Langkau ke kandungan utama

PERIKSALAH DIRI KITA SEBELUM TUHAN PERIKSA.

PERIKSALAH DIRI KITA SEBELUM TUHAN PERIKSA.


Firman Allah:


(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya. (Ibrahim 14:51).


Marilah kita menilai dan menyaksikan kata-kata Abuya telah banyak berlaku. Sama ada kita pernah mendengar melalui kuliah pengajiannya atau yang kita baca didalam bukunya. Contoh "perang Teluk berpanjangan dan Islam kembali gemilang", terkini sedang kita saksikan perang di Aleppo Syria. "Barat di ambang maut" dan banyak lagi panduan yang Abuya berikan tentang kejadian dan pergolakan yang berlaku di peringkat lokal atau pun di peringkat dunia. Kita sebagai anak zaman sedang menyaksikan pergolakan dunia pada hari ini sudah semakin faham perkara yang di perkatakan tersebut. 


Angin dakwah yang berhembus lembut di Malaysia telah mencetuskan ombak dakwah yang kian lama kian ketara. Kian lama kian dirasakan. Makin ramai yang mahu mendengar dakwah. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makin ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam terutamanya di kalangan muda mudi yang sedikit sebanyak ada keilkhlasan di hati mereka, yang cergas akal fikiran mereka dan yang masih hidup jiwa mereka. Semua ini akan berterusan sehingga garis pemisah di antara golongan dakwah dan anti dakwah menjadi jelas. Akan sampai kepada satu tahap dan keadaan di mana masyarakat akan terpaksa buat pilihan. Siapa suka ikut kena ikut. Siapa yang tidak suka pun kena ikut. Tidak ada golongan berkecuali atau yang hanya jadi pemerhati atau tukang nilai dan ikrab sahaja. Ketika itu sistem akan bertukar. Nilai hidup akan berubah. Cara hidup akan berubah. Kesemuanya akan berubah. Siapa suka kena ikut. Siapa tak suka pun kena ikut.
Kalau tidak mereka akan dianggap sebagai sampah masyarakat. Siapa menentang akan dianggap sebagai bangkai busuk yang terdampar di tepi jalan.


Pemimpin penyelamat sangat memikirkan manusia, supaya selamat menjalani kehidupan di dunia mahupun di Akhirat. 
Kepimpinan penyelamat ada berbagai peringkat. Ada peringkat toifah, daulah dan dunia sejagat. Kepimpinan peringkat dunia adalah Imam Mahdi. Manusia itu tidak cukup kalau dipimpin oleh akal dan fitrahnya saja, tapi mesti ada pimpinan wahyu. Namun tidak ramai yang mampu memahami petunjuk dan kehendak-kehendak wahyu sama ada yang tersurat lebih-lebih lagi yang tersirat. Oleh itu perlu adanya seorang pemimpin atau guru yang mampu menghurai dan memahamkan wahyu serta mampu mendidik manusia untuk mengikut petunjuk wahyu.


Pemimpin penyelamat memandu manusia pandai menilai diri atau muhasabah diri sebelum dirinya di di nilai oleh Tuhan. Pemimpin penyelamat menyelamatkan hati manusia dari tipuan nafsu dan syaitan. Pemimpin penyelamat memandu manusia agar hati menjadi bersih atau baik. Kerana membersihkan hati  adalah wajib. Pemimpin tersebut memberikan ilmu kepada manusia tentang hati atau roh. Dengan ilmu yang dibrikan membantu kita mengenal sifat-sifat hati yang positif dan negatif.


Sebelum Tuhan datangkan pemimpin penyelamat, terlebih dahulu hati manusia Tuhan lunakkan. Hati-hati manusia digerakkan untuk mencari-cari ajaran dan sistem-sistem yang baru untuk diamalkan kerana demokrasi, komunisma dan sosialisma nyata sudah nampak kelemahannya. Ianya punca krisis, perpecahan, ketidakadilan, kerosakan moral dan akhlak dan peperangan. Peperangan yang sedang berlaku di Syria adalah pertembungan ideologi sosialis yang di terajui oleh Basyar Al Asad memerangi rakyanya sendiri.
Rakyanya sudah tidak percayakan lagi pemimpin mereka.


Mari kita menilai dan muhasabah diri di bulan muharram ini. Apa yang telah kita ambil pengajaran dan panduan, apa-apa yang berlaku didalam bulan muharram. Bulan Muharram banyak kejadian besar yang berlaku didalam sejarah umat Islam. Mereka di kalangan Para Rasul yang Tuhan kirim sebagai penyelamat kepada umat masing-masing. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa’ kerana Allah telah memuliakan pada
Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa’ dan diangkatkan sebagai kholilulLah
juga diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Fir’aun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa’ . 


Masyarakat antarabangsa sangat mengikuti perkembangan Islam di Malaysia. Mereka sedang meneliti apa seterusnya akan berlaku. Semua golongan di dunia ini sedang menunggu tahun baru hijriah dengan penuh debaran dan tanda tanya. Bagi umat Islam yang peka dengan sejarah kebesaran muharram ada rahsia yang tersirat akan berlaku. Seorang tokoh dari Arab Saudi yang ada pengaruh dengan istana kerajaan Saudi yang sedang memerintah sekarang. Menurut beliau apa yang ada di Amerika ada di Malaysia iaitu kemajuan teknologi, tetapi apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika iaitu perkembangan syiar Islam yang meriah.
Moga dengan kita rajin muhasabah atau menghitung diri, Tuhan akan berikan maklumat-maklumat tersirat supaya kita terpandu pada setiap ketika dan masa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N