Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

MALAYSIA BERAZAM JADIKAN ISLAM ADALAH CARA HIDUP.

MALAYSIA BERAZAM JADIKAN ISLAM ADALAH CARA HIDUP. Apabila kerajaan yang berkuasa mendapat hidayah lagi cepat akan berlaku kebangkitan Islam kali kedua. Kata Abuya bila kerajaan yang berbuat mereka ada jentera dan tenaga untuk berbuat. Apabila saya mengikuti berita di kaca TV malam tadi. Ada menyentuh tentang perlunya model Islam adalah cara hidup yang syumul. Maksudnya: “Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan kehinaan di dunia. manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan.” (Al Baqarah:85). Malaysia akan menjadi negara model melaksanakan Islam secara syumul. Sudah tiba masanya Malaysia buktikan kepada dunia, Malaysia peneraju kebangkitan Islam di Timur. Kalau bukan faktor janji Allah kali ini giliran Timur sudah tentu Malaysia sudah lama menjadi mangsa Yahudi dan kuncu-kuncunya. Malaysia ada kaedah tersendiri dan

TUHAN SIAPKAN PEJUANG JADI PENERAJU DUNIA ISLAM.

TUHAN SIAPKAN PEJUANG JADI PENERAJU DUNIA ISLAM. Setiap hari kita menyaksikan bagaimana lajunya era kebangkitan Islam yang Tuhan lakukan. Sama ada yang kita dapat lihat secara lahir atau ianya berlaku secara rohaniah. Iaitu hati-hati manusia Tuhan cuit-cuit supaya menjadi roh yang aktif. Akhirnya kita terkejut, jentera kebangkitan telah pun Tuhan persiapkan. Ianya berlaku di setiap bidang dan lapangan kehidupan kita. Kalau kita hanya menunggu hasil dari jentera yang dapat kita lihat seperti pendakwah-pendakwah masih lambat hasilnya. Kerja-kerja dakwah tersebut telah lama berlaku sama ada oleh mereka yang bergerak dari pondok pasentrin, atau penggerak dari jabatan agama kerajaan, atau individu-individu yang berpengaruh dan sebagainya. Maksud firman Tuhan: Mereka inilah yang dimaksudkan Tuhan seperti dalam firmanNya: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah

YAHUDI MEMUTAR BELITKAN PERKARA SEBENAR.

YAHUDI MEMUTAR BELITKAN PERKARA SEBENAR. Setelah empayar Uthmaniah jatuh, umat Islam terus menerus tidak berupaya melepaskan diri daripada sistem yang di taja oleh Barat hinggalah ke hari ini. Bila kita tanya kepada kebanyakan tokoh-tokoh Islam, mengapa mereka turut serta dalam sistem Barat itu, biasanya mereka menjawab, “Tiada pilihan lain.” Ya, seolah-olah secara tidak langsung mereka menganggap Islam tidak mempunyai jalan sendiri dalam soal mengatur dan mentadbir kehidupan. Seolah-olah Islam tidak sempurna, ia kekurangan cara untuk mengatur dan mentadbir walaupun rata-rata mereka mengaku Islam itu syumul.  Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(Al-Baqarah 2:208). Abuya telah memberikan jalan keluar dan panduan kepada kita bagaimana untuk melakukan apa sahaja menjadi ibadah termasuk mengatur da

ORANG YANG PAPA KEDANA DI AKHIRAT.

ORANG YANG PAPA KEDANA DI AKHIRAT. Jika selalu merasa susah dengan urusan dunia, tidak merasa susah dengan urusan akhirat, tanda kita itu anak dunia. Carilah keduniaan dengan ilmu dunia asalkan halal, memang kita di dunia. Jangan cari keduniaan dengan llmu Akhirat, nanti di akhirat kita akan papa kedana, nerakalah tempatnya. Buatlah kerja-kerja dunia sepadan dengan umur kita. Buatlah kerja-kerja akhirat, sepadan pula dengan kekalnya kita di sana.  Jika selalu merasa susah dengan urusan dunia, tidak merasa susah dengan urusan akhirat, tanda kita itu anak dunia. Carilah keduniaan dengan ilmu dunia asalkan halal, memang kita di dunia. Jangan cari keduniaan dengan llmu Akhirat, nanti di akhirat kita akan papa kedana, nerakalah tempatnya. Buatlah kerja-kerja dunia sepadan dengan umur kita. Buatlah kerja-kerja akhirat, sepadan pula dengan kekalnya kita di sana. Tidak ada manusia yang dapat menolak bahwa hidup di dunia ini adalah sementara waktu. Di akhir zaman ini paling lama manusia dapat h

TUHAN AJARKAN DOA MEMINTA "SIRATOL MUSTAQIM".

