Langkau ke kandungan utama

KELOMPOK DAJAL DAN IMAM MAHDI SEMAKIN KETARA.


KELOMPOK DAJAL DAN IMAM MAHDI SEMAKIN KETARA.



Menurut Abuya Imam Ashaari At Tamimi: "Di sisi Tuhan, hanya ada dua golongan yang diberi kuasa di atas muka bumi ini yang mengatasi golongan-golongan yang lain. Dua golongan itu ialah golongan kafir dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Selain dua golongan ini tidak ada golongan lain yang diizinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini." Sebelum ini banyak artikal yang kita kongsikan bagaimana Tuhan beri kekuatan pada Abuya dalam usaha mempromosikan tentang Imam Mahdi. Saingan Imam Mahdi adalah Dajal. Tentang Dajal dan Imam Mahdi ada di sentuh secara langsung dan tidak langsung di dalam Quran dan Sunnah.


Pasukan Dajal berpusat di Barat sudah menguasai dunia sekian lama. Mereka Tuhan berikan peluang setelah memiliki kekuatan lahir.(Quwwah). Pasukan hak berpusat di Timur. Tuhan akan bagi giliran Timur untuk menggantikan Barat atas dasar taqwa. Di belakang Timur adanya 10 orang Ikhwan. Dunia Barat diterajui oleh Dajal. Asal usul Dajal dari keturunan Yahudi. Barat terus di peralatkan dan digunakan untuk kekalkan percaturan Dajal kepada bangsa-bangsa lain yang ada di dunia. Barat cuba  mengabui mata dunia untuk menjadi superpower mutlak.  Sedangkan realitinya, Barat sudah tidak punya masa depan, apalagi untuk menerajui dunia. Mereka sudah berada di ambang maut. Pasukan Dajal selama ini di dokong oleh barat melakukan kejahatan dan kezaliman. 


Barat menunggu tokoh penyelamat mereka iaitu Dajal. Kedatangan Dajal penyelamat pasukan batil dan memberikan kekuatan kepada mereka untuk boleh meneruskan kejahatan dan kezaliman yang di lakukan. Tetapi kini nasib tidak menyebelahi mereka lagi kerana mereka terpaksa berdepan dengan kebangkitan yang dilakukan oleh pasukan Imam Mahdi. Kalau dajal menjadi penyelamat pasukan batil dan Imam Mahdi dan Nabi Isa menjadi penyelamat pasukan hak. Barat yang selama ini terselindung di sebalik  kecanggihan teknologi dan kekuatan ketenteraan. Itulah kekuatan pasukan batil. Kebangkitan Islam yang diterajui oleh pasukan hak dari Timur kekuatan mereka adalah karomah dan berkat dari Imam Mahdi yang menyelamatkan dunia.


Di akhir zaman, hanya ada dua pasukan yang diberikan kelebihan iaitu hak dan batil. Pasukan hak merujuk kepada Imam mahdi dan pasukan batil merujuk kepada dajal. Sebelum kedatangan pemimpin besar tentulah ada pemimpin kecil yang mempromosikan pemimpin besar tersebut. Pemimpin yang menyediakan tapak di Timur itu ialah Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Fata At Tamimi Bersama jemaah mencetuskan pelbagai usaha lahir dan usaha rohaniah. Usaha lahir contohnya membangunkan projek terutamanya produk halal yang menjadi keperluan orang Islam. Selain itu banyak lagi kepada pasukan hak Tuhan mengurniakan kepadanya karamah dan barakah, yang mulanya dialirkan kepada pasukan hak menurut keperluan semasa dan yang ada hubungkaitnya dengan kebangkitan Islam yang di terajui Imam mahdi.


Firman Allah: 

Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".(Al-Anbiyaa' 21:105).


Kita ini berada di akhir zaman. Ertinya umur dunia sudah lanjut, sudah sampai ke penghujungnya. Di waktu Rasulullah zahir, 1500 tahun dulu pun telah diperlihatkan dunia sebagai perempuan tua yang bongkok nyanyok lagilah sekarang. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya kecuali Tuhan yang tetap Kekal. Diberitakan melalui lidah Rasul, bahawa menjelang kiamat akan berlaku banyak persitiwa yang mengejutkan dan yang aneh. Malah kebanyakannya telah berlaku. Berlaku juga kemuncak kerosakan. Iaitu dihimpun segala kerosakan-kerosakan umat-umat dahulu di zaman ini.


Berlaku semula amalan-amalan jahiliyyah seperti di zaman dulu. Antaranya berlaku perzinaan yang berleluasa, pelacuran secara terbuka, pergaulan bebas, lelaki menyukai lelaki seperti amalan di zaman Nabi Luth. Kaum perempuan yang menyerupai lelaki juga lahirnya anak-anak luar nikah yang sudah menjangkau tidak terhingga banyak bilangannya dan pembunuhan bayi di mana-mana. Maka bermaharajalelalah jenayah dalam masyarakat beserta gejala-gejala sosialnya, seperti jenayah kekerasan, harta benda, mahupun akidah seperti ajaran sesat, Black Metal dsb. Ertinya bumi dipenenuhi dengan kejahatan dan kezaliman seperti gelap malam yang memenuhi bumi.


Pasukan batil yang diterajui Dajjal, adalah di pihak musuh Islam.
Dikurniakan makhluk laknatullah itu ilmu-ilmu sihir sebagai istidraj
Pasukan batil atau Pengikut-pengikut Dajjal adalah ahli-ahli sihir.
Sebelum Dajjal zahir, sihir dan istidrajnya dialirkan kepada mereka.
Kerja mereka adalah menguji manusia dengan berbagai-bagai bentuknya.


Ilmu pengetahuan dan panduan yang banyak itu diberikan kepada pasukan hak atau kebenaran itu berkat berada di zaman kebangkitan kali kedua yang Tuhan janjikan melalui lidah Rasulullah. Orang-orang Islam yang bernaung di bawah payung hak mereka diberi kelebihan mudah memahami ilmu-ilmu  pengetahuan yang diperlukan itu. Sesetengahnya diberi kelebihan ilmu-ilmu pengetahuan tentang  pengubatan, terutamanya dalam merawat sihir-sihir yang menyerang. Sihir-sihir atau ilmu-ilmu hitam ini dihantar para musuh Islam seperti Yahudi dan kuncu-kuncunya secara rambang untuk memporak perandakan masyarakat awam dari yang kafir, yang  selemah-lemah iman hinggalah yang tinggi imannya, untuk melawan karamah kerohanian orang-orang yang soleh dari pasukan hak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N