Langkau ke kandungan utama

ADA RAHSIA YANG TERSIRAT PEPERANGAN DI SYRIA.

ADA RAHSIA YANG TERSIRAT PEPERANGAN DI SYRIA.


Abuya Ashaari At Tamimi berjaya mencelikkan mata kita, bagaimana sejarah Islam telah di putar belitkan oleh orintalis Barat. Para orentalis belajar Islam dengan tujuan merosakkan ajaran Islam itu sendiri. Mereka merubah atau menambah, membuang dan menokok tambah serta menyelewengkan fakta-fakta serta huraian-huraian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil dan untuk menakut-nakutkan orang di luar Islam agar mereka jangan menganut agama Islam. Abuya menangkis tindakan musuh dengan kembalikan semula roh sejarah. 


Bagaimanakah Abuya menghadapi tipu helah musuh seperti orentalis yang telah memutar belitkan sejarah Islam sebenar.
Abuya berikan fakta sejarah sebenar dengan memberikan panduan hikmah dan falsafah sejarah itu sendiri terlebih dahulu. Kemudia Abuya mendedahkan anak didiknya ketempat-tempat sejarah tersebut. Dengan cara Abuya membawa anak didiknya mengunjungi tempat-tempat sejarah terutamanya di Timur Tengah. Sepanjang XPDC ke tempat-tempat sejarah tersebut Abuya akan menggali hal-hal yang tersirat di suratkan dan dikongsikan dengan peserta XPDC yang bersamanya. Termasuk negara satu ketika dulu pernah menjadi pusat "Tamadun Islam di Eropah, iaitu negara Sepanyol, Portugal dan selatan Peranchis. Zaman Islam dikenali dengan nama Tamadun Andalusia.



Damsyik ialah ibu kota bagi Negara Syria. Yang dahulunya terkenal dengan nama ‘negeri syam’. Dimana negeri syam ini adalah pada hakikatnya meliputi 4 buah Negara. Iaitu Syria, Jordan, palestin dan lubnan. Tetapi telah melalui proses pemecahan dan pengasingan sempadan oleh empayer Barat kerajaan eropah suatu ketika dahulu. Meskipun telah terpisah kepada 4 buah Negara, namun Syria masih kuat disebut-sebut dengan gelaran negeri syam kerana terdapat didalamnya ibu kota Damsyik.


Peperangan di Syria sekarang adalah antara rakyat dengan pihak berkuasa iaitu Bashar al-Assad. KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad. Kejadian ini dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel. Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.


Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.


Sekarang ini heboh pasal perang. Peperangan disana sini. Amerika Syarikat sedang berperang dengan Afghanistan. Sebelum ini, Rusia dengan Afghanistan. Rusia berhenti berperang dan pulang ke negara asal. Orang Afghanistan terus juga berperang sesama sendiri. Perang saudara namanya. Pelik juga. Selepas perang dengan musuh, perang pula dengan saudara. 


Rusia pula, setelah berehat buat seketika, berperang semula. Kali ini dengan orang Chechnya. Di Kosovo, perang juga. Orang Serb dengan orang keturunan Albania. Sebelum itu di Bosnia Hezegovina di antara orang Serb dengan orang Islam Bosnia. Selepas revolusi Iran, Iraq dan Iran berperang. Ini diikuti peperangan di antara Iraq dengan Amerika Syarikat yang di bantu oleh sekutu-sekutunya atas isu Kuwait atau dalam erti kata yang lain, atas isu minyak. Britain memilih untuk berperang dengan Argentina bagi merebut kepuluan Falklands. India dan Pakistan sudah pernah berperang. Hasilnya, terbentuk negara Bangladesh. Arab dan Israel sudah lama tidak berperang tetapi kawasan Palestin masih panas.


Demikian halnya dengan dunia ini. Tidak habis-habis dengan perang, terutama perang bersenjata. Hingga apabila disebut sahaja perang, itulah yang kita faham iaitu perang bersenjata. Kita lupa bahawa banyak lagi perang yang lebih besar, lebih rumit dan lebih mencabar yang tidak melibatkan penggunaan apa-apa senjata. Allah telah memberitahu melalui lidah kekasih-Nya, Rasulullah SAW, bahawa disebalik yang tersurat di muka bumi ini, pasti ada yang tersirat. Jika ia dicungkil dan dihubungkan dengan Penciptanya, maka bertambahlah iman dan taqwa.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N