Langkau ke kandungan utama

RINTIHAN WALI ALLAH.


RINTIHAN WALI ALLAH.

Bagi pejuang kebenaran banyak perkara yang 'contradictory'
dalam dirinya. Waktu malam dia ibarat rahib yang tersungkur, sujud menyembah Tuhannya. Pada waktu siang, dia ibarat singa lapar yang gigih dan berani. Bagi pejuang kebenaran dirinya tidak penting. Dia sanggup menjadi lilin yang membakar diri asalkan masyarakat dapat cahaya. Dia sanggup menderita, disisih, dibuang, dihalau, dikurung hatta dirinya terkorban asalkan tujuan perjuangannya tercapai.

Bagi yang tidak ada gambaran atau pengalaman tentang kehidupan seorang tahanan ISA saya kongsikan sedikit kehidupan orang yang dihukum sekatan terhad tersebut. Disebelah siang orang tahanan ISA baru dibenarkan keluar rumah bermula enam pagi dan mesti berada kembali didalam rumah enam petang. Pengalaman bersama Abuya ketika menghadapi ISA zaman pemerintahan Tun Mahadhir Muhammad.

Kesan tarbiah Abuya kepada keluarga dan sebahagian anak-anak muridnya yang kena tahanan  ISA dapat menerima dengan tenang.Justeru kita kagum dengan Abuya, dia dapat menggunakan gelanggang ISA untuk berdakwah kepada mereka yang selama ini kita tidak faham peranan mereka dalam menjaga keselamatan negara. Gerakan Dakwah merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad.

Dipetik dari buku: RESPONS – Intelektual Muslim & Isu-Isu Semasa, susunan Ann Wan Seng, terbitan Harakah, Jabatan Penerangan dan Penyelidikan, Parti Islam SeMalaysia, 2006) Artikel ini adalah hasil tulisan Abdul Aziz Bari*. Persoalan mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act) 1960 sering menjadi perbahasan yang hangat di kalangan rakyat Negara ini.

Akta yang lebih dikenali dengan akronim Inggerisnya, ISA dianggap zalim, tidak berperikemanusiaan, drakonian, menentang demokrasi, undang-undang rimba dan sebagainya.ISA dan Kerangka Perlembagaan Kefahaman mengenai kerangka perlembagaan Negara penting untuk memahami kedudukan akta ISA. Inilah yang memberikan asas kepada undang-undang itu. Namun begitu, daripada segi prinsipnya, akta ISA adalah bertentangan perlembagaan dan konsep kedaulatan undang-undang. Akta ISA bertentangan dengan perlembagaan kerana ia bercanggah dengan peruntukan-peruntukan di bawah kebebasan asasi.

Badan dakwah tersebut dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan
masyarakat Islam di seluruh
Malaysia ini. Ajaran gerakan
dakwah mendapat sambutan
sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai
sebuah badan dakwah yang unggul
sebelum ia diharamkan.
Kumpulan ini menyebarkan
kegiatan dakwah islam
melalui bidang pendidikan, penerangan,penerbitan,perusahaan,
perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Pengalaman ketika menerima hukuman sekatan terhad daerah, melihat
sikap dan tindak tanduk Abuya menghadapinya banyak saya boleh jadikan panduan. Kesabaran Abuya yang luar biasa mendekati pihak berkenaan telah bertukar suasana hubungan bukan sekadar petugas yang menjaga orang tahanan ISA tetapi menjangkau hubungan silaturrahim sesama hamba Allah. Kesan tersebut sangat dirasai dan sekaligus mendidik keluarga dan anak muridnya bersabar menghadapi ujian.

Mengimbau kembali ketika Abuya dalam tahanan ISA, iaitu tahanan dalam rumah. Suatu hari sebuah lori datang membawa beras ke rumah Abuya. Satu rumah terkejut. Selepas kejadian itu Abuya bertemu dengan Wah berbangsa Cina iaitu tuan punya kedai perabut di Rawang. Orang yang mengirim beras tersebut kepada Abuya, kenapa awak hantar beras kerumah saya?

Wah yang mengirim beras itu berkata, saya dapat tahu Abuya kena tahanan ISA. Saya juga ada pengalaman sama seperti Abuya, sangat susah sebab itu saya hantar beras 1 lori. Lagipun
keluarga Abuya besar. Apabila mendengar kisah ini terasa sebak dan terharu. Bagaimana perhatian Tuhan kepada orang roh.

Menurut satu kisah yang lain pula, suatu hari Abuya teringin makan daging pelanduk. Ada pada satu masa terdapat sebuah kotak dihadapan rumah Abuya. Ketika itu Suhaimi selaku pemandu Abuya, memberitahu pada isteri Abuya bernama Walidah, mengatakan ada anak buah Abuya dari pahang mengirim kotak yang berisi daging tersebut kepada Abuya.Apabila kotak itu dibuka didapati
ada kotak berisi daginglalu ditunjukkan kepada Abuya isi kotak tersebut. Abuya ini daging pelanduk. Ketika itu isteri Abuya walidah ada bersama juga turut rasa terharu.

Perjuangan Abuya ibarat air. Mengalir dan terus mengalir. Kalau diempang, dia akan menyusup ke bawah. Kalau disekat dia akan mengalir kesisi. Kalau disekat disisi dia akan bertakung. Sampai masa, dia akan melimpah dan akan mengalir juga ke atas. Seperti air, dia tenang dan tidak mendesak. Tetapi ia tetap akan mengalir. Ia mengikut menyesuaikan diri dengan bentuk muka bumi. Seperti air perjuangannya sangat diperlukan. Sangat memberi manfaat kepada orang lain. Sangat sejuk dan menyegarkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N