TUHAN AJARKAN DOA MEMINTA "SIRATOL MUSTAQIM". Di antara banyak-banyak keperluan manusia yang dia  memang hendak minta sangat, Tuhan menetapkan mintalah "siratol mustaqim". Sedangkan yang paling penting adalah oksigen. Kenapa tidak minta oksigen? Sebenarnya di sini kita kena sedar bahawa selepas kita berjanji hanya meminta pada Tuhan, menyembah dan meminta hanya pada Nya, Tuhan pun tidak benarkan kita meminta sendiri melainkan apa yang dia sudah tetapkan. Tuhan ajarkan bahawa dalam meminta, yang menjadi keutamaan ialah meminta "siratol mustaqim" itulah. Jadi Tuhan menetapkan permintaan yang paling asasi dan paling pokok, yang Tuhan sendiri ajar, yang mana kalau Tuhan tidak ajar maka manusia pun tidak tahu adalah "siratol mustaqim". Bahkan nampaknya, yang dikatakan intipati Al Quran itu, yang ia itu adalah ibu Al Quran, rupanya Al Fatehah itu hanya memperkenalkan Tuhan, kemudian diajar meminta kepada Tuhan yakni meminta jalan hidup kenabian. Rupany

SYIAH (RAFIDAH) DI ASASKAN OLEH YAHUDI.

SYIAH (RAFIDAH) DI ASASKAN OLEH YAHUDI. Syiah (Rafidah).Menurut sejarah awal kelahiran sekte Syi’ah adalah suatu aliran yang timbul sejak masa pemerintahan khalifah Islam ketiga iaitu Saidina Utsman bin Affan yang di ketuai oleh Abdullah bin Saba’ seorang yahudi yang memeluk agama Islam. Abdullah bin Saba’ memperkenalkan ajarannya dengan terang-terangan dan menolak Khulafaur Rasyidin. Bahawa kepemimpinan (baca: Imamah) sesudah Nabi saw sebenarnya ke tangan Ali bin Abi Thalib karena suatu nash (teks) Nabi saw.Namun, menurut Abdullah bin Saba’, Khalifah Abu Bakar, Umar dan Utsman telah mengambil alih kedudukan tersebut. 

SEJARAH BAPA PARA NABI 'ALAIHISSALAM. (عليه السلام).

SEJARAH BAPA PARA NABI 'ALAIHISSALAM. (عليه السلام). Nabi Ibrahim 'Alaihissalam Abu al Ambiya' sekaligus sebagai kekasih Allah. Nabi Ibrahim As. Namanya disebut 69 kali di dalam Al Quran, yang terdapat di 25 surah. Gelaran kepada Nabi Ibrahim AS iaitu Abu Al Ambiya' dan Khalilur Rahman. Kisah Nabi Ibrahim. Nampak lahirnya macam dihina oleh Tuhan dengan dibakar dalam api. Tapi akhirnya Nabi Ibrahim dimuliakan dengan diselamatkan dari api manakala Namrudlah, penentang waktu itu yang terhina. Firman Allah: Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ". Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya). Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia. Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan; dan tiap

SEJARAH YANG PATUT KITA RENUNGKAN.

SEJARAH YANG PATUT KITA RENUNGKAN. Maksud firman Allah: "Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya)." (Al Jaathiah 45:19). Kisah Nabi Ibrahim. Nampak lahirnya macam dihina oleh Tuhan dengan dibakar dalam api. Tapi akhirnya Nabi Ibrahim dimuliakan dengan diselamatkan dari api manakala Namrudlah, penentang waktu itu yang terhina. Kisah Nabi Musa pula, baginda seperti terhina apabila dikejar oleh Firaun hingga terpaksa terjun ke laut. Tapi sebenarnya Nabi Musalah yang dimuliakan dan diselamatkan Tuhan manakala Firaun terhina dan mati tenggelam dalam laut. Nampaknya Firaun nak hina Nabi Musa, akhirnya Firaun dan pengikutnyalah yang terhina. Begitulah dengan ISA ke atas Abuya. Nampaknya macam Abuya Ashaari Muhammad yang terhina tapi rupanya ia berlaku untuk menghina pembelot-pembelot dalam jemaahnya. Abuya Ashaari Muhammad dan pembelot-pembelot itu sama-sama masuk ISA. Macam Nabi Musa dan Firaun yang sama-sama masuk ke laut. Ta

IMAM MAHDI ADALAH KHALIFAH PENUTUP.

