beliau ayah di sebelah emak saya.
Tuan Haji Salim ialah bapa mertua Abuya tinggal di Segambut Hilir, ayah Abuya tinggal di Kg. Segambut Dalam.
Setiap kali cuti sekolah Abuya mengirim anak-anaknya ke Kampung Segamat. Abuya beri peluang kepada anak-anaknya berkhidmat dengan ayah dan bapa mertuanya di kampung.Biasanya dahulu cuti penggal sekolah musim buah. Waktu cuti sekolah itulah peluang untuk berkhidmat di kampung. 

Ayah Abuya mengatur kerja seperti syukbah-syukbah yang ada didalam jemaah yang Abuya lagang. Orang perempuan dibahagian dapur, mengemas dan mencuci pakaian.
Bagi orang lelaki membersihkan kawasan dihalaman rumah, mencari kayu api, membuka kedai runcit dan khidmat lain yang boleh dibuat.
Selain mengemas rumah, khidmat yang boleh dibuat ialah tolong menjaga kedai dan membersih kebun buah. 

Kami buat jadual membahagikan masa disebelah pagi berkhidmat dengan datok Hj. Salim dan di sebelah petang berkhidmat dengan datok Muhammad Ayah kepada Abuya. Begitulah latihan khidmat masyarakat yang dilakukan secara berjadual. Latihan khidmat masyarakat sangat penting. Melalui latihan khidmat masyarakat melatih generasi pelapis suka menolong orang lain dan melatih generasi rajin berkhidmat.

Apa yang dimaksudkan dengan khidmat masyarakat ialah melakukan kebaikan atau kebajikan untuk masyarakat. Khidmat masyarakat sangat dituntut oleh Islam. Ini berdasarkan perintah-perintah Allah dan Rasul SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan".
(Al Baqarah 2:148).

Maksud firman Allah SWT:
" Dan berjuanglah pada jalan Allah dengan harta dan dirimu."
(At Taubah 9:41).

Maksud firman Allah SWT:
"Akan ditimpa kehinaan di mana saja kamu berada, kecuali
kamu mengadakan hubungan hablumminallah dan Hablumminannas.
(Ali Imran 3:112).
(Kampung Baru Kuala Lumpur 2019).

Hubungan dengan manusia sama pentingnya dengan mengadakan hubungan dengan Allah SWT. Yang mana kiranya diabaikan, masyarakat akan ditimpa kehinaan dan penderitaan. Kehinaan yang dimaksudkan ialah masyarakat atau bangsa itu serba miskin,serba tiada, dan hidup menumpang dengan bangsa lain. Sehingga bangsa tersebut bebas melakukan apa sahaja terhadap bangsa yang menumpangnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N