Langkau ke kandungan utama

TAUHID SIFAT 20.


PENGASAS TAUHID SIFAT 20.

Nama penuhnya ialah Abu Al-Hassan Bin Ismail Al-Asy'ari (260H-324H) lahir di Basra.Basra merupakan bandar kedua terbesar di Iraq. Bandar ini merupakan pelabuhan utama Iraq serta ibu negeri Kegabenoran Basra. Basra memainkan peranan penting dalam sejarah Islam, terutamanya sebagai pusat ilmu kerajaan Bani Umayyah. Penulis bersama ustaz Ramdhan Raflis berkunjung kesana melalui jalan darat. Ketika itu baru saja berhenti sekejap perang Telok. 

Banyak bangunan runtuh termasuk pasar lama Basra. Ustaz Ramadhan belajar di Universiti Aman Jordan. Al fatehah kita hadiahkan kepada arwah ustaz Ramadhan.Pentadbiran Basra(Bahasa Arab: محافظة البصرة) merupakan sebuah pentadbiran di Iraq. Pentadbiran ini terletak di bahagian selatan di negara itu. Pentadbiran ini memiliki keluasan wilayah 19,070 km² dengan memiliki jumlah penduduk sebanyak 2,600,000 orang pada tahun (2003). 

Ibu kotanya ialah Basra. Pentadbiran ini bersempadan dengan dua negara iaitu Kuwait dan Iraq. Syeikh Abu Al-Hassan merupakan anak murid salah seorang tokoh Muktazilah iaitu Al-Jubbai. Ketika usianya mencecah 40 tahun, beliau telah isytihar keluar daripada fahaman Muktazilah dan mendirikan teologi baru iaitu aliran yang dikenali sebagai Asy'airah.
Aliranya sangat terkenal dengan ajaran sifat 20. Salah seorang tokoh yang menelusuri aliran ini ialah Imam Al-Ghazali yang terkenal dengan gelaran Hujjatul Islam. 

Sehingga kini, pengikut aliran ini dipanggil sebagai Asyariyyah yang kebanyakanya di Asia seperti Malaysia, Indonesia, Pattani, Singapura dan Borneo.Sezaman dengan Syeikh Abu Hassan ini terdapat seorang ulama besar yang juga ahli dalam bidang Usuluddin yang bernama Abu Mansur Al Maturidi. Beliau wafat di Asia Timur bernama Maturidi dalam wilayah Samarkhan di Rusia. 

Pada tahun 333 Hijrah, terkemudian sedikit daripada wafatnya Syeikh Abu Hassan Al Ashaari.Jadi dalam kurun ketiga hijrah, iktiqad atau pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) ini mula disusun dan diatur oleh sua orang ulama besar ini. Mereka telah menyusun iktiqad ini berpandukan ayat-ayat yang bersepah di dalam Al Quran itu serta memetiknya daripada Hadis-hadis Rasulullah SAW, lengkap dengan dalil-dalil dan bukti yang kemudian mereka karang menjadi buku. Dengan itu mudahlah pegangan ini dibahas dan dipelajari.

Tauhid sifat 20 adalah ilmu tentang Tuhan. Tiga cara mengenal Allah SWT. Sebagai pengetahuan kita, mengenal Allah SWT ini ada tiga cara.
Pertama, mengenal Allah tanpa huraian.Cara yang pertama ialah mengenal Allah SWT tanpa huraian. Dia kenal Allah begitu sahaja tanpa mengenal sifat-sifat-Nya. Inilah pengenalan orang-orang kafir terhadap Allah SWT. Ini di firmankan Allah di dalam Quran:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ
25. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". (Loqman 31:25)

Fahamlah kita bahawa orang-orang yang bukan Islam itu pun kenal Allah, dan mereka juga percaya. Allah lah yang jadikan langit dan bumi ini. Tetapi mereka kenal Allah bukan melalui sifat-sifat-Nya. Kalau kita katakan yang Allah itu wujud, qidam, baqa dan lain-lain
nya, mereka tidak akan dapat memahaminya. Kalau demikian,
sedikit sangat pengenalan mereka kepada Allah. Maka ia belum sampai kepada peringkat sah.

Kedua, mengenal Allah dengan akal.
Cara kedua mengenal Allah ialah melalui akal dan melalui ilmu pengetahuan. Pada peringkat ini, kita kenal Allah dengan ilmu yang lengkap dengan dalil-dalil dan bukti sama ada dalil aqli atau naqli walaupun secara ijmali (secara rangkuman), melalui sifat-sifat 20 yang wajib bagi Allah SWT. Dan mengenal Allah diperingkat ini, barulah sampai kepada peringkat mengenal Allah yang sah. Inilah yang dikatakan peringkat iman ilmu. Peringkat iman demikian belum mempunyai kekuatan dan ia tidak akan dapat mendorong seseorang untuk melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya dengan sungguh-sungguh.
Ketiga, mengenal Allah dengan mata hati.

Cara yang ketiga ialah mengenal
Allah dengan mata hati atau roh.
Ini yang dikatakan mengenal Allah dengan mata hati dan ini jugalah yang dikatakan jiwa tauhid. Peringkat Iman ini dinamakan peringkat iman ayan.
Jadi bagi kita yang sudah dapat
mengenal Allah pada peringkat akal, hendaklah kita usahakan sungguh-sungguh supaya kita dapat mengenal-Nya dengan mata hati pula. Ertinya, hendaklah kita usahakan untuk memiliki iman ayan.Dal hal ini kita perlu perbanyak kan mujahadah terhadap hawa nafsu (Mujahadatun nafsi). nafsi). Kita juga perlu bermujahadah dengan syaitan. Disamping itu, kita juga mesti cuba melaksana kan semua ibadah yang wajib dan memperbanyakkan ibadah yang sunat, berdoa, berwirid dan berzikir dan berzikir serta lain-lainnya. Kita kerjakan ibadah-ibadah itu sampai ia memberi kesan kepada hati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N