IMAM MAHDI ADALAH KHALIFAH PENUTUP. Di setiap awal kurun Islam, carilah mujaddid. Pasti ada! Gara-gara adanya beliaulah maka dunia beralih arah. Kurun ke-15 ini, mujaddidnya besar sekali. Mungkin yang terbesar dan yang penutup. Sebab kemusnahan dunia begitu besar. Ini disebut-sebut dalam hadis bahawa petanda akhir zaman ialah terlalu banyaknya bencana alam. Manusia pula sudah lebih kurang binatang dengan segala bentuk gejala yang menakutkan. Krisis dan peperangan makin dibincang makin menjadi-jadi. Jahiliyahnya zaman ini lebih teruk dari jahiliyah waktu kedatangan Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan Muhammad kedua akan datang bukan sebagai Rasulullah tapi sebagai khalifah Baginda Rasulullah SAW. Kita telah melihat hadist-hadist tentang Kebangkitan Islam kedua. Hadist-hadist itu menyebutkan janji Tuhan tentang kebangkitan Islam kedua di akhir zaman ini. Kita telah ketahui bahwa ciri-ciri zaman sekarang adalah telah memenuhi ciri-ciri akhir zaman. Kerusakan ada dimana-mana. Hampir semua asp

TAPAK KEBANGKITAN TIMUR MENCABAR SISTEM DAJAL.

TAPAK KEBANGKITAN TIMUR MENCABAR SISTEM DAJAL. Masyarakat di Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama boleh saling bertolak ansur antara satu sama lain. Bernaung di bawah satu bumbung. Kita yakin apa yang berlaku adalah berkat tapak kebangkitan Islam di Timur. Ibarat kita ikutkan air yang sedang mengalir deras. Biatkan diri di hanyutkan oleh kebangkitan Islam, ikutkan sahaja sekali pun kita tidak pandai berenang akan sampai juga ke penghujung. Apa yang penting ketika ini ialah kita tidak buat sesuatu yang melawan arus kebangkitan Islam. Sekalipun kita pernah berpengalaman berkuasa tetapi bila melawan arus kita akan lemas. Contoh kita terus memperjuangkan cara berpolitik yang manusia sudah hilang keyakinan dengan cara tersebut. Tidak mengira apa bangsa dan agama Tuhan telah campakkan kedalam hati manusia waktu ini sudah jemu dan bosan dengan cara tersebut. Berkat berada di Timur kita bersyukur dapat menyaksikan dua tokoh yang berbeza pentas, satu di pentas politik dan satu lagi di pentas

DAJAL KUASAI MANUSIA MELALUI MUZIK YANG MELALAIKAN.

DAJAL KUASAI MANUSIA MELALUI MUZIK YANG MELALAIKAN.    Pengaruh muzik luar terhadap remaja tidak pernah dibendung secara serius dari dulu hinggalah sekarang, khususnya muzik berbentuk pop, rock, metal dan sebagainya yang diminati remaja kita. Pengaruh muzik yang dilancarkan secara langsung sudah boleh diikuti oleh remaja kita sekarang begitu cepat penyebarannya sekarang. Melalui teknologi terkini sangat sulit untuk dikawal.  Sekarang tiba pula aliran Heavy Metal yang begitu berani dan lantang menerapkan unsur-unsur syaitan dan muzik-muzik mereka. Ini termasuklah kumpulan Iron Maiden dan Deo. Decide, sebuah kumpulan dari aliran Brutal Death Metal  mengembangkan lirik berunsur syaitan yang diperolehi melalui pemujaan syaitan. Dahi mereka dicap dengan tanda salib dan anak-anak mereka diberi nama-nama syitan. Ini mempengaruhi dan dijadikan ikutan oleh pengikut-pengikut Black Metal yang datang kemudian. Akhirnya, muncullah aliran Black Metal dengan kumpulan-kumpulan Mayhem, Rothing Christ,

PERJUANGAN KEBENARAN MELALUI DUA TAHAP.

