Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA BERAZAM JADIKAN ISLAM ADALAH CARA HIDUP.

MALAYSIA BERAZAM JADIKAN ISLAM ADALAH CARA HIDUP.



Apabila kerajaan yang berkuasa mendapat hidayah lagi cepat akan berlaku kebangkitan Islam kali kedua. Kata Abuya bila kerajaan yang berbuat mereka ada jentera dan tenaga untuk berbuat. Apabila saya mengikuti berita di kaca TV malam tadi. Ada menyentuh tentang perlunya model Islam adalah cara hidup yang syumul.

Maksudnya: “Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan kehinaan di dunia. manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan.” (Al Baqarah:85).


Malaysia akan menjadi negara model melaksanakan Islam secara syumul. Sudah tiba masanya Malaysia buktikan kepada dunia, Malaysia peneraju kebangkitan Islam di Timur. Kalau bukan faktor janji Allah kali ini giliran Timur sudah tentu Malaysia sudah lama menjadi mangsa Yahudi dan kuncu-kuncunya. Malaysia ada kaedah tersendiri dan tidak mengikut telunjuk Barat dalam membangunkan masyarakat yang berbilang bangsa dan berlainan agama. Umat Islam perlu mendokong usaha murni iaitu ibarat air di hulu kalau bersih dan jernih,sudah tentu di hilirnya juga akan bersih dan jernih. Kalau awal-awal lagi kita sama-sama mendokong negara mengikut Al Quran dan Sunnah, kita ada panduan dalam mengatur kehidupan ini.


Abuya telah di rezekikan mengelilingi dunia, berkunjung dan bertemu dengan tokoh-tokoh atau pemimpin di kalangan umat Islam didalam dan luar negara. Atas pemerhatian di negara-negara seluruh dunia hari ini, ramai sekali masyarakat antara bangsa menaruh kepercayaan kepada Malaysia menerajui umat Islam dari seluruh pelusuk dunia untuk menjadi suara dan benteng mereka bercakap kepada dunia melalui pentas PBB. Kebanyakkan pemimpin-pemimpin dari negara-negara umat Islam, golongan ini bukan sahaja orang politik yang tidak berpolitik tetapi Abuya istilahkan sebagai orang politik yang jadi perosak dan pengacau negara. Tetapi malang sekali umat Islam seperti tidak sedar atas penipuan dan kesalahan ini. Rakyat terus digula-gulakan untuk terus mengangkat atau mengundi orang-orang yang berpura-pura itu sebagai ketua atau pemimpin mereka. Hingga begitu sekali dunia politik ini dikotori dan disalahgunakan dengan menjual nama Islam. Islam tidak menyuruh kita berpolitik kotor seperti itu. Islam sangat menjaga kasih sayang. 


Kasih sayang itu kepunyaan sejagat atau kepunyaan bersama. Semua bangsa, semua etnik, semua fahaman agama memerlukannya. Kerajaan Malaysia menyedari hal ini, di era pemerintahan sekarang sangat mendokong kelompok atau golongan manusia yang sibuk membangun dan merancang bermacam-macam projek dan aktiviti seperti membangunkan kompleks pendidikan, ekonomi, hospital dan klinik, kilang-kilang dan kedai perniagaan, media massa, perkampungan, pejabat, aktiviti ternakan, pertanian, dakwah, kepimpinan, kebajikan dan lain-lain lagi hingga tercetusnya satu sistem masyarakat. Bahkan mereka kerajaan jadikan model untuk di ketengahkan dalam masyarakat. Sebelum ini mereka tidak di beri tempat dan peluang bahkan di gunakan ISA untuk menghalang mereka.


Mereka berjuang dan lebih berbuat daripada mereka yang memperjuangkan politik Islam. Mereka di anggap bersalah bersalah kerana menafikan satu aspek penting dalam Islam iaitu politik. Padahal mereka itulah orang politik yang sebenarnya. Walaupun sudah begitu gah dan masyhur perihal pembangunan masyarakat dan khidmat-khidmat yang mereka sumbangkan, namun mereka tetap dikatakan bukan golongan politik. Walau sudah jelas kemampuan kepimpinan mereka, pun tetap masih dituduh tidak berpolitik hanya kerana mereka tidak masuk parti politik. 


Seolah-olah seorang yang dilihat mencangkul, menanam, menjaga dan memetik hasil tanaman, kemudian dia dituduh bukan petani kerana dia tidak masuk institusi pertanian dan tidak ada sijil pertanian. Munasabah kah? Begitu sekali tertutupnya fikiran dan mata hati manusia dalam melihat erti politik yang sebenar. Ini adalah kerana kesilapan cara menilai yang sudah dipaksakan atas mereka sekian lama. Mereka hanya difahamkan tentang politik sekular Barat. 


Rakyat patut sedar termasuk orang Islam sendiri yang bersikap sedemikian itu bahawa sebenarnya mereka yakni golongan yang disebut di atas itulah orang-orang politik. Walaupun pasti golongan mereka tidak didaftarkan sebagai parti politik tetapi hakikatnya merekalah orang politik yang sebenar yang tidak ada parti. Mereka menempuh satu kaedah politik atau satu sistem politik yang berbeza dengan politik Barat. Inilah definisi dan pendekatan politik yang lebih tepat dan bijak. Dan masyarakat perlu diputar fikiran mereka untuk melihat kebenaran ini. 


Supaya kita tidak selamanya tertipu oleh Barat dan Yahudi. Moga-moga Tuhan izinkan hasrat baik kerajaan sekarang membawa mesej kebenaran tentang kekeliruan umat dan kesalahan menilai erti politik. Moga-moga dengan itu kita dapat kenal siapakah sebenarnya orang politik dan siapa yang bukan. Dan seterusnya dapat kita tahu bagaimana cara-cara berpolitik yang sebenarnya…Bagi penjelasan panjang lebar bolehlah rujuk dari buku “Politik Islam Membawa Kasih Sayang” oleh Abuya Ashaari Muhammad.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N