Langkau ke kandungan utama

DAJAL MENERAPKAN FITNAHNYA MELALUI SISTEM.

DAJAL MENERAPKAN FITNAHNYA MELALUI SISTEM.


Imam Mahdi di berikan keupayaan dan kemampuan mengenal roh atau hati manusia. Mengkaji, menilai dan meneropong ilmu rohaniah ini tidak pernah ada akhirnya. Menunjukkan betapa pentingnya ilmu Tuhan yang amat dalam ini. Dalamnya ilmu rohaniah ini tidak terjangkau oleh manusia, bagaikan lautan yang dalam lagi luas. Hasil penelitian Abuya Ashaari At Tamimi yang mendapat berkat Imam Mahdi dapat membantu kita buat persiapan, berdepan dengan fitnah akhir zaman. Teropong yang digunakan oleh Abuya adalah teropong maknawiah dan rohaniah dengan lampu suluhan mata hati yang bersih.


Dengan adanya ilmu rohaniah ini barulah dapat menyuluh mazmumah yang bersarang di hati dan dicabut. Sampai mati kita terpaksa mencabutnya. Bagaikan mencabut setiap bulu roma yang ada di badan kita. Sesudah di cabut tumbuh lagi. Dicabut tumbuh lagi. Menjadikan usaha-usaha mencabutnya tidak pernah rehat-rehat sehingga habis semuanya dicabut secara istiqamah. Ini yang dimaksudkan mujahadunnafsi yang istiqamah. 


Setelah kita mengkaji, meneroka dan menggali ilmu ini, terasa ajaibnya ilmu Tuhan ini. Ilmu ini dapat menyingkap sehingga nampak di mana -mazmumah mazmumah yang bersarang di hati kita. Hati perlu dikosongkan dari sifat mazmumah, diisi dengan mahmudah. Mendapat hati yang bersih atau mahmudah barulah mata hati jadi terang luar biasa. Setelah kita memiliki hati begini, barulah dapat mengenal, cinta dan takutkan-Nya.


Ternyata kalau kita hanya berpandukan dengan ilmu-ilmu pendidikan biasa, tidak akan tersuluh seluruh sifat bagi hati. Mana mungkin hati kita yang gelap, penuh dengan mazmumah dapat menyuluh orang lain. Ini bererti sistem pendidikan tidak akan berjaya. Sebab itu makin manusia dididik makin jahat. Makin dididik makin jahat. Sebab yang mendidik itu tidak faham rohaniah mansia. Ertinya dia sendiri jahat. Macam mana dia sendiri yang jahat hendak didik orang jahat. Sekalipun niatnya baik.


Di Barat manusia memiliki pendidikan yang tinggi tetapi semakin jahat. Mencipta sesuatu untuk memusnahkan kehidupan manusia. Kehidupan manusia sudah lebih jahat dan ganas daripada binatang. Manusia seperti Hewan bahkan Lebih buruk lagi? Ini di ingatkan oleh Tuhan dalam Al Quran.

Firman Allah:

أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."(QS. Al-A’raaf: 179).


Dajal memperkenalkan kaedah menyuburkan nafsu laluan kepada Syaitan untuk menguasai diri manusia. Maka setelah berjaya diri manusia dikuasainya maka manusia tidak lagi menjadi hamba Allah terutamanya  lebih selesa menjadi hamba nafsu, syaitan dan hamba Dajal. Bilamana manusia sudah di kuasai oleh Dajal maka apa sahaja permintaan dan arahan Dajal dengan rela hati dia mengikutinya. Kemuncaknya Dajal minta membenarkan dia adalah Tuhan manusia yang telah dikuasai tadi dengan rela hati membenarkannya.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N