PERJUANGAN KEBENARAN MELALUI DUA TAHAP. Perjuangan kebenaran melalui dua tahap. Perjuangan melalui usaha untuk di beri pahala. Perjuangan melalui zaman berkat hasilnya besar walaupun usahanya sedikit. Perjuangan Cinta Allah dan Nabi SAW di era zaman berkat usahanya sedikit tetapi hasilnya besar. Contoh ketika perjuangan mencintai Rasul dengan amalan Berzanji yang sudah asing bagi generasi sekarang telah mula membuka mata masyarakat. Putrajaya: Suasana malam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, bergema dengan alunan zikir menerusi penganjuran Majlis Zikir Perdana, di Masjid Putra. 20,000 para jemaah berzikir di masjid Putra Jaya. Apa yang berlaku adalah contoh berkat zaman kebangkitan Islam kali kedua. Amalan zikir berselawat satu ketika dulu di Pondok pasentrin menjadi amalan rutin setiap hari. Pengalaman kita bersama Abuya juga meriah dengan berselawat setiap kali hendak sembahyang lima waktu. Abuya juga pernah berkata, jika Tuhan bukakan hati yang berkuasa atau mereka

DAJAL MENERAPKAN FITNAHNYA MELALUI SISTEM.

DAJAL MENERAPKAN FITNAHNYA MELALUI SISTEM. Imam Mahdi di berikan keupayaan dan kemampuan mengenal roh atau hati manusia. Mengkaji, menilai dan meneropong ilmu rohaniah ini tidak pernah ada akhirnya. Menunjukkan betapa pentingnya ilmu Tuhan yang amat dalam ini. Dalamnya ilmu rohaniah ini tidak terjangkau oleh manusia, bagaikan lautan yang dalam lagi luas. Hasil penelitian Abuya Ashaari At Tamimi yang mendapat berkat Imam Mahdi dapat membantu kita buat persiapan, berdepan dengan fitnah akhir zaman. Teropong yang digunakan oleh Abuya adalah teropong maknawiah dan rohaniah dengan lampu suluhan mata hati yang bersih. Dengan adanya ilmu rohaniah ini barulah dapat menyuluh mazmumah yang bersarang di hati dan dicabut. Sampai mati kita terpaksa mencabutnya. Bagaikan mencabut setiap bulu roma yang ada di badan kita. Sesudah di cabut tumbuh lagi. Dicabut tumbuh lagi. Menjadikan usaha-usaha mencabutnya tidak pernah rehat-rehat sehingga habis semuanya dicabut secara istiqamah. Ini yang dimaksudkan

KEBANGKITAN ISLAM KALI KEDUA BARU BERMULA.

KEBANGKITAN ISLAM KALI KEDUA BARU BERMULA Pandangan orang Cina iaitu Ann Wan Seng adalah Setiusaha Agung Kehormat MACMA. Pernah menjadi tenaga pengajar di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya. Beliau ada menulis tentang perjuangan Abuya di era kemuncak awal tahun 1990-an. Mendapat perhatian daripada masyarakat sama di dalam ataupun luar negara. Abuya adalah nama besar seorang tokoh dalam yang terlibat secara langsung dalam arus kebangkitan semula Islam di Malaysia. Abuya berjaya jadikan dirinya model untuk di ikuti oleh keluarga dan anak didiknya. Bilamana ada orang datang mengadu kepadanya tentang kesusahan yang di hadapinya apabila bertemu Abuya rasa terhibur. Berpeluang menatap wajah Abuya sudah memberi kekuatan. Abuya telah mengadakan kursus solat keseluruh negara. Perkongsian kursus sembahyang yang agung boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhla

KELOMPOK DAJAL DAN IMAM MAHDI SEMAKIN KETARA.

KELOMPOK DAJAL DAN IMAM MAHDI SEMAKIN KETARA. Menurut Abuya Imam Ashaari At Tamimi: "Di sisi Tuhan, hanya ada dua golongan yang diberi kuasa di atas muka bumi ini yang mengatasi golongan-golongan yang lain. Dua golongan itu ialah golongan kafir dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Selain dua golongan ini tidak ada golongan lain yang diizinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini." Sebelum ini banyak artikal yang kita kongsikan bagaimana Tuhan beri kekuatan pada Abuya dalam usaha mempromosikan tentang Imam Mahdi. Saingan Imam Mahdi adalah Dajal. Tentang Dajal dan Imam Mahdi ada di sentuh secara langsung dan tidak langsung di dalam Quran dan Sunnah. Pasukan Dajal berpusat di Barat sudah menguasai dunia sekian lama. Mereka Tuhan berikan peluang setelah memiliki kekuatan lahir.(Quwwah). Pasukan hak berpusat di Timur. Tuhan akan bagi giliran Timur untuk menggantikan Barat atas dasar taqwa. Di belakang Timur adanya 10 orang Ikhwan. Dunia Barat diterajui oleh Dajal. Asal usul Dajal da

BARAT SUDAH TIDAK PUNYA MASA DEPAN!.

