Langkau ke kandungan utama

KAWAN ABUYA DI MEKAH.



KAWAN ABUYA (WALI ALLAH).


Para wali-wali Allah SWT mereka adalah pewaris nabi bukan hanya dari sudut ilmu tetapi kelebihan-kelebihan lain juga diwarisi oleh mereka.
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Yunus 10:62).


Maka wujudnya para wali-wali Allah tidak dapat dinafikan dan mereka merupakan para kekasih Allah yang terdapat diseluruh pelusuk bumi di mana sahaja terdapat orang yang beriman. 
(Madinah Munawwarah).

Kawan-kawan Abuya dikalangan tokoh-tokoh ulama di Timur Tengah terus mendokong perjuangan Abuya. Di kalangan kawan-kawan Abuya ramai yang Tuhan anugerahkan kepada mereka kasyaf dan ilmu laduni. Iaitu boleh melihat yang orang awam tidak boleh nampak.

Sebelum ini saya ada kongsikan dengan kawan Abuya yang kasyaf dikalangan ulama Melayu. Tapi kali ini saya hendak kongsikan dengan kawan-kawan Abuya yang kasyaf dikalangan orang Arab pula. Diantaranya ketua Badui Syeikh Syammar iaitu Sidi Abu Khalid. Semasa saya tinggal di Haramain selama 3 tahun. Menyaksikan kebesaran-nya iaitu kawan Abuya tersebut. Dia walaupun dihormati oleh Raja Saudi, contoh kalau dia berada di Mekah Raja siapkan Istana untuk dia boleh tinggal. Apa yang peliknya Syeikh Sidi Abu Khalid lebih suka duduk di Menara Zamzam di Mekah yang mengadap Kaabah. 

Setiap kali berita dari orang Malaysia yang kenal Abuya bertemunya dia akan berkata kepada mereka, saya hanya nak bertemu dengan anak lelaki Abuya (Fakhrur Razi).Saya tidak pernah mengadu apa-apa pun padanya tetapi dia tahu perkembangan semasa yang berlaku di Malaysia. Dia juga boleh menegur sapa langsung presiden Iraq yang lalu iaitu Sadam Hussein.



Seorang lagi Syeikh Sidi Abu Musaab. Setiap kali berkunjung ke rumahnya dihalaman rumah penuh dengan kereta-kereta mewah yang bertamu ke rumahnya. Ada yang datang dari Abu Dhabi, Kuwait, Iraq dan negara-negara Arab lain. Beliau kelulusan tinggi dari German.

Sebab itu tidak pelik Abuya boleh kongsikan dengan kita tentang perang Telok. Dimana Abuya ada menulis buku bertajuk, "Perang Telok Islam kembali gemilang". Begitulah kelebihan wali-wali Allah. Bumi Syam (Palestin, Jordan, hingga ke Syria). Arwah mufti Jordan ketika saya menziarahi di rumahnya beliau ada beri ilmu dan berkongsikan tentang kelebihan bumi Syam. Ia merupakan tempat terpilih dan disinilah akan sentiasa terdapat wali Allah yang sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt. 

Para wali Abdal dari Syamlah yang akan membenarkan dan membaiah Imam Mahdi di hadapan Kaabah. Allah sentiasa kawal dan memelihara bumi Syria. Allah memberikan kemenangan ke atas para walinya dari kalangan Abdal. Diantara tanda pertolongan Allah keatas wali Abdal ialah Allah menurunkan hujan yang melemahkan musuh-musuh Allah hingga menenggelamkan mereka. Diriwayatkan dari Saidina Ali r.a. beliau berkata," Al-Abdal adalah dari Syam, dari kalangan mereka 40 lelaki. Apabila salah seorang dari mereka meninggal, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seseorang yang lain. Kerana merekalah, Allah menurunkan hujan, memberikan kemenangan terhadap musuhnya, dan dijauhkan bala dan azab dari penduduk Syam". (Musnad Ahmad, al-Mukhtara, ibn `Asakir, Hakim at-Tirmidhi, Fada`il as-Sham, al-Haythami, as-Sakhawi and as-Suyuti)


Karamah adalah sesuatu pemberian Allah swt yang sifatnya seakan-akan dengan mukjizat para nabi dan rasul, iaitu kebolehan melakukan hal-hal yang luar biasa yang diberikan kepada orangorang yang dikasihiNya yang dikenal sebagai wali Allah. Mudah-mudahan dengan pendedahan secebis pengetahuan tentang wali-wali Allah dan karamah mereka ini, pintu keberkahan para wali-wali Allah akan terbuka bagi kita, sehingga dapat kita meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta.


Rasulullah SAW bersabda  “Sesungguhnya ada di antara hamba Allah (manusia) yang mereka itu bukanlah para Nabi dan bukan pula para Syuhada’. Mereka dirindukan oleh para Nabi dan Syuhada’ pada hari kiamat karena kedudukan (pangkat) mereka di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala“ Seorang dari sahabatnya berkata, “Siapa gerangan mereka itu wahai Rasulullah? Semoga kita dapat mencintai mereka.“

Nabi SAW menjawab dengan sabdanya: “Mereka adalah suatu kaum yang saling berkasih sayang dengan anugerah Allah bukan karena ada hubungan kekeluargaan dan bukan karena harta benda, wajah-wajah mereka memancarkan cahaya dan mereka berdiri di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Tiada mereka merasa takut seperti manusia merasakannya dan tiada mereka berduka cita apabila para manusia berduka cita.” (HR. an Nasai dan Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya).




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N