BARAT SUDAH TIDAK PUNYA MASA DEPAN!. Tuhan tahu bagaimana hendak membela orang-Nya daripada ancaman musuh. Makar Tuhan Maha hebat. Kalau bukan faktor janji Tuhan buat kebangkitan akhir zaman sudah lama Islam di musnahkan. Musuh Tuhan datang ke Tanah Melayu hendak mencari rempah, itu adalah alasan sahaja. Bila sampai masa dan ketika Tuhan bungkar kejahatan dan penipuan musuh Islam. Kini Tuhan sedang melakukan proses peralihan dari kuasa Barat kepada kuasa Timur. Abuya yang suka menggunakan kata-kata kiasan supaya kita mudah faham. Dalam hal peralihan dari Barat ke Timur, ibarat Barat sekarang seperti singa tua. Gigi sudah tiada untuk menggigit mangsanya. Kuku pun sudah tercabut hingga tidak bermaya lagi untuk mengoyak-ngoyakkan mangsa-nya. Abuya terus mengingatkan melalui mesej barat di ambang maut. Setelah komunis jatuh dan tamatnya era Perang Dingin, Barat cuba mencatur dunia untuk muncul sebagai power mutlak. Berbagai agenda baru dan master-plan dikemukakan untuk memenuhi impian itu.

MUSUH TUHAN MENGETAHUI KEDATANGAN IMAM MAHDI.

MUSUH TUHAN MENGETAHUI KEDATANGAN IMAM MAHDI. Firman Tuhan:  Maksudnya: Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (Al-Baqarah 2:146). Tuhan lakukan makar kepada Yahudi dan yang bersekongkol dengannya. Yahudi sangat mencari Imam Mahdi dan mereka sanggup buat apa sahaja untuk menggagalkan rancangan Tuhan. Yahudi juga sangat memahami tentang giliran kuasa yang Tuhan lakukan. Kini giliran Barat berkuasa mencatur dunia dan selepas itu adalah giliran Timur pula. Ertinya Timur umumnya akan menjadi empayar dunia. Malaysia akan menjadi pusat pentadbiran Timur. Orang Melayu akan jadi seperti bangsa Arab waktu kegemilangannya iaitu masing-masing berelerakan ke seluruh pelosok dunia.  Perjalanan hidup Abuya patut diambil untuk

UNIVERSITI ROH MELAHIRKAN IKHWAN DAN ASOIB.

UNIVERSITI ROH MELAHIRKAN IKHWAN DAN ASOIB. IKHWAN dan ASOIB berasal dari perkataan bahasa Arab. (إخوان ، عصائب ). Ikhwan ertinya saudara Rasulullah dan Asoib ertinya orang yang fanatik dengan Rasulullah. Pilihan di kalangan orang mukmin. Bukan sahaja yang bermaruah, ada jati diri, berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan ajaran-ajaran asing yang merusakkan. Ikhwan dan Asoib orang sangat cintakan dan rindu Rasulullah dan begitu juga Rasulullah mencintai mereka. Sekalipun mereka tidak pernah bertemu dengan Rasulullah begitu juga Rasulullah tidak pernah bertemu mereka. Berbeza dengan Para Sahabat Rasulullah, mereka pernah bertemu dengan Rasulullah. Hati Ikhwan dan Asoib sama macam Sahabat Rasulullah sangat mencintai Rasulullah. Roh Ikhwan dan Asoib sangat aktif berperanan untuk kebangkitan Islam kali kedua. Tuhan sangat memberikan perhatian yang khusus terhadap hati Ikhwan dan Asoib. Para salafus soleh datang ke tanah Melayu untuk mencari mereka. Dalam masa yang sama me

ORANG PILIHAN TUHAN PENERAJU KEBANGKITAN ISLAM.

ORANG PILIHAN TUHAN PENERAJU KEBANGKITAN ISLAM. Bangsa Baru akan muncul di akhir zaman. Mereka di gelar oleh Rasulullah sebagai ikhwan dan asoib. Mereka dapat membawa Tuhan ke mana-mana. Ini membawa maksud bahawa di mana sahaja mereka berada dan pada setiap masa dan ketika, mereka rasa bertuhan. Iaitu merasa Tuhan sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sentiasa mengetahui tentang lahir dan batin dan sebagainya. Dalam erti kata yang kita disuruh rasa bertuhan dalam semua keadaan. Maksud Firman Tuhan: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui. ( Al-Baqarah,2:115 ). Rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan adalah benih taqwa. Bagaimanakah dapat kita tanam benih taqwa ini hingga tumbuh batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan buahnya. Kalau kita tidak pandai menanam benih taqwa ini, bagaimana